Sunday, May 1

...

cakap cakap cakap

tegur sana sini

marah situ sini

itu salah ini salah

kamu berdosa. aku mulia

nahnu duah walaisa qudaah. kamu penyeru bukan penghukum.

siapa kamu nak menghukum mereka? 

yang bercakap mula-mula tu la yang akan di uji dengan apa yang dicakapkan

Allah dah WARNING awal-awal dalam Al-Quran. 

kenapa kamu berkata akan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. sungguh besar kemurkaan Allah atas sesiapa yang berkata tentang sesuatu yang tidak ia kerjakan

kalau anak-anak pun. bila ibu kata jangan gaduh. jangan tinggi suara pada adik. tiba-tiba mak jerit kuat-kuat marah anak-anak semua. agak-agak apa yang si anak belajar?

.........

tin besar. cantik bersinar. gambar biskut diluar nampak sedap menyelerakan. bila ketuk..tong.tong.tong. laa kosong rupanya. sembang kencang. isi kosong.

faaqidu syai' la yuti. 
orang yang tiada apa tidak dapat memberi apa-apa
apa yang kamu nak beri kalau kamu sendiri tidak diisi

mengajak orang pada islam. pada da'wah. cakap bedegar-degar. kita mesti istiqamah. kita mesti qiamullail. kita mesti solat duha. kita mesti baca ma'thurat pagi petang. kita mesti itu mesti ini. cantik dah ajakan itu. moga Allah ganjari pahala pada seruan itu. tapiii balik rumah lepas subuh tidur. ma'thurat tinggal. solat lewat. qiamullail fail. duha hancur. kosong. tin kosong. dapat nama atas dunia. mati terhina. di akhirat. hijab terbuka. mana nak sorok muka. Tuhan pun murka. 

kamu fikir kamu insan mulia terpilih? hakikatnya, kamu telah Allah pilih untuk ditutup keiabannya atas dunia. no excuse my dear.

......

tabiat manusia. bila Allah uji, pertama yang akan dicari siapa? mak ayah. adik beradik. kawan-kawan. berapa ramai yang setiap kali teruji. sebelum jumpa siapa-siapa terus-terus je bercerita mengadu pada Allah. 

Ya Allah. Ya Allah. aku teruji. aku lemah. aku lalai. aku leka. aku hina. jangan kau biar aku memandu hidup tanpa  petunjuk pimpinan mu ya Allah. jangan kau biarkan aku sendiri dari pimpinan mu. walau sesaat.

siapa yang cipta kamu. Allah.
siapa yang menghidupkan kamu. Allah
siapa yang memberi nikmat. Allah
siapa yang memberi ujian. Allah
siapa yang memberi sakit. Allah

dah tu, pada siapa  yang selayaknya kamu mengadu dan pohon pertolongan?

hanyalah kepada kamu kami menyembah dan pada mu juga kami mohon pertolongan (1:4)

baca ulang hari-hari. sebut-sebut pada bibir. bukti iman pada amal. tiada amal ertinya? iman.. erm. jawab sendiri.

.......

pak cik AT kata,

buat apa kamu duduk dalam kelompok ini. mati nanti Allah persoalkan kamu individually. kubur lain-lain.

kata pak cik AT kemudiannya,

kerana pertanggungjawaban atas individu itu tak dapat disempurnakan kalau kamu duduk sorang-sorang. ada hak orang lain yang menjadi pertanggungjawaban kamu. kelompok ini bertujuan memudahkan kamu nak jawab depan Allah nanti. memudahkan orang lain nak jawab dan memudahkan kita juga. kelompok ini bertujuan untuk kita memberi sebanyaknya. sebanyak-banyaknya. insyaAllah kita akan terima sebanyaknya juga. kalaupun bukan didunia nikmatnya, namun kamu sudah ada jawapan saat bertemu dengan-Nya.

..........

beli baju cantik. balik rumah, rasa tak best. rasa tak kene. esok, rasa tak cukup baju. nak beli lagi. beli lagi, bende sama berlaku. rasa tak cukup. nak lagi.

dapat gaji. beli tu. beli ni. tengah bulan. habis duit. rasa tak cukup. rasa tak puas. kerja lagi dan lagi. dapat lagi rezeki. beli itu ini. rasa tak kene. rasa tak puas. kerja dan kerja lagi

duduk di rumah. rasa masa berlalu pantas. banyak kerja tak siap. rasa kelam kabut. serba tak kena. stress. pegi berhibur. tapi tak release pun stress. rasa tak best. kenapa?

sebab tak berkat. 
hidup, kalau berkat, 
sikit pun mencukupi. 
murah memadai. 
tenang dalam hati.
walaupun kerja berlambak lagi. 

apa yang dicari dalam hidup ni kalau bukan tenang yang abadi??

barakah dalam redhanya. 
hanya dengan kembali pada yang esa 
kamu bisa bahagia atas dunia.
sebab semuanya memang Dia yang punya.


Berpujangga. Berpuitis. Berpuisi.
Gelap.
Sia-sia.
Tiada makna.
Jika amal tidak di iringi bersama.

Tertembak !

Bukan mahu menjadi pujangga.
Hanya ingin menjadi hambaNya.
Maka bicara puitis itu tidak bermakna,
kalau tidak menghubungkan diri kepada Yang Esa.
Dan aku melihat ramai yang menjadi pujangga,
…tetapi amal kehidupan sendiri jauh daripadaNya.
ya Allah…

-Hilal Asyraf