Showing posts with label care to share. Show all posts
Showing posts with label care to share. Show all posts

Tuesday, July 17

sebarkan cinta

kalau boleh ditulis semua,
ingin saja dicoretkan semua
kisah pengalaman perjalanan kehidupan

kerana semua yang dilalui
adalah bukti cinta Allah pada kita
semuaa

sebarkan cinta

jalan hidup yang bagaimana sekalipun,
ia adalah sebuah tanda cinta Allah pada kita

tinggal kita mengubah sudut pandang kita

melihat nikmat sebagai satu pemberian tanda kasih sayang Allah SWT
terus bersyukur dan membuktikan syukur dengan amal

melihat musibah sebagai satu peluang pahala sabar
dan terus mengharap mengadu padanya

__________________________________________________

ribuan hadirin yang memenuhi dewan, membuat aku sendiri teruja.

namun, tidak bagi Dr Thariq Ramadhan.





awal muqaddimah lagi beliau sudah memberi tembakan membina

terus diingatkan kami pada hadis,


“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya:Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda s.a.w menjawab: Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn? Baginda menjawab:Cinta kepada dunia dan takut mati.

sememangnya, bilangan kita ramai, tetapi bilanagn yang ramai ini tidak memberi impak kesan pada dunia. dimana qualiti kita? fuhh..
"the number is not important, but the impact that each and everyone of us gives to this world is more important than anything else"- au kama qaal

pesanan yang diberi bukanlah pesanan luar biasa yang dicipta baru untuk kita,
ia dari 2 sumber utama asas kita
Al-Quran dan Sunnah baginda nabi, tapi ia dikupas dari dimensi berbeza, yang sungguh membuka mata, menggugah minda, dan gesaanya pada kita untuk mengubah input yang kita terima darinya dalam bentuk tindakan.

"kalau anda bangkit esok hari dan masih lagi orang yang sama, maka perkongsian malam ini adalah sebuah kegagalan.."

"tak payah tepuk tangan, 10 saat tepukan itu membuat anda lupa apa yang saya katakan tadi. gunakan 10 saat itu untuk anda berfikir tindakan apa yang boleh anda lakukan selepas mendengar apa yang saya katakan"

dan sedikit kesimpulan dari talk semalam adalah seperti berikut, creditsss untuk cik Fatoom Hamoody

1. Deal with people with the principle of Tauhid. It means, all people are equal except in their level of God-consciousness (Taqwa).

2. Islam is about mercy for ALL - be full of mercy. Start by being merciful to yourself.

3. Always be connected to Allah. The highest level of iman is ihsan which is to worship Allah like you see Him and if you can't see Him, then know that He sees you.

4. Look at everything as Allah's gift to you. Look at the nature, think, and give meaning to it.

5. Being a caliph doesn't mean the earth is your property and you can use it as you wish. It means responsibility and duty to use it the best way for yourself and the rest of the creations.

6. Iblees claimed to be better than Adam who's only made out of clay - Rationally, he was right but spiritually, he was wrong. So be humble in your heart and reject the arrogance that comes through your mind.

-Alhamdulillah, it was absolutely an evening on insights and inspiration! If anyone has additional notes, plz share them around & if you have recordings, I'd be more than glad to be your partner in khair ;)
 

alhamdulillah ala kulli haaalin, Allahu akbar!

_______________________________________________

berpeluang mengiringi puan tetamu dari Palestine ke Raudhatus Sakinah dan ke Masjid Al-Falah, Subang Jaya.

subahanallah. kekeguman aku bukan hanya pada puan tetamu, tapi jiwa-jiwa manusia yang aku temui. hati-hati yang lembut menitiskan air mata bila mendengar perkongsian dari puan tetamu. semangat yang mereka perolehi dari puan tetamu mmg jelas terpancar pada wajah mereka. mereka sangat-sangat gembira bila puan tetamu mengatakan

"aku sangat gembira bertemu kamu, adik-adik saya, saudara-saudara yang saya kasihi sekalian, sungguh wajah-wajah kalian cukup bermakna buat saya, wajah-wajah yang bercahaya dengan sinar keimanan..."

sambil disambut dengan "ameeeen.." dari puluhan ibu-ibu suri rumah tangga yang baru selesai menghadiri kuliah tafsir mingguan di masjid berkenaan

see, how the beauty of the language used, dengan izin Allah, ia benar-benar telah menyentuh kehati, dengan keikhlasan murni yang dapat dirasakan. saya benar-benar jatuh hati dengan hangat suasana majlis sebentar tadi.

puan tetamu yang sudah bercucu telah berjaya menghafal al-quran dalam masa setahun. dan anaknya yang berusia 15 tahun pula berjaya menghafalnya dalam masa 2 BULAN sahaja.



kata puan tetamu, caranya begini

1. bangun 1 jam sebelum waktu subuh.
2. letakkan berapa target hafalan hari tersebut. katakan 1 muka. baca semuka. ulang ayat satu beberapa kali baru masuk ayat ke dua. ulang. kemuadian ulanag baca ayat satu sampai dua. ulang. sampai lembut bacaan pada lidah. manfaatkan satu jam itu. 
* katanya, kekuatan dan kesegaran ozon pada waktu pagi sangat membantu kesegaran otak kita untuk menghafal
3. ulang baca ayat yang nak dhafal ini dalam setiap solat kita seharian itu. subuh zohor asar maghrib isyak.
4. ulang langkah satu, murajaah dan mulakan ayat baru

namun pesan puan tetamu, apa pun usaha kita, betulkan niat pertama kita nakmenghafal. bukan sebab manusia, bukan sebab nak dipandang sebagai hafizah. tapi kerana Allah ta'ala. yakin dengan Dia dan mintalah pada dia. kerana kita mahukan kemulian di sisiNya.

puan tetamu juga mengingatkan pada hadis, yang mafhumnya, setai satu ayat yang dihafaz akan menangkat peghafaznya kesatu tingkat mertabat yang lebih tinggi di sisi Allah. bayangkan, orang-orang yang mengahafal kesemua ayatNya, berapa tinggi darjatnya disisi Allah SWT.

ade beran? hafal Al-Quran jom. adik2 dan ibu yus di RS nak sahut cabaran ini, anda bagaimana? 

dalam perjalanan seharian ini, kami banyak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. gelisah puan tetamu, kerana banyak masa yang terbazir, masa yang ada benar-benar diisi. zikir tak henti2, berdoa panjang lebar saat hujan, murajaah hafazan dari mp3 al-quran. bacaan Faaris Abbad. sedap! menderaft projek yang ingin dibangunkan di Ghazzah pulang nanti, membuat catatan jaulah  dan membaca nota-nota yang terdapat dalam buku 'lecture note' yang dibawanya disamping berkongsi tips hafazan Al-Quran bersama saya.

"dan nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"- al-rahman

_______________________________________________________

dan apa bukti cinta aku dalam membalas cinta Allah pada aku?


Thursday, April 5

:: makin parah ::

bismillah..
moga apa yang dicoret tak melukakan dan tak menimbulkan fitnah.. segala yang baik dari Allah dan segala yang buruk juga darinya dan dizahirkan oleh ku....

hari demi hari makain runsing saya melihat realiti masy. dah beberapa hari duduk rumah je.. lps balik driving class dok rumah.. tak de org kat rumah. lps settle kan beberapa perkara duduk mengadap tv... yang menyakitkan hati semua channel menjelikkan.. apa yang dihidangkan banyak berunsur s*x dan perkara melalaikan.. tak tahu dan malu sendiri untuk menerangkan...
kalau tengok drama skrng pun...ergh bebas melampau.. pakaian mmg tak cukup kain...
tapi apa tindakan yang bisa kulakukan..
mmg benarlah media memainkan peranan terhadap gaya pemikirang masy. kalau
kite tengok gerakan hedonis dan gerakan kristianis sume menguasai media...
teringat hari tu sempat saya menonton ntv7 " the breakfast show" ada menjemput seorang penulis wanita yang tak bertudung die menulis sebuah buku bertajuk "i am a muslim" tak terbayang saya seorang yang tidak menutp aurat berbicara tentang ini..
kemudian suatu hari saya baca surat khabar di ruangan agama... ada menjelaskan tentang realiti masyarakat muslim dunia.. pandangan ini dikeluarkan oleh seorang warga palestin.. seorang perempuan tak bertudung juga..
dia menerangkan beberapa isu terutama tanggapan masy dunia tentang islam.. die memberikan penjelasan tentang hal sebenar.. katenya ramai yang menganggap islam agama penindasan pengganas dan sebagainya.. bagus la penjelasan die.. tapi bile tibe kat bab pasal hijab die mangatakan bahawa dalam islam isu hijab adalah hak dan pilihan peribadi untuk individu muslim..tiada paksaan dalam islam untuk bertudung..hurm hati saya tersentuh......
saya terus berfikir dan berfikir..
bagaimana permasaalahan ini harus diselesaikan...
siapa yang peduli akan hal ini....hurm saya berfikirlagi....
di mana silapnya.. adakah kerana gerakan dakwah tidak bergerak,
ada orang kate dah akhir zaman biasa latu...sekali lagi saya terfikir ..adakah kerana kiamat sudah dekat kita tak perlu bertindak... hanya menuggu kiamat tiba????
di mana peranan kita??? apa tindakkan kita???
hurm....saya mengeluh lagi...
mengeluh dan mengeluh....

aku dambakan petunjuk mu tuhan bagi menyuluh jalan,
aku dambakan hidayah mu tuhan sebagai panduan agar tak tersesat jalan,
aku dambakan ikatan cinta mu tuhan agar aku terus berjalan,
aku damba ingatam mu tuhan agar aku tak kelalaian
redho mu tuhan yang ku harapkan...