Friday, June 15

future

saya tak tahu, ianya hanya saya atau ramai orang memikirkannya. saat graduasi hampir pasti.



hala tuju selepas ini.

kalau sebelum ini, segalanya telah tersusun cantik. tadika ke sokolah rendah ke sekolah menengah ke universiti. kemudian?

kebiasaanya, orang akan mula mencari kerja.

tapi, saya terhenti seketika. terfikir-fikir...

kenapa harus bekerja? kalau bekerja kenapa perlu makan gaji? kenapa perlu bekerja 8 pagi hingga 5 petang.  apa yang dikejar manusia?

semakin banyak persoalan bermain di fikiran. habis semua teori-teori tujuan diciptakan diselongkar semula. bukan selama ini tak jelas dengan tujuan penciptaan tetapi semua teori-teori itu seolah-olah ingin difahami kembali untuk fasa hidup saat ini.

hambik. terlalu berfalsafahkah aku? i dont think so.

saya suka perasaan yang sekarang. perasaan tercari cari. hingga aku temui jalan yang bakal aku pilih nanti. moga saat itu, aku benar-benar pasti dengan apa yang dilakukan. benar-benar faham dan jelas halatuju, arah matlamat dan perancangan kehidupan.



dream big. Allahul musta'an

2 comments:

utrujah said...

when u've made up ur mind, don't forget to tell me abt your plan. i'll be waiting:)

Anonymous said...

Ok. Tunggu saja. Saya samapi revise balik buku maza ya'ni intima' lil islam. Semanagt tak? Tapi it really helps lah... Mohon doanya ya...


-saya yang malas sign in-