Sunday, March 20

Kerana Allah Maha Mendengar


Berkata yang baik atau diam. Itu pesanan Rasulullah. Untuk yang petah bercakap, boleh berucap/berceramah/bagi tazkirah di hadapan ramai orang tanpa menggeletar tangan atau berpeluh dahi, tahniah diucapkan. Semoga bakat yang Allah anugerahkan itu digunakan sebaik mungkin.

Bagi yang tak berapa berani (read: pemalu), lebih selesa memilih untuk diam. Diam hanya di mulut, tapi telinga mendengar.

Kelas Counselling Skill 2 dah berakhir minggu lepas. Instructor pernah tanya, kenapa pilih skill ni? Kenapa bukan yang lain? Sebab senang nak score ke? Sebab tak suka outdoor activity ke?

Semua senyap. Tiada jawapan. Mungkin ada, tapi dalam hati masing-masing.

Jawapan saya, saya suka mendengar, dan kelas ni mengajar how to be a good listener. Alhamdulillah.



Bila mendengar, kita belajar dari kehidupan.

Bersama kawan dan keluarga, bila kita beri telinga untuk berkongsi masalah, kita berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam.

Bukan itu sahaja, malah semakin banyak yang kita dengar, semakin banyak iktibar yang boleh diambil, semakin meninggi ilmu yang kita peroleh.

Jalan-jalan ke kampung dengan keluarga, mak akan ulang cerita yang sama. Setiap kali lalu tepi tanjung di Muar, mak akan cerita kisah dia belajar di bawah pokok. Bila nampak pokok durian, mak akan cerita kisah arwah atuk. Kisah yang sama berulang-ulang. Tapi tak pernah jemu mendengar. Sebab setiap cerita itu ada pengajarannya.

Tapi semuanya bergantung pada kita. Jika kita orang yang optimis, insyaALLAH semua yang didengari akan jadi sempadan dan teladan. Manakala orang yang pessimist seringkali ambil yang keruh, buang yang jernih.

Kenapa kita tak cuba meniru sifat Rasulullah yang mencerminkan sifat Allah yang Maha Mendengar?

Rasulullah ketua negara, tapi Baginda sedia mendengar aduan semua. Aduan golongan hamba diambil kira. Wanita dipelihara haknya. Kanak-kanak dilindunginya. Pendapat sahabat pula dihormati. Rasulullah cerminan sifat Allah.

Allah As-Sami'. Allah Maha Mendengar segala jenis masalah,
luahan hambanya yang berbilang kaum,
dari merata dunia,
dalam pelbagai bahasa,
dan bila-bila masa! SubhanAllah..

Allah mendengar aduan dan rayuan kita dari sekecil-kecil hingga yang segagah-gagahnya.
Pelajar yang merayu supaya diberi ketenangan menjawab exam,
pekerja yang mengadu masalah majikan yang tidak adil,
kanak-kanak Palestin yang meminta diberi kemenangan,
juga si soleh yang beristghfar dan merintih diberikan syurga buatnya..
Adukan aaaapa sahaja, Allah mendengar.
Rayukan apa sahaja, Allah setia.
Kita, setia tak?

Mula dari sekarang. Belajar untuk setia. Belajar untuk jadi pendengar setia. Bila ada ahli keluarga atau kawan yang minta didengari, dengarkan masalah mereka. Bila sesuai, diberi nasihat. InsyaAllah kedua-duanya mendapat manfaat.

Dengarkan mereka, kerana Allah mendengar kamu tanpa jemu.

3 comments:

Anonymous said...

salam.

igtkan typo 'aaaapa'.. haha.

yup! mendengar..
sbb tu dijadikan 2 telinga dan 1 mulut. bykkan mendengar dan kurang bercakap..

kurang bercakap??
insyaAllah. tapi.. susah sikit dijah kalau dengan orang yg kenal.
especially ngan ko.

tegur2 aku bila byk merapu dr manfaat.

thanks. =)

-cik anon.

~khadijah~ said...

cik anon = cik zulaikha,

apa nih anon anon, taknak tinggal jejak blog anda kah? hehe.

tolong ingatkan aku juga :)

~amatullah~ said...

kurangkan cecite. banyakkan dedengar. haha

good listener ni biasanya penyabar orangnya. bukan mudah nak dengar kisah2 orang. kdang2 memberatkan kepala kita pulak.

apa yang membezakan antara kita dan orang lain adalah bagaimana kita memberi respon pada apa yang didengar.

mcm dijah kate
- ambil pengajaran
- klu sesuai beri nasihat

best2. tq dijah