alhamdulillah
berkali-kali juga difikir. ingin dikongsi kisah atau tidak. lama-lama difikir saya pilih untuk berkongsi.
moga jauh dari riak apatah lagi menunjuk atau menyombong. dicoret sebagai perkongsian. agar kita mendapat pengajaran.
dari dulu saya suka membaca buku tentang kisah-kisah tokoh. Rasulullah SWT itu sudah pasti. Sahabat-sahabat malah tokoh-tokoh temporari masa kini. buku 'Belajar Dari 2 Umar". Himpunan 101 sahabat nabi"."20 tokoh pejuang temporari"."hari-hari dalam hidupku:Zainab Al-Ghazali" dan "untukmu ummat:ust Zaharuddin". semua buku-buku ini adalah antara buku-buku tentang tokoh yang telah berjaya menyuntik semangat saya dalam bidang ilmu mahupun dalam arena da'wah.
namun kali ini, saya ingin berkongsi tentang seseorang yang saya anggap tokoh. tokoh yang sangat dekat dalam rumah ini dan sungguh! banyak yang seya pelajari darinya.
dari kecik kami adik beradik diajar dan diajak ikut sama dalam program-program dan aktiviti yang dijalankan. turun ke Rengit mahupun hadir ke ceramah-ceramah yang disampaikan. dulu seringkali merungut malas. mahu rehat di rumah tapi umi kata 'abah nak anak-anak dia rasa apa yang abah buat dan belajar apa yang abah ajarkan pada orang lain" lebih kurang begitulah maksud dari kata-kata ummi yang masih ku ingat.
maka bermula tahun 1999, abah mula meninggalkan alam UTM. abah turun ke medan politik di bumi Rengit. bukan tujuan politik yang utama tapi medan dakwah. ya. bumi rengit telah menjadi saksi bakti dan pengorbanan abah. pagi petang ke sana. kadang-kadang ulang-alik seharian rengit ke senai. kejarkan rengit kejarkan juga kami2 yang masih bersekolah di johor. turun ke masyarakat kampung. hari raya abah baca khutbah di rengit. raya korban abah sembelihkan lembu di rengit. sunggu hangat layanan orang-orang kampung. setiap kali singgah ke kebun orang kebun pasti kereta di sumbat dengan tandan2 pisang muda, kelapa, kadang2 tebu limau barli dan sukun. kalau musim buah durian rambutan semua kami dapat percuma.
itu yang seronok. namun pasti medan rengit juga penuh dengan cabaran. memecahkan tembok2 kubu kuat U**O. masih ingat, bagaimana ketika turun meraih undi di Kampung2 ada yang dikejar penduduk kampung dengan parang.latar masyarakat kampung tidak ramai yang terdedah dengan dunia maya. banyak berita dan isu mereka terima bulat2 dari akhbar dan TV semata2. maka susah untuk diubah pemikiran mereka dan tambahan di kampung2 latar masyarakat kebanyakkannya warga tua. namun cabaran itu abah terima.
masih ingat, abah suka pikat hati warga kampung dengan berziarah ke rumah-rumah mereka samaada majlis2 majlis kecil atau mahupun yang besar2 (hikmah Allah meletakkan hak seorang sahabat adalah memenuhi undangan) dan setiap kali abah berucap abah akan tamatkan dengan bacaan doa dalam bahasa melayu.. mendoakan tuan rumah dan seluruh hadirin yang hadir. yang sakit abah ziarah dan doakan agar cepat sembuh. lihat, berdakwah dengan cara ziarah. nampak remeh tapi berkesan. dan doa juga jangan di lupa! saat banjir mereka turun ke kampung2 memberi bantuan. bila ada yang ditimpa musibah sumbangan dihulur. kerumah orang-orang miskin menyalurkan harta zakat amanah dari orang lain.
tiba pilihan raya pula. sungguh hangat terasa kampung itu. ramai pakcik-pakcik turun membantu memberi sokongan. sungguh setiap kali terbayang detik-detik itu terasa sebak. terasa satu semangat yang tidak tergambar dengan kata2. terbayang hangat semangat dan kesungguhan abah. seminggu pilihanraya abah macam tak tidur. tangan bertasbih khusyuk berzikir.tidur2 ayam sahaja . dan bila saatkeputusan diumumkan kami semua berdebar. walaupun tak berjaya memenangi kerusi abah redha. tebayang-bayang dalam kepala kata2 redha abah.dan pasti kerja dan usaha dakwah di bumi rengit harus diteruskan. aku bangga dengan abah. 10 tahun di bumi rengit. sudah 3 kali pilihan raya sudah berlalu. dan sungguh banyak perubahan yang aku lihat. sungguh, membuat aku yakin bahawa Allah tidak melihat pada hasil tapi pada usaha dan kesungguhan serta keikhlasan.dan hikmah Allah itu sangat besar. tiada erti putus asa. :)
aku membesar dalam perjuangan abah di bumi rengit. dari darjah tiga hingga menjejak alam kampus.banyak yang aku belajar tak terungkap di sini dan hakikat yang paling indah, abah tidak bekerja berseorangan. umi setia menyokong abah. sahabat2 abah banyak sangat membantu. membantu menguruskan kami anak2 abah di saat-saat genting. memberi semangat. datang turun sekali ke rengit. memberi pandangan dan cadangan malah manyumbang wang ringgit yang bukan sedikit. semuanya dengan niat agar islam terus ditegakkan dibumi rengit. ukhuwah teras kegemilangan! sungguh kerjasama yang hebat!! alhamdulillah. moga Allah ganjari usaha-usaha kalian.
medan dakwah itu luas. sngat banyak peluang-peluang yang boleh diterokai. siapa sanggup meninggalkan kerjaya selesa yang memberi bayaran lumayan dan prospek masa hadapan yang luas untuk bermain lumpur di kampung-kampung? walaupun aku tahu abah memang tak suka pekerjaan yang rutin masuk kerja jam 8 balik 5 petang.hehe mngubah haluan hidup untuk dakwah.
teringat kisah di bentar gebang indonesia. perkampungan sampah. tidur beralaskan sampah pakaian dari sampah.tidak bersekolah dan hidup sebagai pemulung (mengutip sampah). kami sempat menziarahi sebuah keluarga pendakwah yang berpindah dari bandar ke kawasan itu dengan tujuan untuk berdakwah kepada masyarakat disitu. mengajar anak-anak mereka tentang islam dan memujuk mereka agar bersekolah dan mengubah haluanhidup mereka. kalian, kalau di hantar ke situ, sanggupkah kalian.
itu kisah dulu. sekarang medan abah sudah bertukar. medan palestin dan isu sekitarnya.
pernah suatu hari abah sungguh-sungguh menghantar resume ke MERCY Malaysia sebagai sekarelawan ke Palestin. kemudian abah SMS kami anak-anaknya menyatakan hasrat dan cita-citanya itu.
dan ternyata impian abah untuk kesana tercapai. walau bukan dengan MERCY malaysia, ternyata Allah aturkan yang terbaik. maka berlakulah apa yang berlaku sekarang...
bersambung.....
abah pernah ajarkan kami untuk hafal satu kata2 riwayat aisyah ra ketika ditanya oleh para sahabat
''bilakah seseorang itu dianggap buruk/teruk/hina (sayyi')" jawab aisyah ra "saat mana dia menganggap dirinya sudah cukup baik"
dan satu lagi..kita semua tidak dilahirkan terus2 menjadi hebat. tapi kita boleh menjadi hebat dengan tarbiah, tarbiah dan pendidikan hebat iaitu tarbiah pendidikan islam. proud to be a muslim. jom menjadi hebat! hebat pada penjuru-penjuru kita yang tersendiri. kita hebat dengan islam! Allahuakbar!!
maka renung-renungkan selamat beramal!