Tuesday, July 10

nenek-nenek super saiya

nenek-nenek si bongkok tiga
siang malam asyik berjaga
mencari cucu dimana ada
nenek nak bawak masuk tarbiah jugaa..

cucu pun laariiiiii.

semasa di alam kampus, kita diingatkan bahawa tarbiah harus diteruskan walaupun setelah selesai pengajian. kerana cabaran itu dimana-mana. sayitan itu tak pernah putus asa. iman perlu ditingkatkan, digilap sentiasa. di alam kampus mahupun selesai pengajian di sana. dan kita yakini jalan tarbiah adalah antara benteng pertahanan yang sangt penting.

namun, ada juga yang memomokkan bahawa suatu masa nanti, selesai alam kampus, kita harus pulang untuk bersama bertarbiah dengan golongan vateran, makcik-makcik malah nenek-nenek pun ramai.

tak sedikit juga yang mengatakan pengalaman itu nanti tidak akan sama dengan pengalaman yang mantap di kampus. dikelilingi golongan sebaya yang sehati sejiwa seperut dan sekepala. mereka dikatan seolah-olah membosankan, perlu berkeadaan formal, dan sebagainya.

hah, sedikit sebanyak ia mempengaruhi persepsi pertama saya

namun, mukhayyam bersama hari tu, mengubah segala-galanya.

berwargame dengan mereka yang berusia 62 tahun memang gerun untuk bertindak ganas pada mulanya,


tapi jangan main2, bersungguh mereka menyerang kita dengan membawa shield khas penutup tong sampah. namun saat bendera lawan makin dekat dalam genggaman, tak pandang dah siapa pemegangnya. terus direbut sampi berjaya dirampas dan dibawa lari. 3 lawan 1. namun berjaya.

selsai program, datang sorang makcik,

"makcik takkan lupa kenangan rebut bendera dengan kamu"..

fuh..agak2 itu tanda saham naik ke jatuh? haha

alhamdilillah ala kulli haal.. jiwa mereka sama dengan kita. semangat mereka juga sama dengan kita malah lebih gagah lagi. mereka lebih lama dalam tarbiah ini.

salah satu aktivit ice breaking yang dijalankan benar-benar mengetuk kepala.

"ok, sekarang beratur ikut tempoh mengikuti tarbiah.. yang paling baru hinggalah yang paling lama"

kerana kami muda, terus-terus ditolak kehadapan. tak puas hati.
exited mengira. sejak tahun 4 di sekolah rendah sampailah kehari ini. semangat. 14 tahun sudah. exited bersama seorang lagi senior sekolah yang sudah 16 tahun dalam tarbiah. kami yang belum kenal mak cik dibelakang terasa teruja.

''ye ke kita kat sini. ce tanye makcik tu dah berapa tahun dia ikut tarbiah"

tak sempat kami bertanya masa tamat. terus saja pengendali bertanya.

"ok kamu berapa tahun?"

yang di depan kami menjawab, 2 tahun.

kami dengan tersenyum2 masing menjawab 14 dan 16 tahun.

kata pengendali, "aik..sekolah rendah pun kira? ini tak aci nih"

(T__T)' (T__T)'

ok yang seterusnya,

22 tahun.. 24 tahun 29tahun 32 tahun dan akhir sekali 37 tahun.

terasa begitu freshiee skali.

kami malu sendiri

Allahuakbar!

malam itu kami dipecahkan kedalam beberpa kumpulan yang menggabungkan setiap generasi. subahanallah!

betapa terpegunnya mendengar perkongsian mereka.

1) mak cik dulu belajar di US. mak cik ni jenis rock. zaman tu zaman-zaman orang minat rock kapak. mak cik join. pakai kemeja. jeans ketat dibwh tu siap ikat key lagi kat lutut. rock. zaman tu tak ramai orang pakai tudung. islam tu terasa sangat asing. mak cik juga bercouple.. akhirnya atas nasihat kakak2 mak cik diberi pilihan samaada putus atau kawin. sambil2 gelak-gelak mak cik cerita. kami bincang2 ok decide kawin. nak kawin pun bukan mudah. nak beritahu keluarga di malaysia. mereka tak faham islam sngt waktu tu. dah la tak da internet. nak berutus surat bagai. akhirnya, alhamdulillah, dengan beberapa hlangan kami teruskan juga perkahwinan. lepas kawin kami makin rajin ikut ke program walaupun pada mulanya main tarik tali juga dengan golongan rock kapak kerana bilangan penggerak mereka bukan sedikit ketika itu. haha

makin lama kenal mak cik, rock boleh tahan makcik!

2) sorang lagi adik junior setahun. menangis bercerita tentah tempoh jauh dari tarbiah yang pernah dihadapi. dan itu membuat dia lebih menghargai tarbiah. huu mencurah2 nasihat dari makcik2. kami turut berbincang tentang kenapa ramai orang muda berguguran lebih-lebih lagi anak ikhwah akhawat atau lepasan SMI.
mula perkongsian harapan mereka pada kami golongan muda-muda pula. Allah!

3) mak cik yang ini sangat2 inspiring. nada penceritaanya. detail. sangat dapat dirasakan ketulusannya dalam berkongsi kisah dan p engajaran hidupnya. bermula dari keluarga yang susah, bagaimana bertemu dengan tarbiah dan bagaimana kisah rumahtangganya. Allah3! sungguh optimistik. pengalamannya bersama tarbiah tak seindah orang lain, ada pahitnya ujian, namun ketabahan dan sikapnya menghadapi ujian membuatkan dia tegar sampai ke hari ini. makcik hadir ke mukhayyam bersama anak kecil comelnya beusia 2 tahun. nampak sngt tahap kesabaran mak cik dalam mendidik anaknya. slot air mata malam itu, mak cik bersajak. ahh syahdu....

dan terlalu banyak lagi kenangan dan pengalaman menarik bersama mereka. sungguhlah! gagah!



tak kenal maka tak cinta.

kamu tahu tak, sebenarnya apa yang paling saya gemar berada dalam tarbiah adalah kerana ukhuwahnya. ilmu saya boleh dapat dimana-mana. sangat banyak peluang yang terbuka luas di serata dunia. seminar dan talk disana sini, namun ukhwah bersama komuniti ini mengajar saya untuk menukarkan ilmu kepada praktis, mereka menyokong saya untuk terus berusah menjadi yang lebih baik. sentuhan kasih sayang yang membuatkan kita tidak terasa beratnya ujian hidup kerana pengalaman orang lama  yang memberi nasihat tunjuk ajar malah pengajaran.

bersama mereka, saya temui ramai manusia luar biasa yang cukup memberi inspirasi untuk saya menjadi lebih baik dan lebih baik. mereka kongsi kelebihan mereka dan saya akan membantu menampung kekurangan mereka mana yang saya  mampu.

kerana saya tahu kita semua bukanlah malaikat. tiada yang sempurna!

dan ia bukan hanya tentang apa yang kita terima, malah apa yang mampu kita beri. memberilah. pada yang tua mahupun yang muda. tak kurang juga pemuda luar biasa yang saya temui.

dan percayalah, kegembiraan bersama komuniti ini bukan untuk saya sahaja. namun untuk semua mereka yang ingin merasainya. kerana kami mahukan dunia ini merasakan kemanisannya.

dan selain komuniti ini, saya sngt yakin dan percaya, ada komuniti lain yang sama seperti kami. mungkin lebih baik lagi dari kami. moga suatu hari nanti, Allah bukakan jalan yang akhirnya smua komuniti dengan mimpi dan tujuan yang sama akan bergabung tenaga. dan akhirnya ISLAM bakal tertegak dengan gah bergaya!


cont..

1) tazkirah ukhuwah dan kisah zainab al-ghazali
2) game leadership dan taemwork
3) galah panjang yang menggeletek perut

4 comments:

fm said...

sungguh terasa kemukhayyamannya..:) *tak sangka perlu berkmukhayyam hingga ke tua. hehe jk. btw asma', nnt cpt2la update sambungannya eh. jazakillah^_^

syifa' rahiman said...

yeay! amat pon berubah wajah.

qawiy laa makcik2 nih. moga kita pon ditetapkan langkah untuk terus berada atas jalan ini hingga ke hembusan nafas terakhir . amin
:)

sofiyyah said...

serius BEST!
himmah org mudah & hikmah org tua tu bukan sekadar kata2 tp mmg real! bolh digabung jalin klu masing2 lebih sabar, terbuka & berlapang dada.
teringat amat tyme Dp. hehe

syaimaa' said...

salam.
wahah.
gerun pun ada kalau kena mukhayyam dengan makcik2. hueh.
ha ape lagiii.. sile sambung yeee..