Nak cakap, sebanyak mana nikmat dalam bentuk material yang kita ada, semua tu takkan berguna kalau kita tak peroleh nikmat invisible yang Allah beri pada orang-orang terpilih.
Nikmat sihat, nikmat masa lapang, nikmat ketenangan.
Nikmat keluarga yang baik, rakan2 yang soleh solehah.
Dan yang paling penting, nikmat iman, islam, dan tarbiyah.
Alhamdulillah :)
Mid-semester break ni tak macam cuti pun. Assignment sangat banyak, and naik cuti ada examsss lagi. *ni bukan merungut :)* So tengah buat assignment Accounting, ternampak ayat dalam satu journal:
“Although tangible assets are the most significant variable related to profitability, but intangible assets are the greatest importance behind the efficiency in enhancing the productivity and bring future economic benefit to the company.” - Pakcik X
Kalau dalam sebuah entiti, mereka akan lebih suka nak letak harga pada aset atau harta yag mereka ada untuk buktikan yang bisnes tu berjaya. Diorang ingat kekayaan tu je lah yang akan menentukan kejayaan diorang.
Tapi..
Pakcik X kata, di sebalik semua harta yang company tu ada, sebenarnya yang lebih bernilai ialah aset yang bukan dalam bentuk kewangan. Intangible assets tu lah yang sebenarnya akan meningkatkan produktiviti bisnes tu, menjamin kejayaan di masa hadapan, dan pulangan yang berlipat-ganda di masa hadapan. Percaya x? ^^
Macam tu jugak lah dalam hidup kita. Bayangkan tangible assets tu ialah semua nikmat yang Allah beri dalam bentuk harta benda: tempat tinggal, kenderaan, kemudahan belajar dll. Intangible assets tu pulak semua nikmat-nikmat yang Allah beri melimpah ruah dan tak terkira. Paling dekat dan mudah, nikmat untuk terus bernafas.
Kalau tak boleh nafas, nak bawak kereta pun tak boleh. Kalau tak percaya cuba try tahan nafas 10 minit sambil drive. InsyaAllah tak boleh.
Bila sekarang Allah bagi kesedaran yang betapa beruntungnya saya, dah buat banyak dosa pun Allah masih sangat baik bagi nikmat-nikmat tu semua, rasa sangat bersyukur dan gembira.
Bila Allah campak rasa happy tu dalam hati, rasa macam no-one-is-happier-than-me moment.
Lagi-lagi bila fikir, apa yang Allah beri kat dunia ni, cuma bayangan seimbas lalu apa yang dimaksudkan dengan nikmat sebenar-benarnya.
Yang nyata dan kekal menanti kita di syurga.
Pejam mata.
Bayangkan, alam yang tiada lagi kesedihan, yang penuh nikmat dan ketenangan.
SubhanAllah, jom? :)
1 comment:
owh like post ni :)
boleh la share dalam usrah nanti. hehe.
tak terfikir pun intangible assets tu boleh diibaratkan sebagai nikmat/iman/tarbiyyah..
thanks for this pencerahan!
^_^v
-syaimaa'-
Post a Comment