"Sampaikan dariku walau satu ayat" (HR Tirmidzi)
Satu ayat. Betul ke cukup? Macam tak percaya. Percayalah, satu ayat pun akan berjaya beri impak.
*********
Selesai tawaf wida’, saya duduk di satu kawasan teduh. Tunggu ahli keluarga yang lain. Memang sengaja kami berpisah. Supaya semua orang lebih menjiwai salam terakhir untuk Mekah. Supaya semua orang lebih khusyuk dalam doa, walau di siang hari.
Kaabah betul-betul di depan. Dari jauh nampak seorang perempuan arab bertongkat. Dia jalan perlahan. Bila sampai depan seseorang, dia berhenti dan cakap sesuatu. Kemudian sambung berjalan lagi. Fikir, dia mungkin bertanya arah jalan. Saya biar dan angkat tangan untuk mula berdoa. Fokus. Selesai aminnnn.. buka mata, nenek tadi ada betul-betul kat depan. Huu terkejut..
Dia kata “Qul huwa Allahu ahad!”
Masih dalam mood terkejut, lidah jadi kelu.
Dia ulang lagi, “Qul huwa Allahu ahad!”
Automatik lidah ikut menyebut, “Allahu ahad..”
Nenek tadi senyum, dan sambung berjalan. Perginya dia meninggalkan banyak makna. Walau dengan hanya satu ayat.
Kisah ni dah hampir setahun berlalu, tapi teringat balik bila dengar pesan Dr. Bilal Philips, 18 Feb @ UIA.
"Teach what you know, give what you have. If you are sincere about Islam, you will feel a burning sensation in your heart to share your religion.."
Nenek tu mungkin dah penat berjalan. Tapi dia sangat teruja nak sampaikan satu ayat. Terlalu bersemangat nak kongsi apa yang dia tahu. Semoga kita semua akan jadi seperti dia. Semangat yang ditanam dari sekarang, harap kekal hingga ke akhir hayat.
Pernah tak, kadang-kadang rasa semangat nak share something. Tapi tiba-tiba rasa rendah diri sebab tak cukup ilmu. Rasa takut kalau-kalau apa yang kita sampaikan tu, tak diamalkan dalam kehidupan seharian. Pernah? Saya pernah, selalu kot.. Nasib baik Imam Syafie ada berpesan
“Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan bagi tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan di muka bumi Allah ini.”
Okay, semangat balik. Save now. Publish post.
6 comments:
semangat balik! best222. =D
:) jazakillah khadijah! best2. semnagt balik
teringat Ustaz Alias pesan "kalau ilmu kat dada tu ada 50 sen, bg lah 50 sen.. kalau ada seringgit, bagi lah seringgit.."
:)
alhamdulillah..syukran pada amat yg bagi peluang sy kongsi ilmu yg 50 sen ni
semangatnya nenek tu wpun dah tua.
subhannaallah.
kita yg muda patut rasa malu kalau sepototng ayat pun kt x dpt kongsikan.
kerana sekarang, org lebih suka berkongsi gosip banding berkongsi ilmu agama. astaghfirullah.
insyaAllah, ilmu yang dapat tu lebih bermakna dan menjadi peringatan buat diri sendiri kalau kita dapat kongsikan bersama.
sharing is caring.
tq dijah. nice post!
tq jugak :)
Post a Comment