Thursday, July 19

ayat yang tenang

menemani Ummu Muaz dan anaknya Aya ke Sekolah Hira' jeram,

"akak tanyekan dekat Aya, surah apa dan ayat apa yang paling dia suka dalam Al-Quran? suruh dia tulis nama surah dan ayat berapa dalam buku saya tu"

kata salah seorang pelajar perempuan ma'ahad tahfiz hira' kepada saya. keadaan kelam kabut sebab terlalu ramai yang kerumun untuk minta tanda tangan dan ingin bergambar bersama Aya.

Aya tuliskan, surah Ali-Imran, dan permulaan ayat tersebut..

dalam perjalanan pulang, teringat pesanan fatimah muhamad yang bertanyekan soalan yang sama kepada Ummu Muaz, aku tanyakan padanya. terus dia bacakan ayat-ayat tersebut pada aku,


سُوۡرَةُ آل عِمرَانإِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠) ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١) رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدۡخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدۡ أَخۡزَيۡتَهُ ۥ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬ (١٩٢) رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ (١٩٣) رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (١٩٤)Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191) Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. (192) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). (193) Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; (sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. (194)



sangkaan awal aku mungkin ayat-ayat kegemarannya mungkin adalah ayat-ayat jihad dan perjuanagan dari surah at-taubah atau lain2. kerana beliau dari ghazzah. bumi yang dihinmit tekanan dari yahudi. hidup dalam kesusahan. bekalan eletrik hanya 4 jam sehari, tiada petrol yang banyak untuk kenderaan seperti di sini. dihimpit kemiskinan dan laian2. ternyata aku silap.

Semoga kita semua akan terus diberi tenang dalam mengingati Allah SWT. dalam semua keadaan. susah senang. berdiri mahupun duduk. dan moga kita semua bakal berkumpul, bertemu semula disyurga.

damai.

marhaban ya Ramadhan. mari bersungguh-sungguh kita jadikan ramadhan bulan kita merebut amal. dengan sungguh-sungguh. moga dapat nanati bertemu berkumpul di syurga bersama para nabi-nabi, syuhada', dan orang-orang yang berjuang merebut cinta Allah SWT..


biiznillah. optimakan mujahadah dibulan Ramadhan.. jangan disiakan peluang ini..


p/s: no wonder Ummu Muaz kata dia sangat suka waktu hujan. dan ketika itu, doa yang panjang dia panjatkan  kepada Allah SWT. ya.. waktu mustajab berdoa..





No comments: