kalau Dr Har kata,
"kalaulah lepas talk ni, dalam ribuan yang hadir ini ada seoraaang sahaja yang pledge untuk jadi a better person lepas ni, Dr Har akan rasa sangat berbaloi masa dan tenaga yang Dr Har korbankan ke sini dan perjalanan balik nanti.."
kalau Dr Har baca ni, saya nak baritahu, sahabat saya dengan semangatnya memberi tahu pada saya
"I am that person!"
dan saya sendiri banayk termotivasi dengan kata-kata berapi dari kalian.
yup. pengalaman adalah guru terbaik. pengalaman kalian juga adalah guru terbaik buat saya.
dalam era Islamphobia, terlalu banyak salah faham berlaku terhadap islam dan masyarakatnya.
sudahlah semamangnya banyak masalah dan ketempangan boleh dilihat dalam masyarakat muslim. media pun turut sama menambah kecacatan tersebut
sudahlah semamangnya banyak masalah dan ketempangan boleh dilihat dalam masyarakat muslim. media pun turut sama menambah kecacatan tersebut
buka sahaja akhbar-akhbar tempatan sama ada aliran arus perdana atau sebaliknya terlalu banyak gambaran negatif terhadap muslim
buka pula peti telivisyen, juga gambaran yang salah tentang islam.
dimana-mana berlaku salah faham.
kerana apa?
kerana mereka yang benar-benar memahami islam belum berjaya menjadi dominan. samaada dalam alam nyata mahupun dalam dunia media. kerana kita tahu dalam era sekarang, media banyak mencorak pemikiran masyarakat.
seperti kak wardina sebutkan,
industri penerbitan akan melakukan/menerbitkan apa sahaja sekiranya ada permintaan tinggi di pasaran dalam kata lain 'boleh buat duit'. dan ia sesuatu yang menggembirakan, bila adanya banayk penerbitan islami bermakna sememangnya ada permintaan terhadap hasil karya islamic. which is good. tapi masaalahnya ialah apabila mereka yang mendominasi media pula bukanlah dari kalangan mereka yang memahami islam. hasilnya?
berlakulah beberpa salah faham. akhirnya menjadi isu. dibahaskan. dikondem oleh muslim-muslim lainnya dengan gaya yang tidak sepatutnya. sekali lagi menampakkan kelemahan muslim dan komunitinya.
Islam itu pada hakikatnya tersangat indah. tapi bila tidak diambil sepenuhnya maka tak sempurna rasanya.
saya beri analogi seperti sesuat masakan. katalah nasi lemak. tidak dimasukkan santan ke dalam nasi, tiada kacang atau timun, hanya ada sambal dan telur, maybe ada yang oleh claim verbally makanan itu sebagai nasi lemak, tapi hakikatnya ia bukan yang sempurna. bukan yang sebenarnya.
maka siapa lagi yang boleh memperbetulkan salah faham itu kalau bukan muslim sendiri. adakah kita berharap ah seng yang ke tokong atau sammy yang ke kuil itu yang akan memperbetulkan pandangan dunia terhadapa islam?
kerana itu, kita sebagai pemuda islam harus berusaha memperbaiki salah faham itu. menterjemahkan islam yang indah itu bermula pada diri kitadan tinglkahlaku kita kemudian kita mencambahkan dan menyebarkan islam yang sebenarnya itu melalui segala medium yang ada.
penulisan? puisi? teater? movie? short-videos? posters? apa sahaja.
tak da skill?
belajarlah.
jom.
No comments:
Post a Comment