Di usia junun sebegini.
Kanan kiri depan belakang.
Semuanya ingin berkata tentang cinta.
Ya.
Cinta pencipta.
Juga cinta manusia.
Ya.
Cinta manusia.
Ia satu fitrah. Satu sunnatullah.
Dan ia juga satu ujian untuk kamu.
Ujian keimanan.
Ujian ketahanan.
Ujian kebijaksanaan.
Untuk kamu peliharanya.
Untuk kamu menguruskannya.
Untuk kamu jaga amanahnya.
Ya.
Cinta itu amanah. Cinta itu tanggungjawab.
Cinta itu nikmat. Juga boleh jadi azab.
Sahabat-sahabat.
Andai kamu benar-benar sudah bersedia
menggalas segala ranjau cabaran
amanah dan tanggungjawab cinta manusia,
maka pesanku, biiznillah.
Majulah kamu ke langkah seterusnya.
Jika kamu masih belum benar-benar mampu untuk tugas besar itu,
Kerana sikap malas kamu
Kerana sikap boros kamu
Kerana kurangnya sabar kamu
Kerana lengahnya kamu
Kerana leka kamu
Kerana tidak terurusnya kamu
Kerana masih nipis iman kamu
Masih cetek ilmu kamu
Kerana apa sahaja
Maka nikmatilah zaman 1 sebelum 2
Cinta manusia bukan untuk suka-suka.
Cinta itu harus kau pimpin ke syurga.
Nikmati zaman 1 sebelum 2
Membangun jiwa pemuda. Jiwa rijal.
Penuhkan dada dengan ilmu.
Lombong ilmu sepuas-puasnya.
Penuhkan masa dengan amal.
Amal sebanyak-banyaknya
Berbakti kepada ibu bapa
Sebelum mereka pergi. Tiada.
Berbudi pada ahli keluarga.
Harta paling berharga.
Berjasa untuk agama.
Kerana kau tunggaknya.
Isikan hati agar kental
Kukuhkan jiwa agar kebal
Tamabahkan iman. Tebalkan taqwa.
Agar suatu masa nanti
Bila tiba waktunya nanti.
Takkan menyesal lagi.
Biiznillah. Moga kau melangkah gagah.
Mari kita renungkan ayat ini.
pada hari engkau melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di depan dan disamping kanan mereka, (dikatakan pada mereka). “Pada hari ini ada berita gembira untuk mu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung.
Pada hari orang-orang munafik lelaki dan perempuan berkata kepada orang yang beriman, “Tunggulah kami! kami ingin mengambil cahaya mu” (kepada mereka dikatakan) “kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Disebelah dalam ada rahmat dan di luarnya hanya ada azab”
Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, “ bukankah kami dulu bersamamu?” mereka menjawab “benar! Tapi kamu mencelakakn diri kamu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah dan penipu (syaitan) datang memperdayakan kamu tentang Allah”
(57:12-14)
Belum tibakah waktunya bagi orang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang fasik.
(57:16)
wallahu a'alamu bissowab~