apa yang kamu tahu tentang masjid?
masjid apa yang kamu tahu?
masjid selalu didefinasikan sebagai sebuah bagunan. yang digunakan oleh orang-orang islam untuk melaksanakan ibadah. rekabentuk pula, mahunya yang berkubah, bermenara. maka terbinalah masjid-masjid yang gah tersergam megah diserata pelusuk negara. Masjid KLCC, KLIA, Putrajaya, Masjid Besi. Masjid Kristal dan macam-macam lagi. betulkah begitu.
Tahukah kamu?
masjid di tanah jawa ada yang bentuknya seperti pagoda. tiada kubah atau menara pun. masjid di barat ada juga yang diolah dari pada sebuah gereja. takda kubah pun. namun itu semua tidaklah penting. yang mustahaknya ialah, sejauh mana fungsi bangunan tersebut sebagai masjid benar-benar di imarahkan?
masjid pada zaman nabi merupakan tempat yang sangat damai. harmoni. sahabat-sahabat berkumpul untuk sama-sama berkasih sayang, bertanya khabar, manambah iman, memperkasa ibadah. tempat bermesyuarat dan menjadi pusat ilmu. masjidnya sangat meriah.
pernah dengar tak, kisah Rasulullah ketika bulan ramadhan, bila mana ada seorang kanak-kanak, duduk di sisi ayahnya didalam masjid merengek kelaparan kerana berpuasa. lalu Rasulullah mengambil 'satu objek' tak ingat apa tapi kemudiannya diikatkan dengan tali lalu Baginda mengheret tali tersebut keliling masjid. permainan tersebut menarik perhatian kanak-kanak tadi lalu datang bermain dengan Rasulullah dan lupa pada perutnya yang lapar tadi. tentulah masjid jadi meriah dengan hadirnya kanak-kanak tadi. kan?
cuba bayangkan. saat anda di masjid dan saat anda berada di luar masjid, pasar malam misalnya. adakah perasaanya sama?
cuba bayangkan, anda berada di dalam masjid nabawi yang sangat damai. pasti perasaanya sangat lain. nak mengumpat jauh sekali. tak terteringin langsung nak bising-bising buat onar pun. rasa sentiasa nak taqarrub pada Allah. fokus. rasa inilah peluangya untuk nak beramal. rasa nak sangat jadi baik. hati jadi sensitif. sayu nak menangis je mengenagkan dosa-dosa. betul tak?
cuba bayangkan. pasti sanagt indah kalau rasa ini dapat diangkut balik Malaysia. boleh diangkut kesana-kemari. dimana-mana pun rasa nak taqarrub pada Allah. dimana-mana pun nak rasa damai sebagaimana berada di masjid. boleh tak?
boleh! sangat boleh. with the power of your mind.
bumi ini kan bumi Allah. Islam tak pernah mengajarkan pun bahawa kamu hanya perlu beribadah saat berada dalam masjid. malah tak pernah di'spesifik'kan pun tempat dimana kamu harus beibadah. (kecuali hajj lah. pastinnya di makkah). dimana-mana pun kamu boleh taqarrub ilaAllah.
rasakan di setiap penjuru bumi yang kita pijak sentiasa dalam usaha dan langkah mencari redha Allah sebagaimana kita berada dalam masjid. kerana itu saya letakkan tajuk untuk post ini
"dalam diri ada masjid"
membina jiwa yang sentiasa taqarrub pada Allah sebagaimana jiwa kita saat benar-benar berada dalam sebuah masjid. berusaha membina biah masjid dalam diri. bayangkan satu bumi di mana semua orang merasakan rasa yang sama. damainya sebuah masjid dapat dirasakan dimana-mana. pasti sangat damaikan!!
maka, untuk membina biah ini, perlu bermula dari diri kita sendiri
"bina masjid dalam hati kita agar majid terbina di disekeliling kita "
atau dalam kata lainnya
"bina islam dalam diri agar islam terbina diserata pelusuk dunia"
akhirnya..sama-sama sampai syurga..
makmurlah alam saat masjid terbina seperti yang sepatutnya.. dimana-mana.. :)
teringin tak?
6 comments:
orang kata dalam hati ada taman
kita kata dalam diri ada masjid
bila kedua-dua digabung, kita jadi orang yang hebat.
hati yang sensitif terjaga indah macam taman, dicampur dengan diri yang gagah terbina atas dasar iman umpama masjid. hebaaaaat!
salam.
hehe ana baru nak sebut jugak pasal 'dalam hati ada taman'.
hmm damailah hati~
Nanti takut ade yg slh fhm..bina masjid=kahwin..adeh..
beejan, tak pe. bila sebut bina masjid=kawin, orang2 muda ni tertarik je nak denga, then baru terangkan konsep bina masjid dalam diri. haa boleh jadi skill untuk attract mad'u untuk dengar apa yang kita nak cakap.
"bina masjid dalam diri dulu baru boleh bina masjid dengan orang lain. baru la kukuh mantap masjid tu. gabungan dua masjid"
make sense. kan?
damai~
wallahu a'lam
najib sinonim dengan kish kawin.
ini satu statment.haha
Akem..jgn nakal bole x..
Post a Comment