sudah sangat lama sebenarnya tak meluang masa melihat-lihat alam luas cantik ciptaan Allah ni. selalu sahaja lalu-lalang ditepi pokok-pokok yang sedang berbunga mekar, atau ditepi sungai yang berbunyi damai, atau ditepi padang hijau nyaman.
namun dek kesibukan untuk pelbagai urusan
semua ini sering di abai lupakan
Subahanallah. Alhamdulillah. wa LaailahaillaAllah. Allahuakbar
suatu petang, tergerak untuk mengajak Cik T berjalan di sekitar UIA. di hadapan CAC, ditepi sungi. sangat banyak bunga-bunga yang berkembang mekar. teringat satu ayat dari suarh Al-Fatah.
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(48:4)
tiba-tiba terfikir. pokok. bunga. angin. sungai ini semuanya tentera Allah. bukankah alam indah ini juga salah satu wasilah kurniaan Allah yang memberi ketenangan pada manusia. saat mereka benar-benar berfikir dan menghayatinya. damai.
sedang seronok bergurau dengan Cik T tentang alam sekitar. tentang tentera Allah yang ada sekeliling kami...
Cik T: ana nak bunga tu. yang tinggi atas pokok tu.
Cik R: tak payah lah. ambik je yang dah jatuh bawah tu.
Cik T: tak nak. dah tak cantik. tak mahu!
Cik R: hei. be a hero. go and save those flowers yang jatuh tu. cantik lagi.
Cik T pun kutip bunga yang jatuh dan dengan terkejutnya
"waah bunga ni wangi lagi. tengok warna dia cantiik"
see.. jadila hero yang berjaya menyelamatkan bunga yang jatuh tu. walaupun dah jatuh ke tanah, masih ada guna dan manfaatnya pada kita. masih ada harumnya. kadang-kadang masih cantik rupanya.
kadang-kadang manusia sibuk mahu memetik yang cantik sempurna menyerlah jauh diatas, padahal banyak lagi bunga cantik yang ada dekat disamping kita. tapi sering di abaikan.
satu perkara baru yang dipelajari dari bunga-bunga yang berguguran tu.
be a hero. save them. appreciate them.
jangan pernah memandang hina pada mereka yang gugur.
kerana yang gugur. kalau diangkat. dikutip.
masih boleh dimanfaatkan.
yang kurang cantik.
tak semestinya tak baik
dan yang cantik sempurna
tak semestinya berguna
begitu juga manusia. mereka yang telah terjatuh. yang telah tergugur. atau yang tersalah. dan yang tersilap. jangan sekali dihinakan.
siapa kita untuk menghinakan ciptaan Allah
angkatlah mereka
hargailah mereka
pimpinlah mereka
sayangilah mereka
bawa mereka bersama-sama
maniti jalan ke syurga
^___^
pokok kalau kita letak sepohon. sendiri di tengah panas terik lama-lama jadi kering layu dan mati. kalau kita letak dicelah-celah pokok lain damai menjadi satu taman indah yang cantik dan mempesonakan. setiap pokok ada kurangnya. ada yang kurang nutrient... maka kuning jadinya. ada yang telah mula kering. ada yang mula melayu. ada yang muda tumbuh baru. pucuk muda segar dan indah. tapi, bila disusun letak banyak-banyak. kekurangan tu saling dilindungi. kelemahan tu saling diimbangi sampai dilihat seolah-olah tiada cacat celanya lagi
kita hidup ramai-ramai. saling menutup kelemahan yang lain. saling menampung menampal cacat kurang orang lain. moga aib kita juga dilindungi. hidup tenang damai harmoni, mcm taman2 pokok ini :))
see the beauty. walaupun ada dah yang gugur dibawah tu. kalau dilihat dari sudut yang lain. ia sebenarnya mencantiikan lagi pemndangan. appreciate them :)
abaikan 2 makhluk yang mengagngu pemandangan indah ini ye.
Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.” (Qur'an, 3:190-191)
this is my theraphy. dicelah kekalutan exam :)
peace be upon you.
3 comments:
bestttt! komen adek saya:
Flowers complete the trees; making it more attractive and likeable.
Just like us, behaving in good manners can sustain a good relationship between us and others.
Shady trees let people to rest underneath them, giving them comfort and beneficial to them.
To human kind, the leaves are like knowledge. The more the knowledge we have, the more we can share with others!
^__^ thank you asma'
all of us, complement each other!
saling menampung, saling memayungi.
wujudkan suasana harmoni
damai dalam hati
moga kekal sampai syurga abadi. :)
all the best amat.
Post a Comment