Tuesday, March 29

Nampak macam remeh, tapi..

Office dah sunyi. Tinggal 3-4 orang je. Jam pun dah pukul 630pm. Sengaja balik lambat sebab ade usrah pukul 8pm. Duduk kat meja, baca blog orang, reply email, etc. Tiba-tiba ada orang tegur, dia bukan muslim.


- hey you taknak balik ke? kalau ada kerja lagi sambung esok lah.

= eh takpe. I ada nak jumpa someone kat USJ nanti, nak dinner.

- ooo okay I balik dulu lah. by the way, u selalu ada date once a week. the someone special kerja mana?

*erkk*

= eh eh jangan salah faham tau. kawan I perempuan. we don't recognize dating in islam.

*pinjam dialog fahri ayat-ayat cinta*

- are you sure? I tengok banyak couple jalan-jalan, and the girls are wearing scarf too.

***********

Islam sangat indah, tapi Muslim dengan akhlak yang indah jarang-jarang ditemui. Bila orang islam berakhlak seperti bukan islam, mereka sendiri bertambah confuse. Macam dah takde beza antara mereka semua.


Bila jadi macamni, siapa yang tertarik dengan Islam? Takde.


Ingat balik cara islam mula-mula disebarkan. Rasulullah s.a.w
. tunjuk akhlak yang baik untuk pikat orang pada Islam. Sebab fitrah semua orang sukakan kebaikan, takde siapa yang tak suka.


Pernah 1 hari, nak pergi kerja traffic jam teruk sangat. Tiba-tiba ada 1 kereta potong dari kiri ikut laluan kecemasan, sangat tak adil. Dekat cermin kereta ada tampal sticker lebih kurang macamni



Huhu.. tengok cermin belakang, nampak ada perempuan bukan islam geleng-geleng kepala. Nampak macam perkara remeh, tapi.. besar akibatnya.


Cuba tengok gambar ni pulak. Orang jepun still beratur tersusun bersistem, tunggu giliran amek makanan, walau masa tsunami. Bagus sangat!



Kalau kat Malaysia rasanya macam mana?




Mula dari sekarang, kat mana-mana pun kita berada, cuba tunjuk contoh yang baik. Bila berjanji, tepati masa. Bila beratur, jangan potong barisan. Bila bekerja, jangan curi tulang. Banyak lagi contoh baik yang kita boleh tunjukkan. Besar amanah kita, jangan sampai kita jadi fitnah pada agama.


***********

Yes it is easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


Bila Islam dipandang rendah / Islam dikata yang bukan-bukan / Muslim diberi gelaran yang pelbagai, kita akan marah. Geram sangat. Dan akan mula salahkan orang lain. Mula menuding satu jari pada orang barat yang bawa budaya jahiliyyah, sedangkan jari yang lain tertuju pada kita.


Tingkatkan diri. Perbaiki akhlak. Mulai saat ini, jadikan setiap apa yang kita lakukan, semua yang kita katakan, sebagai salah satu usaha memperindah islam.


Akhlak yang baik, dakwah lebih berkesan. Kata-kata dari hati, akan masuk terus ke dalam hati. InsyaAllah. Wallahua'lam..


** Cik Rumput Hijau tanya dah lama tak update blog sebab busy kah? Hurm mungkin... tapi:


There is no such thing as being too busy.
If you really want something, you will make time for it.

realitinya...

Pernah main game The Sims? 

Ada dalam phone lama dulu. Selalunya jumpa game yang nak kene jaga binatang. Bagi makan minum tidur main semua dengan dia maka ia kan hidup sihat bahagia. 

Kali ni jumpa pula game yang kene jaga manusia. Lebih kurang mcm ada graf ditepi, akan keluar red alert bila lapar atau mengantuk atau nak ke tandas dan sebagainya. 
Kemudian, kene juga capai certain points atau credits untuk improve kehidupan dia.

Contoh, nak tambah kawan baru, kene improve sense of humor, so boleh dapat dari tengok TV. After few times tengok TV then boleh berkenalan dengan orang baru.

Atau, nak naik pangkat di tempat kerja. Kene ada ilmu dan pengetahuan, maka perlu kepada pembacaan. Bila capai few points, *ching3* naik pangkat.

Kalau lah boleh tambah satu lagi graf kat situ, graf iman. Mesti best. Selepas beberapa masa, akan keluar red alert. Iman dah berkurang! perlu baca quran atau solat segera. Mesti best!

Macam tu jugak dalam kehidupan sebenar. Bestkan, kalau boleh tengok graf iman dan amal dan boleh tengok pahala dan dosa terkumpul?

Tapi realitinya, Allah tak sediakan rekod graf sebegitu untuk kita lihat dari masa ke masa.

Sebab apa agaknya?

Mungkin, kalau ada graf tu nanti manusia jadi tak ikhlas beramal sebab nak penuhkan graf je bukan untuk redha Allah. Bila graf amal dah tinggi mula malas nak beramal sebab ingat dah cukup bagus. pernah dengar kan, kisah abid yang sepanjang hidup hanya beribadah, dan mohon pada Allah nak masuk syurga dengan semua amal yang dia buat ternyata nilai amal tersebut jauh lebih rendah nak dibanding rahmat dan nikmat sebiji mata kurniaan Allah

Dah tak dapatlah mengejar iman seikhlas Rabiatul Adawiyah.

“aku tak kisah syurga atau neraka, yang penting redha Allah”

Tapi, kita boleh je usahakan buat rekod amal kita sendiri. 

Buat la mutabaah amal =) mari beli MyMutabaah. atau boleh juga berkawan dengan orang2 soleh yang boleh selalu berpesan dan ingatkan kita tentang iman kita. Agak-agak kita dah mula melagho, ada yang akan ‘ketuk kepala’. Sila tambah iman anda...bestnye.

Tapi, harus diingat! apa yang kita rekodkan atas muka bumi ni tak semestinya akan balance dengan rekod Allah SWT. Belum tolak amal-amal tak ikhlas, tolak lagi dengan solat yang tak khusyuk plus dosa-dosa yang diulang hari-hari sampai dah tak sedar itu dosa sebenarnya bahagi pula dengan hal-hal lagho :(

List kita mungkin panjang berjela, tapi yang Allah terima banyak mana?

Astaghfirullah.

Mari terus tambah amal, tambah iman by any means pun. Yang penting ikhlas. Yang penting istiqamah. Walaupun sedikit tapi konsisten, itu lebih disarankan Nabi SAW.

Tambah quality, tingkatkan prestasi.

Graf iman, mungkin tak boleh dilihat pada alam realiti, tapi boleh dirasai dalam hati.

Kan?

Bagaimana iman anda hari ini?

*mutabaah amal juga salah satu cara yang baik untuk konsisten dalam amal =)

Friday, March 25

appreciate the beauty



sudah sangat lama sebenarnya tak meluang masa melihat-lihat alam luas cantik ciptaan Allah ni. selalu sahaja lalu-lalang ditepi pokok-pokok yang sedang berbunga mekar, atau ditepi sungai yang berbunyi damai, atau ditepi padang hijau nyaman.

namun dek kesibukan untuk pelbagai urusan
semua ini sering di abai lupakan

Subahanallah. Alhamdulillah. wa LaailahaillaAllah. Allahuakbar



suatu petang, tergerak untuk mengajak Cik T berjalan di sekitar UIA. di hadapan CAC, ditepi sungi. sangat banyak bunga-bunga yang berkembang mekar. teringat satu ayat dari suarh Al-Fatah.


(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(48:4)

tiba-tiba terfikir. pokok. bunga. angin. sungai ini semuanya tentera Allah. bukankah alam indah ini juga salah satu wasilah kurniaan Allah yang memberi ketenangan pada manusia. saat mereka benar-benar berfikir dan menghayatinya. damai.


sedang seronok bergurau dengan Cik T tentang alam sekitar. tentang tentera Allah yang ada sekeliling kami...

Cik T: ana nak bunga tu. yang tinggi atas pokok tu.
Cik R: tak payah lah. ambik je yang dah jatuh bawah tu.
Cik T: tak nak. dah tak cantik. tak mahu!
Cik R: hei. be a hero. go and save those flowers yang jatuh tu. cantik lagi.

Cik T pun kutip bunga yang jatuh dan dengan terkejutnya

"waah bunga ni wangi lagi. tengok warna dia cantiik"

see.. jadila hero yang berjaya menyelamatkan bunga yang jatuh tu. walaupun dah jatuh ke tanah, masih ada guna dan manfaatnya pada kita. masih ada harumnya. kadang-kadang masih cantik rupanya.
kadang-kadang manusia sibuk mahu memetik yang cantik sempurna menyerlah jauh diatas,  padahal banyak lagi bunga cantik yang ada dekat disamping kita. tapi sering di abaikan.

satu perkara baru yang dipelajari dari bunga-bunga yang berguguran tu.
be a hero. save them. appreciate them.
jangan pernah memandang hina pada mereka yang gugur.
kerana yang gugur. kalau diangkat. dikutip.
masih boleh dimanfaatkan.

yang kurang cantik.
tak semestinya tak baik
dan yang cantik sempurna
tak semestinya berguna

begitu juga manusia. mereka yang telah terjatuh. yang telah tergugur. atau yang tersalah. dan yang tersilap. jangan sekali dihinakan.
siapa kita untuk menghinakan ciptaan Allah
angkatlah mereka
hargailah mereka
pimpinlah mereka
sayangilah mereka
bawa mereka bersama-sama
maniti jalan ke syurga

^___^


pokok kalau kita letak sepohon. sendiri di tengah panas terik lama-lama jadi kering layu dan mati. kalau kita letak dicelah-celah pokok lain damai menjadi satu taman indah yang cantik dan mempesonakan. setiap pokok ada kurangnya. ada yang kurang nutrient... maka kuning jadinya. ada yang telah mula kering. ada yang mula melayu. ada yang muda tumbuh baru. pucuk muda segar dan indah.  tapi, bila disusun letak banyak-banyak. kekurangan tu saling dilindungi. kelemahan tu saling diimbangi sampai dilihat seolah-olah tiada cacat celanya lagi
kita hidup ramai-ramai. saling menutup kelemahan yang lain. saling menampung menampal cacat kurang orang lain. moga aib kita juga dilindungi. hidup tenang damai harmoni, mcm taman2 pokok ini :))




see the beauty. walaupun ada dah yang gugur dibawah tu. kalau dilihat dari sudut yang lain. ia sebenarnya mencantiikan lagi pemndangan. appreciate them :)


abaikan 2 makhluk yang mengagngu pemandangan indah ini ye.


Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.” (Qur'an, 3:190-191)


this is my theraphy. dicelah kekalutan exam :)

peace be upon you.


Thursday, March 24

saya sayang kamu :)

damai


tidak banyak yang mampu dicoretkan
ditengah kesibukan imtihan
melainkan
satu ucapan
satu penghargaan
buat seorang teman
yang selalu dalam ingatan

Selamat Hari Lahir
dengan bertambahnya usia
maka telah genap bertambah 1 lagi  tahun hayat kita
Alhamdulillah...
moga satu tahun yang telah berlalu memberi seribu satu makna
moga satu tahun yang telah berlalu  memberi pengalaman dan pengajaran
untuk meneruskan hari-hari mendatang

ulang tahun kelahiran.
bukan sekadar tahun yang diulang
dan dosa dan silap lama diulang tayang
tetapi, menjadi satu titik tanda
kita berdiri pada suatu detik masa
memandang kebelakang
melihat coretan satu tahun yang telah berlalu
merenung perkara-perkara yang pernah berlaku
muhasabah

moga hadirnya detik ini
menjadikan kita orang baru
kamu masih kamu
tapi
punya azam semangat baru
kembali menilai arah dan hala tuju
dan.. mari buka langkah yang lebih laju
menuju cita dan mimpi itu
Moga Allah mengiringi kamu dalam setiap langkah nawaitu


saya sayang kamu!!

Cik Tasik Biru :))


~sekali sekala~



Boonaa Mohammed - For the love



nah. sy postkan video nya :)

Tuesday, March 22

Wallahi, she is perfect! :)


For the Love
You should only say "I LOVE YOU" when it is completely obvious,
And does not actually need to be said.

So I pray to God that I love her, until my very last breath.

Wallahi, she is perfect.
Everything about her just makes perfect sense.
And every time I get lost or confused,
She is a true friend..

Ever since I was a child, we used to study on the weekends.
I mean some of the brothers liked her, and some of the brothers were obsessed,
And at first I didn't really get it, I mean what made her so different?
Until my eyes were opened wide to our sweet romance and,
Wallahi, she is perfect.. Did I mention that yet?

"Brother Boonaa is going crazy. He really needs help."
Please judge me all you want, but keep the verdicts to yourself,
'Cause no matter who you love, there will always be obstacles and critics,
And good looks aren't everything, but hey it's all I've really got.

And I want to get close to her because she is close to God.
So I cry my heart out, I let it all go,
'Cause after rainfall must come a rainbow.
And trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never even met.

So I can't turn back now, I can't pretend to be ignorant
And I can't go around acting like she doesn't have me on lock.
Has me lowering my gaze because she is always on top.
Of my mind, designed as a kind gesture to all mankind,
So I could still see her beauty even I was blind.

And I believe everything she says, because she has yet to lie,
And if you could point out a contradiction, I would gladly say goodbye
But you can't, so I can't get her off my mind,
No words of a lie, she is a dime.
Eleven out of ten.

And I love the fact that she always has me thinking,
'Cause to live without thinking is to shoot without aiming.
People have a lot of questions about her, so I don't mind explaining,
Because she has absolutely nothing to hide.
Her house is your house, and you're all allowed inside,
But what bothers me is when people who don't know her talk bad about her.
Uneducated chit-chat.

But she is perfect, why can't you all just see that?
Why don't you learn about her before you cast your stones?
We never blame love, even though love has caused plenty of wars.
You've never seen the wind, but you still know that it blows.
So trust me, there is no point in trying to break up our happy home.
'Cause the struggle only makes us stronger,
the changes make me wise,
And happiness has its own weird way of taking its sweet time.

She's my other half, my sidekick on the side.
She makes me, we are partners in crime.
Where she is, I am not far behind.
And if she's in danger, then my life too is on the line.

And it's not just a crush anymore.
I want to learn everything about her.
Everything that happened before, to all of her friends, and all of her misguided foes,
And to be honest, I don't really like arguing about her,
'Cause I don't want to do her the slightest of harm,
And I'd love to stay and entertain your battle of wits, but most of you are clearly unarmed.
I love and respect her like I have been taught to love and respect all women,
So to you is your love, and to me is my religion.

Some men manipulate her and use her for greed,
Kill in her name, but her name comes from peace,
So I stand by her pillars, she keeps me grounded.
Reminds me to be humble; through her are all the answers,
To every question even worth asking,
And to love her, you must be able to love all human beings.
They deserve to hear her words and learn of her teachings.

She represents what's within, all my sisters and brothers,
Practiced by kin, and praised by my mother.
A gift from Allah, sent from way up above.

She is Islam

And I am in love.





© Boonaa Mohammed - 2008

Sunday, March 20

Kerana Allah Maha Mendengar


Berkata yang baik atau diam. Itu pesanan Rasulullah. Untuk yang petah bercakap, boleh berucap/berceramah/bagi tazkirah di hadapan ramai orang tanpa menggeletar tangan atau berpeluh dahi, tahniah diucapkan. Semoga bakat yang Allah anugerahkan itu digunakan sebaik mungkin.

Bagi yang tak berapa berani (read: pemalu), lebih selesa memilih untuk diam. Diam hanya di mulut, tapi telinga mendengar.

Kelas Counselling Skill 2 dah berakhir minggu lepas. Instructor pernah tanya, kenapa pilih skill ni? Kenapa bukan yang lain? Sebab senang nak score ke? Sebab tak suka outdoor activity ke?

Semua senyap. Tiada jawapan. Mungkin ada, tapi dalam hati masing-masing.

Jawapan saya, saya suka mendengar, dan kelas ni mengajar how to be a good listener. Alhamdulillah.



Bila mendengar, kita belajar dari kehidupan.

Bersama kawan dan keluarga, bila kita beri telinga untuk berkongsi masalah, kita berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam.

Bukan itu sahaja, malah semakin banyak yang kita dengar, semakin banyak iktibar yang boleh diambil, semakin meninggi ilmu yang kita peroleh.

Jalan-jalan ke kampung dengan keluarga, mak akan ulang cerita yang sama. Setiap kali lalu tepi tanjung di Muar, mak akan cerita kisah dia belajar di bawah pokok. Bila nampak pokok durian, mak akan cerita kisah arwah atuk. Kisah yang sama berulang-ulang. Tapi tak pernah jemu mendengar. Sebab setiap cerita itu ada pengajarannya.

Tapi semuanya bergantung pada kita. Jika kita orang yang optimis, insyaALLAH semua yang didengari akan jadi sempadan dan teladan. Manakala orang yang pessimist seringkali ambil yang keruh, buang yang jernih.

Kenapa kita tak cuba meniru sifat Rasulullah yang mencerminkan sifat Allah yang Maha Mendengar?

Rasulullah ketua negara, tapi Baginda sedia mendengar aduan semua. Aduan golongan hamba diambil kira. Wanita dipelihara haknya. Kanak-kanak dilindunginya. Pendapat sahabat pula dihormati. Rasulullah cerminan sifat Allah.

Allah As-Sami'. Allah Maha Mendengar segala jenis masalah,
luahan hambanya yang berbilang kaum,
dari merata dunia,
dalam pelbagai bahasa,
dan bila-bila masa! SubhanAllah..

Allah mendengar aduan dan rayuan kita dari sekecil-kecil hingga yang segagah-gagahnya.
Pelajar yang merayu supaya diberi ketenangan menjawab exam,
pekerja yang mengadu masalah majikan yang tidak adil,
kanak-kanak Palestin yang meminta diberi kemenangan,
juga si soleh yang beristghfar dan merintih diberikan syurga buatnya..
Adukan aaaapa sahaja, Allah mendengar.
Rayukan apa sahaja, Allah setia.
Kita, setia tak?

Mula dari sekarang. Belajar untuk setia. Belajar untuk jadi pendengar setia. Bila ada ahli keluarga atau kawan yang minta didengari, dengarkan masalah mereka. Bila sesuai, diberi nasihat. InsyaAllah kedua-duanya mendapat manfaat.

Dengarkan mereka, kerana Allah mendengar kamu tanpa jemu.

Tuesday, March 15

dalam diri ada masjid

apa itu masjid?
apa yang kamu tahu tentang masjid?
masjid apa yang kamu tahu?

masjid selalu didefinasikan sebagai sebuah bagunan. yang digunakan oleh orang-orang islam untuk melaksanakan ibadah. rekabentuk pula, mahunya yang berkubah, bermenara. maka terbinalah masjid-masjid yang gah tersergam megah diserata pelusuk negara. Masjid KLCC, KLIA, Putrajaya, Masjid Besi. Masjid Kristal dan macam-macam lagi. betulkah begitu.

Tahukah kamu?
masjid di tanah jawa ada yang bentuknya seperti pagoda. tiada kubah atau menara pun. masjid di barat ada juga yang diolah dari pada sebuah gereja. takda kubah pun. namun itu semua tidaklah penting. yang mustahaknya ialah, sejauh mana fungsi bangunan tersebut sebagai masjid benar-benar di imarahkan?

masjid pada zaman nabi merupakan tempat yang sangat damai. harmoni. sahabat-sahabat berkumpul untuk sama-sama berkasih sayang, bertanya khabar, manambah iman, memperkasa ibadah. tempat bermesyuarat dan menjadi pusat ilmu. masjidnya sangat meriah.

pernah dengar tak, kisah Rasulullah ketika bulan ramadhan,  bila mana ada seorang kanak-kanak, duduk di sisi ayahnya didalam masjid merengek kelaparan kerana berpuasa. lalu Rasulullah mengambil 'satu objek' tak ingat apa tapi kemudiannya diikatkan dengan tali lalu Baginda mengheret tali tersebut keliling masjid. permainan tersebut menarik perhatian kanak-kanak tadi lalu datang bermain dengan Rasulullah dan lupa pada perutnya yang lapar tadi. tentulah masjid jadi meriah dengan hadirnya kanak-kanak tadi. kan?

cuba bayangkan. saat anda di masjid dan saat anda berada di luar masjid, pasar malam misalnya. adakah perasaanya sama?

cuba bayangkan, anda berada di dalam masjid nabawi yang sangat damai. pasti perasaanya sangat lain. nak mengumpat jauh sekali. tak terteringin langsung nak bising-bising buat onar pun. rasa sentiasa nak taqarrub pada Allah. fokus. rasa inilah peluangya untuk nak beramal. rasa nak sangat jadi baik. hati jadi sensitif. sayu nak menangis je mengenagkan dosa-dosa. betul tak?

cuba bayangkan. pasti sanagt indah kalau rasa ini dapat diangkut balik Malaysia. boleh diangkut kesana-kemari. dimana-mana pun rasa nak taqarrub pada Allah. dimana-mana pun nak rasa damai sebagaimana berada di masjid. boleh tak?

boleh! sangat boleh. with the power of your mind.
bumi ini kan bumi Allah. Islam tak pernah mengajarkan pun bahawa kamu hanya perlu beribadah saat berada dalam masjid. malah tak pernah di'spesifik'kan pun tempat dimana kamu harus beibadah. (kecuali hajj lah. pastinnya di makkah). dimana-mana pun kamu boleh taqarrub ilaAllah.

rasakan di setiap penjuru bumi yang kita pijak sentiasa dalam usaha dan langkah mencari redha Allah sebagaimana kita berada dalam masjid. kerana itu saya letakkan tajuk untuk post ini

"dalam diri ada masjid"

membina jiwa yang sentiasa taqarrub pada Allah sebagaimana jiwa kita saat benar-benar berada dalam sebuah masjid. berusaha membina biah masjid dalam diri. bayangkan satu bumi di mana semua orang merasakan rasa yang sama. damainya sebuah masjid dapat dirasakan dimana-mana. pasti sangat damaikan!!

maka, untuk membina biah ini, perlu bermula dari diri kita sendiri

"bina masjid dalam hati kita agar majid terbina di disekeliling kita "

atau dalam kata lainnya

"bina islam dalam diri agar islam terbina diserata pelusuk dunia"

akhirnya..sama-sama sampai syurga..

makmurlah alam saat masjid terbina seperti yang sepatutnya.. dimana-mana.. :)

teringin tak?

Monday, March 14

Kerana kamu istimewa

[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjihad membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[12] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

(Surah as-Saff, 61:10-12)

***********
Jihad perang ke?
Err taknak lah..
Ape perang-perang ni.
Saya jihad cari ilmu je.

Jangan disempitkan skop jihad
Luasi dan dalami
Kita kata kita jihad mencari ilmu
Benarkah? Cukupkah?
Selami maksud jihad sebenar – mengerah dan menyumbang segala kemampuan demi redha Allah

Tak wajar kita gelar diri kita penjihad jika kita tak jelas maksudnya
Tak wajar kita turun ke medan jihad jika tak tahu apa akhirnya
Nilainya besar
Harganya mahal
Perjalanannya juga sukar
Pernah dengar kisah Salahuddin al-Ayyubi
Panglima perang gagah berani
Mana-mana pejuang perang yang tak bangun qiam, akan disingkir dari pasukan
Kenapa? Kerana pentingnya jihad melawan nafsu
Kerana bila nafsu bisa ditunduk
Anasir jahat yang lain tunduk patuh
Baru kita dilayak digelar pejuang


“The shortest distance between a problem and its solution,
is the distance between your knees and the floor.
The one, who bow down to Allah, can stand up to anything.”


Ada orang pernah berpesan
Jadilah orang yang menentukan, bukan ditentukan
Yang mempengaruhi, bukan dipengaruhi
Di saat iman dan nafsu berdialog, tanamkan dalam diri:

Hidup ini pilihan
Aku yang menentukan
Aku yang akan mempengaruhi
Justeru, iman yang aku pilih
Kerana itu kemenangan yang agung

Hassan al-Banna pernah berkata pada mad’unya

“Dalam diri kamu, ada cahaya iman,
yang jika diberi tumpuan,
mampu bersinar indah.”

Mereka, kami, dan kamu serupa
Kamu, bukan orang biasa-biasa
Kamu ciptaan Allah terhebat, mustahil kamu direka untuk jadi yang biasa-biasa
Kamu, istimewa.
Dan akan berlipat ganda istimewa,
Jika kamu fokus membina diri
Membina iman,
Dengan berjihad melawan nafsu diri.

Ya Allah, because You created us, therefore You know everything that is kept in our heart. You definitely know us better than anyone else. Therefore please, please make us strong.. Amin!

Wednesday, March 9

Hijrah kita

Tabiat Islam memerlukan usaha manusia untuk berkembang. Bukan perkara tiba-tiba. Bukan sekadar menanti, tapi mencari. Bukan hanya menunggu hidayah tiba, tapi berhijrah mencari hidayah.

Menunggu satu penyeksaan, kan? So, jom kita cuba untuk berhijrah, lebih seronok, lebih mencabar. 5 tips yang boleh dicuba try test:


1. Muhasabah diri.

Setiap hari, cuba ingat balik apa yang kita buat dan tak buat dari pagi sampai sebelum tidur. Kalau kita buat perkara baik, berdoalah semoga amalan tu diterima Allah dan semoga kita istiqamah melakukannya. Kalau kita buat perkara tak baik, berdoa semoga Allah jauhkan kita dari ulang perkara yang sama dan berazam tak nak melakukannya.


“Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”

(HR Bukhari & Muslim)


Kalau kita tak buat pulak perkara baik,apa nak buat? Baca tips kedua.


2. Buat azam, resolusi or objektif mingguan.

Tulis atas 1 kertas, & letak kat tempat yang mudah ditengok & dibaca. Contoh: tampal tepi katil, tulis dalam hp, etc. Tak perlu banyak, 1 azam untuk seminggu. Contoh: minggu ni saya nak baca al-mulk setiap kali sebelum tidur. 1 seminggu, sebulan jadi 4, setahun jadi 52 azam. Ok lah tu. list akan terus bertambah, dan jika kita istiqamah, itu buktinya kita insan yang sentiasa meningkatkan diri. Best best.


“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya

(dalam surat amalnya)”

(Surah al-Zalzalah, ayat 7)


3. Bergaul dengan orang-orang yang baik.

Cari sahabat yang boleh dijadikan teman suka dan duka. Yang bila senang, diraikan bersama. Bila susah, dikongsi bersama. Yang saling menyampaikan pesan, yang saling mengingatkan. Yang saling berkasih-kasihan, untuk dunia dan akhirat.


“Seseorang itu terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.

Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat”

(HR al-Tirmizi & al-Hakim)


Dulu, tak pernah berangan yang satu hari saya akan mengajak orang kepada kebaikan macam sekarang. Tapi sahabat-sahabat saya semua buat, saya jealous, lalu saya pun buat benda yang sama. Walau tak sehebat mereka, tapi saya happy!


4. Menghadiri majlis ilmu.

Biasakan diri berada di majlis ilmu. Berada di majlis ilmu dengan niat di hati untuk merubah diri, Allah pasti akan menghidupkan hati kita. Hati kita perlukan makanan, dan zikrullah dan ilmu adalah makanannya. Hati yang hidup, akan lebih mudah terima perubahan ke arah yang baik, akan memudahkan hijrah kita. Ringan-ringankan kaki, hadirkan diri di taman syurga.


“Barangsiapa menempuh jalan bagi mencari ilmu pengetahuan,

maka Allah akan menempuhkan satu jalan baginya ke syurga”

(HR Imam Muslim)


5. Ingat mati.

Ingat niat asal kita berhijrah dulu, tujuannya untuk syurga. Dengan membayangkan kematian, dan membandingkan syurga dan neraka, kita takkan pernah nak kembali ke perangai kita yang dulu. Dengan izin Allah, kita akan kekal di jalan ini. Dan terus kekal menjadi sang muhajjir.


“Begitu sukar rupanya untuk merangkul iman dan islam pada sesetengah insan berbanding insan yang lain yang mendapatnya secara terpijak.

Ironinya, yang sukar itulah yang manis.”

–Ustaz Pahrol Mohd Joui-


Jom jom jom. Let us strive to be a better person! J

AQW

DIJEMPUT KEPADA SEMUA YANG PRIHATIN DENGAN ISU AL-QUDS

untuk sama-sama memeriahkan

Al-Quds Week

UIAM Gombak

8 - 12 Mac 2011


Saturday, March 5

Satu ayat

"Sampaikan dariku walau satu ayat" (HR Tirmidzi)

Satu ayat. Betul ke cukup? Macam tak percaya. Percayalah, satu ayat pun akan berjaya beri impak.

*********

Selesai tawaf wida’, saya duduk di satu kawasan teduh. Tunggu ahli keluarga yang lain. Memang sengaja kami berpisah. Supaya semua orang lebih menjiwai salam terakhir untuk Mekah. Supaya semua orang lebih khusyuk dalam doa, walau di siang hari.

Kaabah betul-betul di depan. Dari jauh nampak seorang perempuan arab bertongkat. Dia jalan perlahan. Bila sampai depan seseorang, dia berhenti dan cakap sesuatu. Kemudian sambung berjalan lagi. Fikir, dia mungkin bertanya arah jalan. Saya biar dan angkat tangan untuk mula berdoa. Fokus. Selesai aminnnn.. buka mata, nenek tadi ada betul-betul kat depan. Huu terkejut..


Dia kata “Qul huwa Allahu ahad!”

Masih dalam mood terkejut, lidah jadi kelu.

Dia ulang lagi, “Qul huwa Allahu ahad!”

Automatik lidah ikut menyebut, “Allahu ahad..”


Nenek tadi senyum, dan sambung berjalan. Perginya dia meninggalkan banyak makna. Walau dengan hanya satu ayat.

Kisah ni dah hampir setahun berlalu, tapi teringat balik bila dengar pesan Dr. Bilal Philips, 18 Feb @ UIA.


"Teach what you know, give what you have. If you are sincere about Islam, you will feel a burning sensation in your heart to share your religion.."


Nenek tu mungkin dah penat berjalan. Tapi dia sangat teruja nak sampaikan satu ayat. Terlalu bersemangat nak kongsi apa yang dia tahu. Semoga kita semua akan jadi seperti dia. Semangat yang ditanam dari sekarang, harap kekal hingga ke akhir hayat.

Pernah tak, kadang-kadang rasa semangat nak share something. Tapi tiba-tiba rasa rendah diri sebab tak cukup ilmu. Rasa takut kalau-kalau apa yang kita sampaikan tu, tak diamalkan dalam kehidupan seharian. Pernah? Saya pernah, selalu kot.. Nasib baik Imam Syafie ada berpesan


“Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan bagi tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan di muka bumi Allah ini.”


Okay, semangat balik. Save now. Publish post.

Wednesday, March 2

ada tapi macam tiada

bismillah
dalam buku Tauhid Zindani dalam fasal ke 7 ada disebut tentang satu ciptaan Allah yang saaangat hebat dan mengagumkan. Udara.. :)

uniknya udara. takda yang mampu meciptakan yang setanding denganya
halusnya udara. tak ternampak dengan mata kasar kita
seninya udara. sukar diungkap dengan kata-kata

kehadirannya selalu terdilupakan
wujudnya hampir tak disedari
tapi hikmah dan baktinya sangaaat besar.

tanpa angin udara, tak bernafaslah kita
tanpa angin udara, tak berlayarlah kapal keserata dunia. susahlah ibnu Batutta nak jelajah dunia.
tanpa angin udara, tak dapat lah kapal terbang nak naik tinggi ke angkasa
tanpa angin udara, susahlah nak berlaku penyebaran biji benih
tanpa angin udara, tak dapatlah awan membawa hujan nak bergerak menuju ke bumi tandus kekeringan
tanpa angin udara maka terbantutlah banyak proses kehidupan

tapi sangat ramai yang terlupa akan nikmat dan rahmat Allah yang satu ni

bila hilang nanti baru terasa
bila hilang baru tercari-cari meminta-minta

halusnya udara ada macam tiada
tapi besar baktinya

unik kan?
kalau kita duduk senyap2 tak dapat nak rasa adanya udara.
ambil kertas lipat dua dan gerak-gerakan. terasa nyaman pula.
cuba berlari bawa payung yang terbuka. pasti akan terasa wujudnya
itu bukti wujudnya udara
hebatnya ciptaan Allah,
udara terdiri dari molekul-molekul kecil
ada oksigen hidrogen nitrogen
terdiri dari atom-atom kecil yang membentuk partikel yang lebih besar
ada tapi tak terasa pun. beritahu saya siapa-siapa yang pernah jalan-jalan terhantuk terlanggar molekul udara.
jumpa kawan muka bengkak-bengkak. "aku terhantuk oksigen on the way tadi" ade? tak ade kan. unik halusnya ciptaan Allah.

ada tapi tak terasa
tapi baktinya sangat bermakna

saya teringin nak jadi seperti udara
adanya tak terasa. hampir saja manusia terlupa. tapi baktinya sangat bermakna.
yang penting bukan nama
tapi bakti yang disebarkannya.
moga-moga Allah terima :)

udara juga makhluk seperti kita.
taatnya udara pada penciptaNYA.
kita?