Monday, December 29
tunjukkan sokongan anda!!!
Saturday, December 6
jom3..berkarnival
JOM ke Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti!
Sama-sama berhibur sambil berlibur di hujung minggu bersama-sama dengan mak, ayah, isteri, anak-anak, abang, kakak, adik, sanak saudara dan sahabat handai menghadiri karnival yan lengkap dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
www.jomkarnival. blogspot. com
Tuesday, November 25
tangan memberi lebih baik dari tangan menerima
siap ada lagu..
derma bukan tontonan lagukan dalam sepi....
terlebih memberilah...."ntah btul lirik tak??
tak bolehkah duduk senang tenang..
penat mahu bekerja..perlu amanah lagi..perlu sabar lagi..berlu tekun lagi
perlu mcm2 la...
bukan mudah pulak tu..
laa...itulah hidup...
semua orang penat letih ta'baaan dan exhousted..
tp apa yang membezakan antara kita dan yang lain2
andai kita kerjakan yang halal
andai kita kerjakan dengan ikhlas
andai kita kerjakan amanah
andai kita syukur redha penuh tawakal
insyaAllah kasih sayangnya untuk kita
barokah terasa
yang sikit terasa banyak
ingat lagi kisah perang khandak??
ia dipanggil perang ahzab..kenape??
ketika itu umat islam terasa amat tertekan..
semua dalam keadan letih takut penat dan sangat lapar
sehinggakan terpaksa berikat perut dengan batu...
hinggalah suatu hari seorang sahabat mendapat sedikit rezeki
ketika mendapat makann itu beliau berhasrat menjamu ramai org namun kerana memikirkan yang ianya tidak mencukupi beliau mendahulukan untuk menjemput rasulullah..lalu beliau mencari baginda dan menemuinya lalu berbisik kepadanya agar tak didengari oleh yang lain
namun ape yang mengejutkan..rasulullah melaungkan dan menjemput semua sahabat kerumah sahabat yang tadi..
ketika di rumah sahabat tadi rasulullah telah berdoa kepada Allah agar memberkati tuan rumah dan memberi rezeki kepada mereka... akhirnya dengan kuasa Allah makanan yang sedikti tadi mampu mengenyangkan semua yang hadir...rasulullah sendiri menyediakan makann tersebut..menguli tepung..membakar roti dan daging...setelah selelsai menjamu tetamu yang hadir rasulullah sendiri bersama tuan rumah dan isteri beliau pula yang menjamu selera..
(rahiq makhtum)
biar sedikit tapi barokah
kita lihat contoh khalifah abu bakar yang juga bekerja untuk menyara diri.
beliau tidak memakan harta rakyat kerana beliau yakin itu adalah amanah dan tanggungjawab..tahu apa kerja beliau?? beliau adalah haamil..
atau pengangku barang... (anisah syiria)
maka berusahalah..
hidup lebih bermakna andai segalanya lillahitaala
bekalan hidup di sana...
some xtvt during holiday
mukhayyam aka Youth Outdoor Quest (YOQ) at around kl, bukit tabuh, n bukit cerakah shah alam
ke sekolah..meraikan adinda ku yang mendapat anugerah pelajar mithali sekolah..hehe like sister like sister
some of anak murid yang "copikal" (comel tapi nakal)
loyar buruk n kuat mengusik
tapi insyaAllah..mrk dlm usaha menghafal Al-Quran
ni adik2 laki pula..
what i found, tempat2 tumpuan di sana dibahagi2kn.. ade kawasan all chinese ada kawasan all malay..n ada kawasan all indian.. i visited the chinese area..waa sngt mewah n cantik..kawasan india meriah n ramai org tp agk gelap n tak semewah chinese area..
is this all a sudden or...
but from all this activity..what i like most is beeing a teacher@warden@kem komandan
haha i need more strepsils.. adik2 ni sangat unique menguji kesabaran..tp ana yakin semua ni pengalaman hidup buat mereka dan juga diri sendiri..bile cerita balik apa yang budak2 tu buat pada guru2 mrk kate.."haaa..ntum pun same je mcm tu jgk dulu"..hailaaa..
muga kalian menjadi manusia yang berguna n berjaya di dunia n akhirat bila besar nanti..
some story:
1. homesick..suatu pagi lbh kurang jam 7.30 seorang pel perempuan duduk di kaki lima sekolah merenung ke pagar memerhati setiap kereta yang lalu lalang(kwn2 lain sibuk bermain)
"dik buat ape ni?"
"tengah tunggu nenek"
"nenek nak datang??"
"ha'ah..nenek kate nak datang tengahari"
"ha?????"
2. very activa...talkative..unexpected...
bile fesi adalah perempuan
"ok sume g tdo.."
"tak naaak"
"tdo la dah malam"
"tak nak"
"masuk bilik cpt klu tak tdo luar"
"ok...best tdo luar tngk bintang"
bile fesi adalah lelaki
"ok sume g tdo"
"........" (sume senyap terus tdo)
dan berbagai ragam lagi....
Friday, November 21
qualitas solatmu..
alhamdulillah
masa cuti tiba, dan sangat bersyukur kerana ia terisi dengan pelbagai pengalaman dan pelajaran baru..
kalau di tanya pada kebanyakan alumni SMIH tentang pengalaman di zaman sekolah tentu ramai yang sangat rindukannya.. peluang berada di sekolah sngat bermakna..pagi tadi sempat mendengar tazkirah jumaat dari Ust Mariah.. cikgu akidah saya masa tahun 6..best2...
kota costantinopel..pernah dengar?
suatu masa dahulu kota ini menjadi rebutan ramai. banyak kuasa2 besar yang ingin menaklukinya..kenapa? kerana bumi costantinopel adalah bumi yang sangat kaya, mempunyai tentera yang gagah dan sanagt hebat, dan mempunyai rakyat yang sangat mentaati pemimpin.
maka tersebutlah kisah seorang sultan yang hebat bernama sultan murad. walaupun sudah lama berumah tangga sultan murad masih belum dikurniakan zuriat, baginda teramat ingin menakluki kota kostantinopel ini. siang malam baginda akan menatap peta kota costantinopel ini. suatu hari baginda menyuarakan impian baginda kepada seorang ulama'..
namun anda tahu apa kata ulama' tersebut,
"bukan semudahnya untuk menguasaai kota ini, orang yang ingin menguasainya adalah org yang sagnat hebat, solatnya, ibadahnya qiamnya puasanya sangat terjaga..tuan takkan mampu menguasainya..yang akan menguasainya adalah anak dalam kandungan isteri tuan.."
maka sultan murad sangat terkejut..beliau tidak mampu mengusainya??benarkah isterinya telah hamil..maka sultan murad segera menemui isterinya dan ternyata dia hamil..siapakah anak itu..
dialah "Sultan Muhammad Al-Fateh"
dan kata ulama' tersebut ternyata benar..
sultan salahuddin adalah sultan yang sanagt hebat..beliau juga berhasrat untuk menguasai kota itu bukan kerana 3 sbb di atas tadi semata2 tetapi kerana memikirkan kemaslahatan islam andai mampu menguasa bumi costantinopel. dan ternyata seperti kata ulama' itu, sultan salahuddin adalah sultan yang sanat hebat, cukup menjaga qualiti solatnya, qiamullai dan puasa. malah sultan salahuddin turut menekankan aspek ibadah kepada setiap tenteranya.
suatu hari sebelum berangkat ke medan perang beliau mengumpulkan tenteranya dan berkata,
"anda semua adalah tentera yang hebat dan cukup terlatih namun aku ingin bertanya, dalam ribuan antara kamu, siapa yang dari mula aqil baligh sehingga detik ini tidak pernah meninggalkan solat lima waktu akan terus bersamaku yang selebihnya berundur.."
maka ramai yang berundur.. beliau bertannya lagi,
"dalam kalangan kamu siapa pula yang sejak dari akil baligh tak pernah meniggalkan qiam terus bersamaku yang lain harus berundur.."
maka sebilangan lagi berundur...
dan soalan ketiga,
"dalam bilgan kamu yan tinggal siapa yang dari akil baligh sangat menjaga puasanya akn terus bersamaku dan yang selebihnya tinggal..."
maka..natijahnya...
hanya sekelompok kecil yang memenuhi kriteria ini..namun baginda tetap maju ke medan juang kerana yakin dengan kualiti ini dan dengan rahmat dan barokah dari Allah mereka akan menang dan ternyata..mereka adalah PAHLAWAN!!!
kata ust, apa yang menentukan qualiti seorang muslim bukan pada kayanya die, hebatnya ilmunya namun pada kualiti solat..penghayatannya dalam solat
kerana itu ramai kita temui org2 yang banyak ilmunya tapi masih melakukan maksiat.. dan berbagi lagi jenis orang..maka peliharalah solat..hayatilah solat anda...bagaimana???
bermula dengan menjaga qualiti whuduk dan berdoalah moga Allah menerima ibadah solat kita
wallahu a'lam
SNGT3 seronok kembali ke sekolah!!!
alhamdulillah
Sunday, November 9
Friday, October 17
jagallah hatti..(baca:nyanyi)
rasulullah pernah bersabda:
Monday, October 13
:: jalinan ::
khusyu' mendengar khutbah ringkas dari tuan qadhi
terjalin sudah ikatan dengan satu lafaz dan beberapa kali testing!!
senyuuuuum.. lega la tu!!
jom2 g makan..
alhamdulillah. berulangkali melafazkan syukur. moga terus berbahagia dan teruus murah rezaki dan dipermudahkan segala urusan. bagai suatu mimpi. hanya satu lafaz membentuk satu ikatan kekeluargaan yang murni. kak nela is my campusmate n usrahmate n now my brother's soulmate..hehe moga hari2 mendatang adalah hari2 yang penuh bermakna..dikurniakan zuriat yang soleh solehah..menjadi daei,anak, suami, abang, sahabat,pelajar, usahawan yang soleh wa musleh, menjadi pasangan daei yang terus bersinar..moga terus thabat atas jalan dakwah..tabah memperjuangkan islam memperjuangkan al-aqsa...diberi kekuatan dan ilham agar lebih lantang menegakkan nama allah dalam usaha mencapai puncak ustaziatul aalam mardhatillahita'ala
p/s:ni dah kawin jgn lupe adik kesayangan mu sorang ni... :p
Tuesday, September 30
:: mula kembali ::
Assalamualaikum
eid hampir tiba
nnt tetemu nak datang
kemas2..
......................................................................................
sebulan sudah berlalu
pantas sungguh
tetamu istimewa bakal pergi
moga kehadirannya kali ini bermakna sesuatu
...................................................................................
pengalaman menarik untuk ramadhan kali ini
di taman ilmu dan budi
di masjid yang tersergam indah
sangat3 bermakna
alunan bacaan imam antarabangsa..indah
solat bersama para jemaah pelbagai syu'ub wa qabail
taaraftu!!
suatu ketika
asyiq memperdengar bacaan sesama sahabat tiba2
"antum khoto'..laisa dzha walakin dzho" kata satu suara..
terlihat seorang gadis berjubah hitam wajah ala2 arab..
duduk di celah halqoh kami
ada kesilapan pada makhraj huruf kami
sambil tersenyum dia menerangkan cara sebutan huruf dzho..
lidah diletak di bhg atas gigi hadapan dari dalam..
ketika sbutan lidah jgn langsung menyentuh gigi bwah(boleh bayang?)
setelah faham..
"weina enti, qiraatuki mumtazah"
"alhamdulillah..ana imaan min filastin"
syukran..jzkk iman
..................................................................................................
ramadhan pergi
eid fitribakal tiba
hari meraiakn kemenagan
kejayaan melawan nafsu. mendidik diri dan membatasi diri
berjayakah?
layakkah meraiakn hari kemenagan
tanpa pernah berlawan..
wallahu a'alam
moga2 yang terbaik untuk kita semua
moga bertemu lagi ramadhan akan datang
insyaAllah
ramdhan kareem..
""eid mubarak..kullu am wa antum bikhair""
............................................................................................
11 syawal
satu lagi tarikh besar
taqwim tahun ini
memperluas ikatan kekeluargaan
abd.mujahid & nihlah
mola dan nija
allah yubaarikkum!!
percaya tak
pertama kali gambar family full version
lepas ni tambah sorang lagi
nak letak mane ye?? :p
hurm...??
wassalam
eid mubarak
Friday, August 29
:: terbanglah ::
Tuesday, August 12
:kerana-Nya::
Gembira bersama kerana rahmat-Nya
Wednesday, August 6
:: belum puluhan ::
Friday, June 20
:: let the picture talk::
di masjid umawi versi aleppo..kat dimasyq pun ade gak masjid umawi..
ni bergambar bersama org2 di sana..bletih ckp arab ngan budak2..serius best..
mule2 bdk2 ni malu lame2 tak nak lepas kitorang siap bwk g jumpe mak ayah
die lagi..
so dari sini leh nampak pemandangan yang cantik..strategik atas bukit bleh tengok
klu musuh datang dari jauh..
mmg lengkap dataran luas..tempat baptis..kubur..lapangan..kebun..
Wednesday, June 18
Tuesday, June 17
:: kitab agung::
“ kalau robot perlu pandukan buku manual dari yang menciptanya begitu juga manusia..perlukan buku panduan dari yang maha menciptanya…”
Sering kali kita dengar jadikanlah al-quran sbg pegangan hidup..jadikan ia sebagai panduan..malah rasulullah sendiri pernah bersabda..
“aku tinggalkan pada umatku 2 perkara.andai kau berpegang padanya nescaya kau tidak akan sesat ..itulah Al-quran dan sunnahku(hadis)”
Dan sudah pasti untuk mempraktikkan ini manusia akan sentiasa cuba memahami al-quran..dan menghayatinya sehingga timbullah berbagai2 cabang ilmu untuk mentafsirkan Al-quran..
Seorang anisah yang kami temui pernah menegur sahabat kami..ketika bacaanya salah..hukum sudah jelas tp masih banyak kesalahan..malah kesalahan sama masih diulang..
Katanya” kamu banyak berdosa..istighfarlah…!!”
Mulanya kami kate..waa syadidnya..bace salah smpai begitu di digelarnya..namun bile di pikirkan balik betul juga..mungkin dalam sehari2 kehidupan yang kita lalui ada dosa2 yang kita lakkan tnpa disedari hinggakan kotor hati kita maka sukar melafazkan kalamullah yang agung dan suci itu..anisah itu setiap hari akan bertanya, kamu qiam tak?solat duha tak?habis istighfar tak minimum 1000 kali sehari..malah setiap kali sebelum subuh 2 org anak muridnya itu akan dihubungi untuk dikejutkan qiam..katanya lagi..kamu seharusnya menjaga kesucian hati saat membaca kitab suci ini..intabihi(fokus)!!
Sunday, June 15
usrah yang lemak manis berkrim tanpa kolestrol..**
assalamualaikum
pasal tag yang diberikan nadhirah..
hehe mule2 ingat nak copy paste je jwpn budak2 SMI ni jawapan same je sume..lagi2 yang mmg same ngan saya cam nadhirah and asma' aminuddin..dah mule usrah sejak kecik...
rasenye jawapan saya pasti same je..but something yang paling berlemak dan berkrim tentang usrah:
##umm..sedapnye usrah..sekadar gambar hiasan..hehe
org kate akan wujud kepercayaan dan kasih sayang..bile ini dirasai..rase nak saling memperbaiki tu akan wujud..ketelusan dalam menegur..keikhlasan dalam memuji..saling memahami tanpa rase sangsi..(ceh..ade je sangsi tapi alhamdulillah boleh je diperbaiki)..mmmg best la..
org kate jadi charger iman...hurm..boleh la..mcm talipon..eh tak nak2..mcm laptop...bile mcm2 org pakai..mcm2 benda isi..masuk pendrive sane sini...mule2 masuk nasyid pastu tambah lagu2 sket..pastu tambah movie2 islamik pastu tambah cite korea...hindustan pastu masuk virus..huhuh sbb lupe masukkan antivirus..bile ade usrah ni mcm hantar laptop g setup balik la..hehe bg betul cket..
org kate boleh tambah fikrah islami..btul2 mane tak nye kalau mule usrah bace quran pastu tafsir pastu bace buku ilmiah n bincang2 pastu makan2..kadang2 g jalan..kan ke bertambah pengetahuan dari mcm2 org n pandangan n gaye pemikiran..pastu klu ade yang salah betul2 kan..
ape lagi org kate>>>
tapi tak kesah..saye ttp akan kate usrah mmg best..lemak berkrim tanpa kolestrol..best bukan semate2 pada ahli usrahnye..bukan semate2 pada naqibahnye..bukan hanya pada buku2 nya..tak dinafikan insan2 ini adalah elemen terpenting usrah..tapi lagi penting pada hati yang menilai..pada hadaf dan nawaitu...pada diri kita..pada akal kita yang menilai..menyertai usrah salah satu mujahadah kita untuk mendekatkan diri pada rab pencipta..
dengan bacaan quran dan memahami maksudnya bersama2..
salah satu usaha kita nak mencari suasana islamik disebalik hiruk pikuk duniawi..bak kate org kita duduk bersama beriman sekejap...ketenagan tu insyaAllah rase sbb mmg hadaf org2 yang duduk ngan kita ni nak sesuatu yang baik..kan3..itu sahaja dah cukup menenagkan..dan mcm2 lagi keseronokkan usrah ni..
(**just think about something yang best pastu anda buat bersama kawan2 yang best..dan insyAllah kesannya pun best..))
nak rase lebih jom join usrah ..rasekan keenaknannya>>>>
p/s: aci tak buat tag camni..ini lagi better than copy paste je..heheh
** post ini ditulis untuk tatapan umum manggunakan bahasa yang santai..kalau org arab kate bahase ammi..campur2 n rojak2...sesuai untuk semua lapisan masyarakat..kanak2 remaja mahupun dewasa..
::sambal belacan ikan masin da kembali...::
tepat 14 jun 2008 jam 9.46 pagi..telah selamat diri ini menjejak kaki ke bumi bertuah MALAYSIA..syukur pada Allah atas nikmat berjalan di bumi SYIRIA..nikmat belajar nikmat pengalaman dan nikmat ukhuwah di sana..andai ditanya nak g sana lagi? jawapan saya " andai diizin Allah PASTI nak g lagi!!
post pasal syiria akan menyusul insyaAllah...
p/s: jgn tuntut hadiah..mmg tak sempat shopping..
Saturday, May 10
:: jadual yang agak penuh::
jadual yang agak penuh dan kemalasan tuk ke cc menyababkan blog tidak di update..
pagi ke kelas bahasa ...tgh kelas mengaji Alquran(moga sempat mendapat syahadahnya/sijil) malam pula ke jamek2 tuk mendengar kuliah...hujung minggu adalah hari perlancongan...
paling best...belajar Alquran
kami di bahagikan kepada beberapa pasangan dan akan ke rumah anisah (guru Alquran) untuk bertalaqi..baca dari juz 1 sampai 30..alhamdulillahanisah saya seorang yang sngt hebat. fatin namanya. seorang hafizah dalam 10 qiraat dan hafizah sejak berumur 10 tahun. seorang lulusan kimia dan fizik dan kini bekerja di sebuah farmasi.
terlalu bnyk bacaan quran yang perlu di perbaiki. sebutan tauz pun tak pas mase mule2 tu..makhraj huruf pun bnyk salah..walaupun rase bace cam dah best hehe.. tapi mmg mostly kita bc quran atas angin tnpa menekankan makhraj nya. alhamdulillah skrng dah juz 6..anisah seoang yang sngt punctual. lambat sedikit akan di tegur..pernah sekali katenye nak talifon ke rumah kami jam 10 malam. tepat jam sepuluh malam talifon terus berbunyi. pada awalnya anisah jarang senyum dan tidak bnyk cakap masuk2 rumah je..
man sa tabda'? salah seorang kami ke depan..lepas satu jam sambung dgn yang seorang lagi..sadaqallahul adzim dan pintu rumah di buka, kami balik..tak mcm kat mesia ade salam2 ngan cikgu (belum pernah salam die lagi)..tp skrng dah ok cket..anisah dah bnyk senyum2 dan berbual dgn kami....lega..sentiasa risau takut kalau ade melakukan kesilapan..moga bacaan Al-quran akan dapat di perbaiki..klu sempat khatam dan bacaan baik anisah akan bawa kami berjumpa syaikhah anisah untuk tapisan kali ke dua..kalau lepas baru boleh berjumpah syeikh paling tinggi untuk mendapatkan sanad... (sanad: mcm salah silah atau rantaian penyerahan Al-quaran pd kite.pada sijil sanad akan tertulis dari rasulullah pada sape2..n last skali nama kita..mcm sanad hadis gak la lbh kurang).. klu ade rezeki insy. tapi tu tak kisah sngt yang penting bacaan dapat di baiki... insyAllah
Friday, April 25
ke pasar
pernah sekali sorang dari kami ke kedai...
"indaka sakar?"
serta merta berubah muka org tu..
"la yujad"
kami pelik masakan kedai runcit tak jual gula..
kami tanye sekali lagi
"uridu sakar"
org tu kate "ma fi sakar..kullu huna halal"
salah sorang dari kami terperasan...wei...sakar tu arak la...sukkar baru gula...
"lalala...nuridu sukar laisa sakar...afwan..."
hehe..ke pasar bawa kamus dan kelkulator...cari perkataan dan konvertkan dari nilai lera(matawang syiria) ke ringgit malaysia..takut kene tipu harga sbb tak familiar dngan matawang cni...no pic kat pasar..lambat nak upload...
::kembara di syiria::
sedikir cerita pakcik yang pegang kunci tu dan kawan2 nya...
agak blurr..
Tuesday, April 15
jaulah ke sirya
ampun dan maaf pada semua atas kekeliruan yang berlaku
sebenarnya saya belum lagi berlepas ke syiria seperti yang di jadualakan..hehe sedikit masaalah di situ dan sini..maka insyaAllah musafir in akan bermula pada 18 april 2008 dan dijangka pulang pada 15 june 2008 (tertakluk pada pindaan). moga musafir ini bakal membawa 1001++ hikmah buat insan kerdil bernama amatullah ini. moga Allah memberkati usaha semua pihak untuk menjaya jaulah ini dan memberi manfaat kepada saya anda dan mereka...
insyaAllah update akan dibuat sepanjang saya di sana nanti.. insyaAllah
moga dipermudahkan segala-galanya...
p/s: doa..doa dan terus berdoa..moga jaulah ini berjalan lancar dan mencapai matlamat dan tujuan
Monday, March 31
Sunday, March 30
:: refreshing ::
c u c i = cuci
cuci apa?
saya tengok awak, awak tengok saya
saling ingat mengingati
saling cuci mencuci hati dan sanubari
memperbaharui nawaitu kami
kembali berhalaqah bersama teman2 seusrah ketika zaman sekolah2 dulu
benar2 mengimbau kenangan. walaupun tak ramai hanya 4 dari kami tapi cukup bererti. saling bercerita pengalaman di tempat masing2. berhadapan dengan situasi dan waqiq berbeza. kami mula meluah apa yang ada di hati. kebetulan kami memang sudah bersama sejak kecil. sejak darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima. membesar bersama berkongsi suka duka . senyum tawa.. duka lara..jatuh bangun bersama...
maka pertemuan hari tu ibarat mengemas rak buku yang dah lama ditinggal sepi berhabuk..segala kisah hidup di susun,di imbau dan di analisa untuk dijadikan pedoman dan peringatan. dalam rancak kami berbual maka timbullah satu isu yang membawa kepada persoalan besar..
adakah fenomena ini menyebabkan ada dalam kalangan kita selepas tamat sekolah lari dari tarbiah kerana bosan hidup dalam jaringan ini..gagal menghargai kerana tak pernah susah mencari..ibarat hidup dalam lombong mutiara..lama2 tak menghargai..bayangkan pelombong arang terjumpa permata pasti akan dijaga rapi...gagal menghayati kerana dah lali dah jadi rutin hari-hari dah jadi benda basi..jadi???apa anda rasa..??
ada juga yang berpandangan begini..
kita terlalu dijaga tak diberi peluang untuk berbuat nakal..tak pernah jatuh dan bangkit lagi..sentiasa di atas..sampaikan tengok org buat jahat sikit dah pandang lain..mcm terlepas satu fasa kehidupan..iaitu fasa berada dibawah..lebih2 lagi pada yang dari kecik sampai ke besar menjadi pimpinan sekolah.."sentiasa dipandang baik"
kata2 begini mungkin tidak releven tapi seakan suatu kenyataan..
namun hal ini perlu dikaji dan diperbaiki..perlu di pahami
bukan salah tarbiah yang mendidik..bukan salah tarbiah yang disuap..mengapa islam mengajar ummatnya mendidik anak sejak dari kecil..seumur 7 tahun mesti diajar sembahyang..sehingga umur 10 tahun dirotan andai tak bersembahyang..islam menggariskan panduan dalam pendidikan..
seharusnya kita bersyukur kerana Allah manganugrahkan tarbiyyah dari kecil..Allah pelihara kita agar tak ternoda..Allah jaga hati kita..Allah kurniakan kita keluarga yang mengenali dan memahami tarbiah agar hati2 ini yang terlindungi ini menjadi hati2 yang kuat menjadi hati yang kental dengan dugaan dan cabaran lantaran sudah dihiasi dan dicorakkan dengan corak islami..ini satu cabaran untuk kita..untuk terus mengekalkanya dalam hati..ini satu tanggungjawab kita untuk salurkan pada yang tak pernah merasai..dan satu dugaan untuk kita saat pegangan dan fahaman diuji..pasti ada suatu saat kita goyah kerana memang janji Allah setiap hambanya akan diuji..jadi? apa pandangan anda..masih tak mahu menghargai??
andaikan hati ibarat sekeping papan..satu dosa yang dilakukan adalah seperti sebutir paku diketuk pada papan..bagaikan hati..semakin banyak dosa semakin hitam..namun dengan paku boleh dicabut begitu juga ibarat taubat dari dosa..namun adakah sama papan yang sudah dipaku dan papan yang masih terjaga dari sebarang kecacatan..hargailah
namun bukan bererti suatu yang hina andai lambat mendapat tarbiah..atau mengenali tarbiah di usia senja..kerana...anda mempunyai kelebihan dan hikmah tersendiri dari Allah..
mari kita hayati sirah rasulullah..kita singkap kisah dan sejarah keimanan antara 2 tokoh agung islam..umar dan abu bakar..dua latar hidup yang berbeza namun berjaya menjadi tokoh keagungan islam yang unggul...kalau abu bakar memang seorang yang baik walau sebelum menerima islam beliau seorang yang sangat dimuliakan lantaran kebaikannya. walau sebelum kedatangan islam abu bakar tak pernah menyentuh arak dan ketika kedatangan islam hatinya tak peranah ragu lantas menerima islam dengan sepenuh hati dan akhirnya berjaya menjadi tokoh agung...lain pula kisah ummar..zaman gelapnya sebelum menerima islam..hidup terhina dengan kebengisan dan keangkuhan..malah pernah membunuh anak perempuannya sendiri hidup2..beliau melawan perjuangan rasulullah semahu-mahunya..namun selepas menerima islam beliau adalah orng yang paling lantang melindungi dan bersama2 nabi..kesalahan lalu bukan penghalang kepada perubahan namun sepatutnya menjadi pendorong kuat untuk menjadi lebih baik kerana benci akan pengalaman buruk yang lalu..hikmah Allah memang tak terjangkau dek akalmu..dan mungkin sahaja anda bisa menjadi lebih baik dari orng yang awal mengenali islam dan tarbiyyah..
namun ketahuilah.. tarbiayah satu anugrah..didikan ini satu amanah..bukan hak milik peribadi yang tak perlu dikongsi..ia suatu amanah..ingatlah..amaaanah...sharing is caring..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH...
Friday, March 28
hati manusia
memang semua tahu
muka sama cantik
tapi hati belum tahu
baginda pernah bersabda
"dalam diri manusia ada segumpal daging jika baik daging itu maka baiklah org itu
jika buruk daging itu maka burklah org itu, dan daging itu adalah hati"
jauh perjalana luas permandangan luas pengalaman luas pengetahuan makin ramai kenalan makin ramai kawan macam2 ragam..
unik sungguh ciptaan tuhan
hati oh hati
wajah yang cantik belum tentu baik
wajah yang bengis belum tentu garang
wajah yang angkuh belum tentu sombong
wajah yang riang belum tentu penyayang
bersama kita fikir-fikirkan
Tuesday, March 18
PRU 12
i think it's not too late to post about the issue..
nak tengok tv malas so gune h/p bersusah payah adjust handsfree untuk dpt coverage radio..rase mcm kembali kezaman pasca kemerdekaan..
the issue here were not just about politics in our country but our youngsters yang mmg tak ambil kisah isu semase..i ask a friend..ape pandangan hang pasal politik.."malas nak amek kesah politik tu kotor tak de makne untuk org mcm kite", even mase keputusan diumumkan the day after 8 march when i read n tatap newspaper cam nak masuk dlm tu they said to me semangat la hang ni..ape kate hang amek political science tak yah amek econs..then bile timbul isu DEB me n my law and econs friends discuss about this depa gelak je..tp tak pe one day they will know..
i tell u my friends, what ever the issue..politics, economics, crime, national or even international issue..we should know!!..even in most situation we can't do anything but in some other part there must be something that we can do..or at least we know..
kita hidup dalam dunia yang nyata bukan sendirian..bukan hidup antara "aku kawan n family" je..lihat pada dunia nyata yang sangat luas..jgn sempitkan dunia anda hanya pada kelas makan blaja dan hiburan semata2..
(32) Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (surah al jinn)
wujudkan sikap kepadulian dalam diri..apa yang ada di utara selatan timur dan barat dunia..apa yang berlaku pada saudara2 semuslim kita, orang2 sekeliling kita..apa yang dirancang musuh kita untuk memusnahkan kita..
ambil tahu apa yang berlaku dulu sekarang dan bersedialah untuk hari akan datang sebagaimana ayat allah:
(23) Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
ketahuilah kisah orang terdahulu..perhatikan hal2 sekarang agar kesalahan lalu tak berulang lagi...anda mampu mangubahnya..anda perlu ambil tahu...
TAHU
3 month
just finished my final exam..now it's holiday..for 3 month!!
what should i do during the holiday??
............................
mcm2 dah set dalam kepale nak buat ape..tengoklah jadi ke tak...
harap2 jadilah..angan2 menuju kenyataan..
"rabbi yassir wala tuassir"
...........................
next semester will be on july..if i pass my xm..(result on 1th april)
i'll be in UIA gombak..to my big bro..see u there hehe
dari dulu smpi skrng same tempat..rmh SRIH SMIH UIA..what's next???
"rabbi yassir wala tuassir"
..........................
actually..time cuti ni adalah mase paling mencabar dalam hidup..
..........................
Saturday, February 9
road to home town
5.45 tiba di KTM nilai, Manusia yang sanagt ramai memenui kaunter tiket.
hati sedkit gundah bas dijangka bartolak jam 6.30 ptng.selesai membeli tiket menanti keretapi dengan penuh sabar...KTM dijangka sampai setiap 15 minit..3o minit berlalu dengan hampa.. sebuah keretapi melintas laju tanpa henti menambah kerisauan..
6.23 keretapi tiba namun sedikit kecewa kesesakkan yang teramat membuat kami sesaknafas berhimpit dalam KTM.
6.35. Tiba di stesen KTM seremban..dengan gagah dan berani kami berlari ke terminal one dengan membawa barang2 dan buku bekalan spjng cuti..
6.50 tercungap2 di terminal one mencari kelibat bas yang sepatutnya dah bertolak jam 6.30 ptng.bertanya kepada penuggu2 sekeliling lega kerana bas belum tiba..kami membahagi tugas 2 membeli makanan 2 menanti bas...tak smpi 10 minit bas pun tiba namun indah khabar dari rupa bas yang tiba tak seperti yang dijangka..namun kehendak untuk pulang menguasai perasaan. hati kami cuba ditabahkan..
7.00 mlm bas bergerak meninggalkan terminal one meredah kesesakkan lalu lintas kenderaan pulang bercuti
8.45 mlm kerosakkan bas menguji kami..air-cond mati namun sempat ke sebuah bengkel bas berhampiran sebelum enjin mati dan terpaksa menukar kepada bas lain...bas kali ini umpama bas tak cukup skru..namun pemandu memecut laju dengan senang hati walaupun sngat menyeramkan..
9.15 mlm ntah mcm mana bas ini memasuki sebuah bandar dan megambil penumpang lain di tampin..melambatkan lagi perjalanan..
sepanjang jalan ibu bapa keempat2 dari kami tak henti bertanya berita..kerana kami sepatutnya sudah hampir sampai memandangkan bas dijangka bertolak jam 6.3o ptng..namun sehingga ke saat itu negeri sembilan masih belum kami tinggalkan...
11.00 mlm bas berhenti di machap untuk berehat..ibu bapa telah menanti di sri putri namun kami masih jauh lagi..
11.30 kami jang ka bas akan bergerak..namun hampa kelibat pemandu gagal di kesan..
11.45 penumpang makin gelisah mula turun semula..pemandu sedang makan dengan riang gembira..owh tengah makan biar dulu..
12.00 mlm seorang makcik naik membawa berita pemandu mogok..tak nak drive balik jb
12.05 penumpang mula marah..4 gadis remaja mengharapkan org2 dewasa bertindak berbincang dengan pemandu namun hampa org2 dewasa yang kami harapkan buat tak reti je..kami yang diasak ibu bapa untuk bertindak mula bergerak ke arah pemandu namun pemandu tiba2 bangun ke arah bas..kami jadi gembira kerana menjangkakan bas akan bergerak...
12.15 bas tak gerak lagi..pemandu naik ambil beg dan ke bas sebelah dan terus berlalu tanpa sebarang kata2...soalan kami yang bertubi2 tak diendahkan dan terus berlalu begitu sahaja...
satu sms menerjah talifon bimbit "tumpang rumah kawan la ye..dah pnt tunggu..esk pagi ambil kat rumah kawan" ok..walaupun sedih tapi faham org dah pnt..best gak tdo rumah kawan..
12.20 kami dikahbarkan pemandu kami yang baru, baru mula nak makan tunggu lagi beberapa minit..hati makin panas namun tak sempat buat apa pemandu garang terus naik tanpa sebarang kata memandu kami terus ke johor baharu...aksi pasangan kekasih di kerusi sebelah menambah kepanasan hati...
1.45 pagi hampir ke jam 2 pagi tiba di Sri Putri..di sambut oleh pakcik **** dan terus pulang kerumah sahabat...
Friday, January 11
~wahai khalifah~
Saturday, January 5
sekitar PKN 1207
nilaian sebuah tarbiyyah
Jari-jemari kesana kemari..bermain di atas kekunci..mentafsir apa yang terlintas di hati…
Nilaian sebuah tarbiyyah..
Sebelum apa2 suka bertanya bilakah kali pertama ana mendengar perkataan tarbiyyah..bila kali pertama anda mengikuti usrah? Sejak melangkah ke universiti? Ketika di sekolah menengah? Sekolah rendah? Katika tadika? Atau ada yang mungkin lebih awal dari itu?
Alhamdulillah, saya dah pun mengikuti usrah sejak tadika..bukanla mcm usrah yang dilalui skrng..masih segar dalam ingatan..suatu petang ummi hantar ke rumah mkcik saripah..bukan saya seorng tapi lebih dari sepuluh orng..umi kata usrah kanak2..aktiviti yang kami lakukan..mendengar cerita sirah,bermain sukaneka,dan makan2…main bukan sekadar main tapi selepas main makcik akan tanya apa hikmah di sebalik permainan tersebut..dan permainan yang masih sy ingat ialah main pulau kertas..setiap kumpulan diberi sehelai surat khabar dan seluruh ahli kumpulan harus berdiri diatas kertas tersebut..lama kelaman kertas dikoyak menjadi makin kecil sampailah kami terpaksa berpanjat dan berpijak atas kawan2 lain..mase kecik dulu sebab saiz sy yang agak kecil saya disuruh naik keatas kawan2 lain..hehe dah besar jgn harap ade can nak pijak kawan..
Namun boleh dikatakan sampai sekarng permainan tersebut masih diulang2 dalam kebanyakkan program yang saya lalui..ketika di sekolah rendah menengah mahupun di univ skarang. Namun yang berbeza adalah tafsiran yang kita peroleh dari aktiviti tu..mase tadika bila tanya pengajaran dari permainan ini kite akan cakap..sayang kawan…kerjesama…bijak..namun semakin usia bertambah jawapan kita akan bertambah panjang dan lebih bererti seiring usia…betul?atau masih pada jawapan yang sama?sudah pasti berbeda kan?
Pada hakikatnya, nilaian yang paling penting bukanlah selama mana kita sudah mengenali tarbiah, atau sebanyak mana program yang telah kita lalui, tapi sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan dan mempraktikkan apa yang kita perolehi dari system tarbiah itu sendiri..tak guna berada lama dalam system tarbiah namun setiap pengalaman yang kita perolehi hanyalah sekadar angin lalu, atau sekadar mecurah air ke daun keladi atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau apa2 perumpamaan yang seerti dengannya…amatlah rugi orang2 sebegini…
Sebenarnya saya rasa sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada diri ini untuk mengenali tarbiah sejak dari kecil..sentiasa berdoa moga Allah hati ini teus istiqamah dalam cara hidup yang begini..rasa izzah pada hidup muslim takkan pudar kerana hidup dalam tarbiah yang membentuk dan mencorak diri ini menjadi begini…moga lebih ramai yang akan dapat menikmati indahnya hidup bersama islam….
Amatullah_ FIDAK 2015…..!!