Wednesday, February 1

buktikan rasa syukur

kerana syaitan, bila nak merosakkan manusia, dia akan buatkan manusia itu hilang rasa syukur dalam hati. sampai dalam Al-Quran Allah quote kata-kata Iblis. 

" kemudian aku datangi mereka dari arah hadapan, belakang, kanan dan kiri mereka dan engkau mendapati kebanyakkan mereka tidak bersyukur"
(7:17)



selalu orang cakap kite kene bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah pada diri kita. nikmat mata, nikmat pancaindra, kesihatan, nikmat keluarga dan lain-lain. bercakap tentang nikmat mata, hidung, telinga dan lain-lain, tapi  kadang-kadang hati kotor manusia tu agak sukar untuk melihat kelebihan nikmat di situ, mungkin sebab kita rasa, majoriti manusia ada kelebihan itu. so tak rasa special. *dush* nada sungguhangkuhtakbur disitu.

tapi seriously, sebenarnya disana ada beberapa nikmat agung yang kita boleh lihat pada diri kita yang tak semua orang ada. seriously ada. cuba anda senarai pendekkan agar kita bertambah-tambah rasa syukur. ye. nikmat yang anda rasa majority manusia tak ada kelebihan itu tapi kita ada. sebab Allah kurniakan manusia itu berbeza-beza. masing-masing ada kelebihan dan ada juga sisi-sisi kekurangan. sila gunakan mata lebah* anda untuk melihat dunia.

1. di lahirkan dalam keluarga muslim yang benar-benar berusaha mempraktiskan Islam. adanya abah yang sangat ohsem dan ummi yang cool-damai-supersabar. dan adik-beradik saya yang pasti sangat bersyukur dengan adanya saya dalam keluarga ini. ahaa

2. dikelilingi sahabat-sahabat yang selalu memimpin tangan kita untuk jadi lebih baik, dan mereka selalau piat telinga dan ketuk kepala kita bila ada ura-ura macam nak buat benda tak baik. jeritkan sahaja pada mereka melalu FB, atau SMS atau Call dan minta mereka nasihat, pasti dihujani pelabagai nasihat sampai mungkin boleh jadi banjir air mata.

3. perjalanan pendidikan yang tersusun cantik. alhamdulillah. walaupun orang kata environment tak mencabar lah. tak berkembang dll tapi Alhamdulillah saya rasa ini aturan Allah yang terbaik. mungkin Allah kata, kalau saya dicampak dalam environment mencabar seperti anda-anda yang berkata itu, saya mungkin tak dapat survive seperti anda-anda yang gagah ketika berada di environment anda. Allahu A'lam!

and the list goes on.. ini mungkin nikmat yang ada, Allah beri pada saya dan mungkin jugak anda-anda yang membaca tapi saya rasa kita semua ada nikmat yang tersendiri sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa kita. ohhh.. betapa indah dan mendalamnya cinta nikmat kurniaan Allah untuk kita semua. kan?
cepat-cepat anda pula senaraikan dan buahkan rasa syukur. boleh tag tak? saya nak tag semua blogger yang ada dalam blog list saya. kalau agak-agak terasa sila lah buat. sekian terima kasih.

ha. dan syukur bukan hanya sekadar kata-kata yang diucap atau ditaip dan post di blog atau dinding mukabuku atau berkicau-kicau di tweeter yang saya tak reti guna itu. tapi buktikan rasa syukur dengan ikhlas membalas kurniaan Allah itu. bagaimana? dengan amal la.

kalau cinta katakan cinta. gunung sanggup didaki. lautan sanggup direnangi. cehh.. dan kalau syukur buktikan syukur. kerana syukur lawannya kufur. maka buktikan anda tidak kufur.



seperti mana anda takut kehilangan nikmat itu, sila lebih gerun untuk hilang kasih sayang rahmat pemberi nikmat yang maha agung. Ya Rabb..

kalian mahu tahu kenapa saya rasa untuk menulis semua ini? kerana cuti kali ini benar-benar mengetuk kuat pintu hati saya yang cahaya didalamnya kian malap itu.

1. melihat ibu bapa yang sibuk kesana kemari untuk kerja yang tak henti-henti siang malam. walaupun rasa sebagai seorang anak ni agak terabai tapi saya tahu, mereka kerja untuk Allah. dan saya patutnya lebih termotivasi untuk bekerja lebih keras kalau betul nak reunion disyurga dengan mereka. bukan sekadar nak jumpa-jumpa di syurga tapi nak duduk sama level disana. maka amal kene segigih mereka. untuk bakal anak-anak saya, sila ready ye. kite nak memecut macam atuk nenek awak-awak semua.

2. sempat ke KLIA menyambut kepulangan peserta-pesrta misi BOD ke Gazzah. ketibaan mereka disambut dengan bacaan doa dengan nada suara bergetar-getar hampir menangis. mana tak bergoncang hati yang mendengar. kemudian Dr Hafizi membuat sedikit ucapan. saya dapat rasakan gegaran semangat beliau entah pada skala brapa ritcher ntah. bergoncang lagi hati yang selama ini mungkin vibrate pun nak tak nak. Allah.Allah. Dr kata saat beliau berpijak di tempat dimana Syeikh Ahmad Yassin syahid dibom, beliau rasa tak nak balik. nak syahid berjuang di bumi itu. beliau dapat raskan kemenangan itu sangat-sangat hampir. maka kita harus bergerak lagi dengan lebih pantas untuk memastikan kita benar-benar ada bersama gerombolan manusia yang menyumbang untuk kemenangan itu. saya terasa hangit sekali kerana saya hanya berada di sekitar orang-orang yang menyumbang besar. bertepuk tangan bila mereka berjaya. dan ketika susuah perjuangan mereka. ermm ntah saya tengah buat apa. mungkin sekadar membaca dan mengikuti perkembangan mereka dengan selesanya di hadapan PC sambil memgang coklat ditangan kiri dan tak ingat baca bismillah tak sebelum mula makan tadi.

3. bersama dengan masyaikh ikhwan. ditembak-tembak ketika di SUK Shah Alam. dan di bom terus ketika di UPM. sungguh tak rabbani aku selama ini. hebatnya manusia-manusia rabbani yang berjuang sampai mati. kamu jangan nak laung sangat berjiwa pejuang kalau masih gagal membentuk peribadi. syeikh kata apa guna  senjata canggih-canggih kalau tak dipegang oleh tangan-tangan yang selalu dibasahi wudhu', oleh pemilik-pemilik mata yang kurang tidur kerana tahajjudnya, oleh hati-hati yang selalu  khuyu' sembah sujud padanya. sebab hakikatnya kemenagan Islam bukan pada kekuatan fizikal dan material semata tapi pada kekuatan jiwa dan rohani pendokong-pendokongnya. jiwa yang gagah seperti pejuang-pejuang badar khandaq dan khaibar. bilangan mereka sedikit tenaga mereka mungkin sikit tapi jiwa iman dan keyakinan mereka serta thiqah mereka pada Allah itu mamncar-mancar dan dengan rahmat kasih bantuan Allah. syiekh kata, jangan sibuk nak memikirkan natijah itu dan ini, sibuk nak bandingkan dengan natijah di negara-negara lain seperti mesir. tapi lihat pada usaha yang mereka telah lakukan dan bandingkan dengan usaha kita. berapa ramai dari mereka yang telah berkorban dan terkorban. yang syahid. untuk mendapat kemenagan tak cukup dengan laungan kata-kata.

saya paling kagum tentang semangat ikhwah juga akhawat yang ditarbiah di sana. ketika mendapat arahan untuk bersurai dari tahrir square atau kekerasan akan digunakan. para masyaikh bertanya pada ahlinya, apa pendapat kalian? jawapan ikhwah

"kalau kita bersurai kita semua akan ketali gantung. dari pada kami mati di tali gantung lebih baik mati syahid berjuang disini sehingga Allah menentukan yang terbaik buat kita"

maka 5000 pemuda dikerahkan lagi berkumpul di tahrir square. akhwat dan anak-anak dipanggil untuk pulang. jam 12 mlm syeikh mendapat panggilan dari seorang akhawat

"syeikh, saya nak tanya. adakah sekiranya bala di turunkan, adakah ianya untuk kaum lelaki sahaja?"

"pastinya tidak. ia untuk lelaki dan perempuan, cuma kami kasihan kepada antum"

"kalau ia untuk lelaki dan juga perempuan maka izinkan kami untuk berjuang bersama-sama sampai ke hujungnya" Allahu Akbar. bayangkan para akhwat turun ke medan bersama anak-anak mereka. Allah.Allah. bergetar lagi

Ya Rabb.. Aku bersyukur kerana aku ada bersama gerombolan ini. dekat dengan mereka. Kuatkan aku agar tidak hanya menjadi golongan yang menyaksikan atau memperhatikan tapi izinkan aku turut sama menyumbang mencapai kemenagan.

4. nikmat tambahan, saya bersyukur boleh faham bahasa arab walaupun untuk bercakap masih gagap.

Alhamdulillah ala kulli haalin. Allahu akbar!

mari belajar untuk bersyukur dan buktikan rasa yukur itu!!



p/s: baca juga buku ''R&R di Lebuhraya Kehidupan" tulisan Zul Ramli M. Razali. memang terbaik.

4 comments:

syifa' rahiman said...

alhamdulillah ^_^
sebak rase

ahlimijan said...

ulasan terbaik..merasakan hadir wlu tubuh jauh di selatan

M. said...

Salam akak,
ini sangat terbaik.

EnsyaAllah.

kita usahakan okay :)

tolong pimpin tangan saya yang baru nak bertatih ini.

Kurniaan nikmat Allah terlalu banyak, terlalu besar rahmatnya.
walaupun dosa saya banyak :'(

-azharul- said...

..."dan syukur bukan hanya sekadar kata-kata yang diucap atau ditaip dan post di blog atau dinding mukabuku atau berkicau-kicau di tweeter yang saya tak reti guna itu. tapi buktikan rasa syukur dengan ikhlas membalas kurniaan Allah itu. bagaimana? dengan amal la."...


Well said, :')