Monday, November 21

ben*ap


Pertamanya, maaflah. Post kali ini mungkin akan berlaku sedikit keganasan dan agak beremosi. 

Aku tujukan khas buat AKU dan mungkin kamu.

Aku paling benci bila ada orang buat dosa, tak kira sekecil apa atau sebesar apa pun, kemudian dengan senang hati beralasan atau mungkin manusia lain memberi nasihat dengan sempoi rileksnya 

“ala..manusia biasa. Biasalah buat silap”.

Lagi-lagi bila alasan ini digunakan sesuka-suki secara meluas tanpa sedikit pun rasa kesal bersalah terhadap kesalahan yang telah dilakukan. 

Hei! Alasan tu tak menghapuskan dosa laa!

Hakikatnya, yup manusia lupa. Manusia buat silap. Aku manusia dan aku buat silap.

Letakla manusia sehebat mana. Setinggi mana jawatan yang dipegang. Amir? Amirah? Ustaz? Mufti? Lulusan tanah arab? Lulusan tanah melayu? Lulusan universiti islam? Menyertai bulatan gembira mingguan? Join conference riang bulanan? Atau siapa sahajalah.

TIDAK MAKSUM.

Malah mungkin lagi banyak dosanya! Sebab apa? Mungkin sebab tidak amanah dengan kepercayaan yang diberi. Mungkin kerana tidak sempurna dalam melakukan amanahnya? Mungkin saja riak terover? Mungkin saja sudah hilang ikhlasnya. Mungkin saja bermuka-muka. Kerana banyak mata manusia yang memerhatikannya.

Sungguh, Manusia itu sangat zalim dan bodoh! – Al-Ahzab : 72

Dan aku kata, bengap!



Berapa banyak ilmu yang telah Dia berikan
Berapa banyak nikmat telah Dia kurniakan
Betapa banyak kasih sayang yang telah Dia tunjukkan
Berapa banyak tanda petunjuk telah Dia zahirkan
Betapa banyak amaran telah Dia keluarkan

Namun,

Berapa banyak dosa dan kesilapan yang masih istiqamah aku dan mungkin kamu lakukan?

Mohon izin untuk aku katakan, bengap!

Maka, setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan dilalalikannya. Wahai manusia! Apa apa yang telah memperdayakan kamu untuk berbuat durhaka terhadap tuhanmu yang Maha Pengasih  – Al-Infitaar : 5-6

Huuuuuuh..*bunyi mengeluh*

Sungguh manusia diciptakan dengan sikap suka mengeluh. Bila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Bila mendapat nikmat dia jadi kikir – Al-Maarij : 19-21

Ouch!

Apa dapat dengan mengeluh. Apa pun takkan berubah kalau kita tak bertindak. Takkan berubah.

Baca buku banyak-banyak sampai cermin mata jadi tebal.
Konferen sana-sini sampai botak
Sampai  jadi makhluk-kepala-besar
Jadi mesin bercakap. Mesin beri nasihat.
Tapi hati legap
Bila ramai-ramai, malaikat.
Bila sendirian, maksiat

Sebab tu aku kata, bengap!



Dan cukuplah. Cukup-cukup lah bercakap banyak-banyak. Mari bertindak.

Hentikan memanjakan diri sendiri
Hentikan mengikut nafsu sesuka hati
Hentikan menipu diri sendiri

Cukuplah! Dan cukup-cukuplah. Allah tahu kamu luar dan dalam. Apa yang kamu tunjukkan dan apa yang kamu sembunyikan. Dan dia berkuasa membuka segala yang kamu sembunyikan, anytime!! 

Arab kata, bainal kaaf wan nuuun. Kun fayakun!

Sungguh manusia itu melampaui batas, apabila merasakan dirinya serba cukup – Al-Alaq: 6-7

Jalannya sudah ditunjukkan. Terang lagi bersuluh dengan spotlight
syukurlah kerana sudah dan masih diberi ilmu
Syukurlah kerana sudah dan masih diberi nikmat
Syukurlah kerana sudah dan masih diberi kasih sayang
Syukurlah kerana terlalu banyak petunjuk telah dan masih dia berikan
Syukurlah kerana begitu banyak amaran dan peringatan telah dan masih disampaikan
Ketika bersama sahabat-sahabat satu iman sama tujuan

Dalam bulatan gembira
Dalah konferen riang
Dalam usrah mahabbah. Sebab ada umi abah
Bersama guru-guru dan segala macam bentuk petunjuk bantuan

Kalau tak bertindak tak bergerak juga tak tahulah.

Kerana,

Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya – Al-Alaq: 5

Dan menunjukkan aku apa yang sepatutnya, and now, keputusan di tangan aku. Kearah mana jasad ini digerakkan. Kearah syurga. Atau masih bengap mahu ke neraka.

Sungguh,

Orang-orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran
– Al-A’laa: 10



Dan akhir sekali..Dengarkan. Rasakan. Dan hayatilah perenggan terakhir ini. Dalm surah Al-Ankbuut. Ini sebuah tadabbur. Bukan tafsir bil-ma’thur dari mana-mana kitab. Ustaz kata, bila baca Al-Quran, rasakan bahawa Allah sedang bercakap dengan kita. Seriously.

Apakah orang-orang yang mengerjakan maksiat dan kejahatan itu mengira bahawa mereka akan luput dari azab kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. Al-Ankabut : 4

Ouch!

semua ni dari Al-Quran.  Allah nasihatkan aku (dan kamu juga) direct baek punya.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui –Al-ankabuut: 64

ingatlah asma’ bahawa dunia ini hanyalah satu senda gurauan dan permainan. Sangat banyak hal yang menyeronokkan. Yang sementara. Yang melekakan dan melalaikan untuk tempoh yang sebenrtar Cuma. sebab kehidupan yang sebenar adalah selepas mati. Di negeri akhirat sana. Itu yang sebenar-benarnya.

Maka apabila mereka naik kapal mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah)  

Allah bari satu perumpamaan agar aku berfikir, ada sekumpulan manusia naik kapal, mereka berdoa dengan penuh tawakal penuh khusyuk rasa pengabdian ikhlas kepada aku, sebab takut berlaku apa-apa di sepanjang perjalanan. Mungkin ribut, mungkin karam. Mungkin dilanda lanun. tapi saat mana mereka dah sampai ke destinasi, setelah Allah selamatkan perjalanan mereka, mereka kembali mempersekutukan melupakan Allah. Asma’, bukankah itu berlaku juga pada kamu? Saat susah, atau mungkin saat submission dah dekat atau mungkin saat tak da duit. Kau jadi solehah merayu tapi bila dijawabnya segala rayuan itu kau lupakan Dia. Bukankah bengap namanya itu.

Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan agar mereka (hidup) bersenang-senang (dalam kekafiran). Kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya).

Ya Allah, jangan sampai aku terus lupa dan terus hanyut dengan nikmat dunia. Jangan sampai sedar-sedar, segalanya sudah terlambat tak berguna lagi.

Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman, sedang manusia sekitarnya rampok-merampok. Maka mengapa (sesudah nyata kebenaran) mereka masih percaya kepada yang bathil dan ingkar kepada nikmat Allah?

Cuba perhatikan sekeliling kamu Asma’, Allah telah campakkan kamu pada satu bumi yang aman. Walaupun dalam dunia itu ramai manusia yang rosak. Allah campakkan aku saat ini bersama mereka-mereka yang soleh. Bukan di dunia luar sana yang ramai manusia saling membunuh dan mencuri.  Aku bukan anak jalanan atau anak kaki lima. Bukan manusia terbuang. Mengapa setelah jelas kebenaran, masih ramai (adakah aku termasuk dalam golongan yang ramai itu?) yang percaya kepada batil dan ingkar kepada nikmat Allah?

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang hak tatkala yang hak itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir?

Allah sedang mengajarkan aku sedang menunjukkan aku kebenarannya. Jangan lupa, dalam neraka sudah disediakan tempat untuk orang-orang kafir. Mereka-mereka yang ingkar!

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Akhirnya,  Barang siapa yang berjihad untuk mencari keredhaan aku, aku akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh aku akan bersama orang-orang yang berbuat baik.
Yep, Ya Rabb, aku yakin kau akan sentiasa dekat dengan ku. Dekat disisi aku. Menemani aku disepanjang jalan hidup ini. Allah, redhai aku. Aku tak nak jadi bengap lagi dah. Aku nak kembali pada-Mu. menjadi ahsani taqwiiim. menjadi khairu ummah. Yaa Rabbi. T_T



p/s: syariah and ethical approval from khadijah abd rahman. sorry kalau perkataan "bengap" merupakan sebuah keganasan. moga bermanfaat.

7 comments:

Anonymous said...

disclaimer
tiba2 ada yang tanya, penulis ok ke?

yup2. ok saja. mood muhasabah.
smua orang ada kelemahan pada diri yang ingin diperbaiki kan? dan kadang2 ia terasa susah. when we keep repeating the same mistake, then we feel frustrated. kan?

dun worry. :) - the author

atiqahmki said...

when we keep repeating the same mistake, then we feel frustrated-very true.

dan kadang kala perlu juga di tegur dengan ganas. jzkk asma'.

~khadijah~ said...

sy pernah baca dalam 1 blog:

“If only, before disobeying Allah, we thought about the regret we feel afterwards, we would realize the pleasure of the sin is not worth it.”

sama jugak kat sini. kalau sedar betapa ben*apnya kita sebab asyik buat dan menyesal perkara yang sama berulang-ulang kali - kegembiraan sekejap yg kt rasa sebab buat dosa tu tak berbaloi langsung. langsung.

maaf juga kalau perkataan tersebut mencabuli hak asasi :P
jzkk amat

prettyugly said...

read :) penulisan dari hati sampai ke hati. :D terima kasih untuk muhasabah. hehe.

~amatullah~ said...

ni mesti kes nak suh update pasal orchard of love kan. haha

prettyugly said...

kantoi. haha

wan yusra said...

i feel like reading myself..huhu..