Wednesday, June 30

kiri atau kanan

sungguh kau tak punya impian 
kau tiada cita-cita
katamu mahu jadi bangsawan
namun kau tiada perancangan
kata mu mahu jadi pejuang
namun masamu sering terbuang
sungguh kau tiada impian
angan kosong yang kau canang
hanya meniti di bibir
kau sembunyi dibalik tabir
kau bukan khalifah harapan 

andai masih punya sisa kekuatan
masih belum terlambat
untuk kau buktikan
kau insan pilihan
dua jalan dihadapan
kiri atau kanan
kau yang tentukan
jaya atau kecundang
itu urusan tuhan
tugas kau
adalah gerak kerja sekarang



Sunday, June 27

tahukah anda, switzerland telah disenaraikan sebagai negara paling hijau di dunia
berdasarkan sebuah kajian oleh Yale University

Yale University's ranking of 149 countries according to an environmental performance index (EPI)--a weighting ofcarbon and sulfur emissions, water purity and conservation practices.

Country EPI
1 Switzerland 95.5
2 Sweden 93.1
3 Norway 93.1
4 Finland 91.4
5 Costa Rica 90.5
6 Austria 89.4
7 New Zealand 88.9
~i wish to be there~
alam indah ciptaan Allah. terbentang luas. duhai manusia, berfikirlah
agak-agak, negara Malaysia tercinta pada ranking ke berapa?
tangan siapa yang merosakkan?

Wednesday, June 23

belajar dari abah (siri 1)

alhamdulillah
berkali-kali juga difikir. ingin dikongsi kisah atau tidak. lama-lama difikir saya pilih untuk berkongsi.
moga jauh dari riak apatah lagi menunjuk atau menyombong. dicoret sebagai perkongsian. agar kita mendapat pengajaran.

dari dulu saya suka membaca buku tentang kisah-kisah tokoh. Rasulullah SWT itu sudah pasti. Sahabat-sahabat malah tokoh-tokoh temporari masa kini. buku 'Belajar Dari 2 Umar". Himpunan 101 sahabat nabi"."20 tokoh pejuang temporari"."hari-hari dalam hidupku:Zainab Al-Ghazali" dan "untukmu ummat:ust Zaharuddin". semua buku-buku ini adalah antara buku-buku tentang tokoh yang telah berjaya menyuntik semangat saya dalam bidang ilmu mahupun dalam arena da'wah.

namun kali ini, saya ingin berkongsi tentang seseorang yang saya anggap tokoh. tokoh yang sangat dekat  dalam rumah ini dan sungguh! banyak yang seya pelajari darinya.
dari kecik kami adik beradik diajar dan diajak ikut sama dalam program-program dan aktiviti yang dijalankan. turun ke Rengit mahupun hadir ke ceramah-ceramah yang disampaikan. dulu seringkali merungut malas. mahu rehat di rumah tapi umi kata 'abah nak anak-anak dia rasa apa yang abah buat dan belajar apa yang abah ajarkan pada orang lain" lebih kurang begitulah maksud dari kata-kata ummi yang masih ku ingat.

maka bermula tahun 1999, abah mula meninggalkan alam UTM. abah turun ke medan politik di bumi Rengit. bukan tujuan politik yang utama tapi medan dakwah. ya. bumi rengit telah menjadi saksi bakti dan pengorbanan abah. pagi petang ke sana. kadang-kadang ulang-alik seharian rengit ke senai. kejarkan rengit kejarkan juga kami2 yang masih bersekolah di johor. turun ke masyarakat kampung. hari raya abah baca khutbah di rengit. raya korban abah sembelihkan lembu di rengit. sunggu hangat layanan orang-orang kampung. setiap kali singgah ke kebun orang kebun pasti kereta di sumbat dengan tandan2 pisang muda, kelapa, kadang2 tebu limau barli dan sukun. kalau musim buah durian rambutan semua kami dapat percuma. 

itu yang seronok. namun pasti medan rengit juga penuh dengan cabaran. memecahkan tembok2 kubu kuat U**O. masih ingat, bagaimana ketika turun meraih undi  di Kampung2 ada yang dikejar penduduk kampung dengan parang.latar masyarakat kampung tidak ramai yang terdedah dengan dunia maya. banyak berita dan isu mereka terima bulat2 dari akhbar dan TV semata2. maka susah untuk diubah pemikiran mereka dan tambahan di kampung2 latar masyarakat kebanyakkannya warga tua. namun cabaran itu abah terima. 

masih ingat, abah suka pikat hati warga kampung dengan berziarah ke rumah-rumah mereka samaada majlis2 majlis kecil atau mahupun yang besar2 (hikmah Allah meletakkan hak seorang sahabat adalah memenuhi undangan) dan setiap kali abah berucap abah akan tamatkan dengan bacaan doa dalam bahasa melayu.. mendoakan tuan rumah dan seluruh hadirin yang hadir. yang sakit abah ziarah dan doakan agar cepat sembuh. lihat, berdakwah dengan cara ziarah. nampak remeh tapi berkesan. dan doa juga jangan di lupa! saat banjir mereka turun ke kampung2 memberi bantuan. bila ada yang ditimpa musibah sumbangan dihulur. kerumah orang-orang miskin menyalurkan harta zakat amanah dari orang lain.

tiba pilihan raya pula. sungguh hangat terasa kampung itu. ramai pakcik-pakcik turun membantu memberi sokongan. sungguh setiap kali terbayang detik-detik itu terasa sebak. terasa satu semangat yang tidak tergambar dengan kata2. terbayang hangat semangat dan kesungguhan abah. seminggu pilihanraya abah macam tak tidur. tangan bertasbih khusyuk berzikir.tidur2 ayam sahaja . dan bila saatkeputusan diumumkan kami semua berdebar. walaupun tak berjaya memenangi kerusi abah redha. tebayang-bayang dalam kepala kata2 redha abah.dan pasti kerja dan usaha dakwah di bumi rengit harus diteruskan. aku bangga dengan abah. 10 tahun di bumi rengit. sudah 3 kali pilihan raya sudah berlalu. dan sungguh banyak perubahan yang aku lihat. sungguh, membuat aku yakin bahawa Allah tidak melihat pada hasil tapi pada usaha dan kesungguhan serta keikhlasan.dan hikmah Allah itu sangat besar. tiada erti putus asa. :)


aku membesar dalam perjuangan abah di bumi rengit. dari darjah tiga hingga menjejak alam kampus.banyak yang aku belajar tak terungkap di sini dan hakikat yang paling indah, abah tidak bekerja berseorangan. umi setia menyokong abah. sahabat2 abah banyak sangat membantu. membantu menguruskan kami anak2 abah di saat-saat genting. memberi semangat. datang turun sekali ke rengit. memberi pandangan dan cadangan malah manyumbang wang ringgit yang bukan sedikit. semuanya dengan niat agar islam terus ditegakkan dibumi rengit. ukhuwah teras kegemilangan! sungguh kerjasama yang hebat!! alhamdulillah. moga Allah ganjari usaha-usaha kalian.

medan dakwah itu luas. sngat banyak peluang-peluang yang boleh diterokai. siapa sanggup meninggalkan kerjaya selesa yang memberi bayaran lumayan dan prospek masa hadapan yang luas untuk bermain lumpur di kampung-kampung? walaupun aku tahu abah memang tak suka pekerjaan yang rutin masuk kerja jam 8 balik 5 petang.hehe mngubah haluan hidup untuk dakwah.

teringat kisah di bentar gebang indonesia. perkampungan sampah. tidur beralaskan sampah pakaian dari sampah.tidak bersekolah dan hidup sebagai pemulung (mengutip sampah).  kami sempat menziarahi sebuah keluarga pendakwah yang berpindah dari bandar ke kawasan itu dengan tujuan untuk berdakwah kepada masyarakat disitu. mengajar anak-anak mereka tentang islam dan memujuk mereka agar bersekolah dan mengubah haluanhidup mereka. kalian, kalau di hantar ke situ, sanggupkah kalian.

itu kisah dulu. sekarang medan abah sudah bertukar. medan palestin dan isu sekitarnya.

pernah suatu hari abah sungguh-sungguh menghantar resume ke MERCY Malaysia sebagai sekarelawan ke Palestin. kemudian abah SMS kami anak-anaknya menyatakan hasrat dan cita-citanya itu.

dan ternyata impian abah untuk kesana tercapai. walau bukan dengan MERCY malaysia, ternyata Allah aturkan yang terbaik. maka berlakulah apa yang berlaku sekarang...

bersambung.....


abah pernah ajarkan kami untuk hafal satu kata2 riwayat aisyah ra ketika ditanya oleh para sahabat
''bilakah seseorang itu dianggap buruk/teruk/hina (sayyi')" jawab aisyah ra "saat mana dia menganggap dirinya sudah cukup baik"


dan satu lagi..kita semua tidak dilahirkan terus2 menjadi hebat. tapi kita boleh menjadi hebat dengan tarbiah, tarbiah dan pendidikan hebat iaitu tarbiah pendidikan islam. proud to be a muslim. jom menjadi hebat! hebat pada penjuru-penjuru kita yang tersendiri. kita hebat dengan islam! Allahuakbar!!

maka renung-renungkan selamat beramal!



Friday, June 18

cantas

bismillah
subahanallah alhamdulillah
pagi tadi berjalan-jalan lagi di laman mahallah lepas subuh
lihat pokok morning glory kembang mekar.
damai sungguh dengan udara segar. tapi tak sesegar hari-hari semalam
entah mengapa.
dan malam pula berjalan lagi di kawasan sama
morning glory cantik dah di cantas
habis hilang semua kuntum-kuntum bunga
habis putus semua tunas-tunas yang belum berkembang
tapi tak mengapa, si tukang kebun tahu apa yang di lakukan
untuk kebaikan pokok jugak.

pokok yang dicantas akan tumbuh lebih sehat dan kuat
disamping nampak cantik dan kemas.

macam manusia.
kadang-kadang kita rasa diri kita sudah cukup cantik. 
cukup baik cukup sempurna cukup bahagia
namun Tuhan pencipta lebih tahu
diberi ujian dugaan dan mungkin sedikit kesakitan
agar kita belajar menjadi sesorang
yang lebih kuat
yang lebih berani 
yang lebih baik

Dia lebih tahu
setiap sesuatu.


merugi siapa yang lewat bangun pagi tadi. 
andai Allah takdirkan morning glory tak tumbuh lagi di situ.
....
andai Allah takdirkan tiada lagi udara segar lepas ini
....
tidur lah lagi



moga bermanfaat

Saturday, May 22

Selamat Pagi Alam

Salam ceria
Salam cinta
Buat penghuni alam
Penduduk bumi
Pencinta tuhan
Pemburu kasih
Petani amal
Fitrah alam.
Saling berkait saling ta’awun. Membentuk ekosistem sihat terancang. Sungguh pada waktu pagi itu ada rahsia besar buat orang-orang yang berfikir. Alhamdulillah.
Dalam sibuk sepanjang minggu, sesak nafas tak menentu. Letih. Lelah. Kita mahukan damai. Ya damai. Sakinah. Kadang-kadang jenuh memikir dimana lagi nak dicari tenang ini. Damai dari hiruk pikuk dunia. Jawapannya, ada pada waktu pagi.
Pagi indah. Damai. Tenteram. Mari kita keluar dari kotak bilik. Bersiar-siar. Pakai kasut. Bismillah, mari melangkah.


Tarik nafas dalam-dalam. Wah udara segar hari ini. Alhamdulillah. Aku masih bernafas. Sudut duniaku masih aman. Alhamdulillah. Jom kita jalan2. Tak perlu jauh. Keliling rumah, sekitar asrama. Dimana-mana ada tanda-tanda kekuasaan Allah. Subahanallah.

Matahari belum tunjuk muka. Masih malu-malu main sorok-sorok.

Udara agak sejuk. Tak perlu penyejuk udara tiruan. Allah beri yang fresh. Orang yang tidur saat ni tak merasa segarnya nikmat tuhan di awal pagi. Burung-burung mula berkicau terbang keluar dari sarang. Pergi mencari rezeki. Ada yang kecil namanya pipit. Kamu kenal rupa pipit? Tanya uncle google. Tak pun Prof Ensyklopedia.pipit tak sunyi  sendiri, Itu yang hitam tu, gagak pun ada juga. Si layang-layang pun sudah keluar. Mana manusia lainnya?



Morning glory dah mula mengembang. Cantik. Menyapa hamba tuhan yang menjenguk di kala matahari mula menampakkan diri. Warna bumi makin berseri. Indah. Lewat pagi nanti menguncup kembali. Malu menyaksikan  kamu-kamu yang bangun lewat.

Lihat pada pokok. Daun pelbagai bentuk. Batang pelbagai corak. Menyerap nutrient dari tanah yang sama tapi bercambah cantik pelbagai rupa. Pada sebatang pokok juga, ada daun pelbagai warna. Ada pucuk hijau muda baru tumbuh. Ada yang sudah keras warnanya, mungkin sudah dewasa. Tak kurang juga yang sudah kekuningan. Tak cukup nutrientkah atau sudah lanjut usia? Menanti masa gugur ke bumi di sapu pekebun yang awal-awal pagi lagi sudah berbakti.terima kasih pakcik!

Pada pokok ada ibrah untuk manusia. Ada yang muda ada tua ada dewasa ada yang sakit ada yang sihat. Semua ketentuan Allah. Hidup damai dalam rahmat dan aunillah.
Daun perlukan air perlukan cahaya perlukan udara. Mahu air, Allah bagi hujan. Hujan turun ke bumi lalu tanah ambil amanah menyerap air kedalam bumi. Akar pokok yang mencengkam serap air supaya daun dapat air. Tiada akar daun kehausan. Daun perlu cahaya untuk fotosintesis, pokok masak makanan sendiri. Cahaya lazat dari matahari. Tiada matahari daun tak kenyang. Boleh jatuh sakit. Daun juga perlu karbondioksida. Untuk bernafas kemudian pokok keluarkan oksigen. Eh. Kami manusia perlukan oksigen. Kami tak mahu karbondioksida. Haa. Mari bekerjasama. Saling menjaga. Tuhan maha adil.

Dan seorang manusia, untuk hidup sihat damai juga bergantung pada yang lain. Tak dapat hidup sendiri. Sungguh. Sehebat mana pun takkan mampu hidup seorang diri. Perlu pada Tuhan itu pasti. Mahu petunjuk, Allah bagi Al-quran, buku manual hidup.petunjuk sepanjang zaman. Kemudian manusia perlu makan, Allah hantar macam-macam. Ada buah, boleh petik dari pokok. Kamu kenal pokok? Oh ye. Kita selalu bekerjasama. Bertukar gas dan udara. Kali ini kita bekerja lagi. Pokok bagi buah, manusia sebarkan benih buah agar bercambah ditempat lain pula. Allah juga hantar lembu kambing ayam untuk kita makan. Ops Allah ajarkan supaya sembelih dulu dengan nama Allah.  Manusia dahaga, Allah ciptakan laut sungai tasik mata air hujan untuk manusia. Apa lagi manusia perlukan? Oh ye. Manusia perlukan kasih sayang.  Itu sudah banyak. Alam ini saja sudah cukup menampakkan bukti kasih sayang Allah. Dia hantarkan pula manusia lain untuk hidup bersama-sama. Ada ibu, ayah, adik-adik, kawan-kawan. Cuma Allah pesan, supaya jaga batas pergaulan. Baru akan damai. Sungguh. Sehebat mana pun seorang manusia. Dia pasti masih perlukan yang lainnya. Tak mampu hidup sendiri. Sunyi. Sepi. Tapi mati seorang diri. Pasti.

Tasbih tahmid dan tahlil.

Masih dipagi hari. Udara segar. Sungguh dari pokok ibrahnya cukup indah. Hanya bagi kamu-kamu yang berfikir.

Mari jalan lagi, eh Siti Siput di celah batu. Assalamuallaikum selamat pagi. Berjalan perlahan penuh sabar. Siput-kecil-perlahan juga main peranan atas bumi. Sungguh, Allah tidak meciptakan sesuatu dengan sia-sia hatta lalat sekalipun ada peranan sendiri.
Bzeeeee…eh tu Br Hunny Bee. Mengutip madu untuk Sang Ratu. Hinggap menangguk madu pada bunga-bunga segar pagi. Masih dibasahi embun segar. Makan madu jadi sihat. Br Bee nanti manusia mahukan madu boleh kan kita kongsi?
Matahari makin tinggi. Burung berkicau makin rancak berbincang masalah ummat. Manusia masih ramai lena di singgahsana.
Matahari sudah tidak malu lagi. Kalau malupun, itu sudah tanggungjawab. Akan terus terpikul pada matahari hingga tiba kiamat.

Baik. Cukup untuk riadah pagi ini. Sudah 20 minit berjalan. Sudah segar badan bersenam. Sudah segar otak berfikir. Sudah segar hati berzikir. Mari pulang mandi dan teruskan Amanah hari ini.

Oh yang masih tidur, bangunlah. Kamu sudah terlepas banyak benda. Kamu rugi. Sungguh merugi.


Sekali lagi, Tahmid, Tasbih dan Tahlill. Alhamdulillah. (^________^)v