Ada orang dilahirkan sebagai pemimpin
Ada orang dilahirkan sebagai speaker! Lantang lancar dalam berbicara
Ada orang dilahirkan naturally memang kemas dan tersusun. Sejak kecil memang kemas dan pembersih.
Teringat pada seorang classmate lelaki ketika darjah satu dulu. Hari-hari dalam hidupnya seperti pagi hari isnin J. Kasut putih melepak tanpa noda. Baju kemas tegak macam baru lepas di gosok tergantung kemas pada hanger walaupun hari dah petang. Cukup kemas!
Ada juga yang dilahirkan cukup berdisiplin tersusun. Adik sepupu saya seorang yang tersusun. Memang hari-hari akan bangun awal pagi untuk ke sekolah. Kalau orang lain, sekolah jam 7.30 jam 6.45 baru mula bersiap, dia akan bangun dan bersiap lebih awal dari itu untuk pastikan segalanya siap tersusun dan sempat minum kopi baca suratkabar sebelum ke sekolah. Tersusun.
Namun,
Tidak semua manusia begini.
Ada yang kelas 8.30, 8.20 baru bangun tak sempat mandi sarung baju semalam terus ke kelas. Even ada yang terlepas kelas pun sebab malam sebelumnya tidak tidur menonton movie atau bola.
Tapi tak pernah mustahil untuk membentuk peribadi berdisiplin dan tersusun dalam diri.
Yup! Agak susah.
Perlu kekuatan mental untuk selalu pujuk dan memotivasikan diri
Perlu pada kekuatan fizikal untuk sesuaikan diri. Yelah, biasanya tidur jam 3 pagi danbangun jam 11 pagi, nak mengubah sistem tidur untuk tidur jam 12 mlm dan bangun 5.30 pagi bukan mudah.
Perlu juga pada kekuatan emosi untuk lawan perasaan letih dan bermalas-malas.
Jangan risau, as my mother always said, the power is here ‘sambil tangan tujuk ke dada’.
Sebab Allah kata dalam al-Quran
“sesungguhnya dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah
nasib mereka sendiri”
The power is in your hand to choose who and what you want to be.
I always like to visit my friends who are strongly well discipline to see their life style, or
To have a discussion or sharing with them about their life and how do they manage to handle and organize themselves very well. EVERYDAY
Emotionally stable. Imantionally stable.
She said, just like my mother always said la. Bermula pada kehendak yang kuat. Sebab the motivation is all around us.
Antara yang boleh dilakukan bedasarkan perkongsian mereka-mereka yang saya sayangi ini,
Ambil seseorang sebagai idola. Yang dekat yang kita boleh contohi. Sama macam kata kak mira kartiwi, kita harus memilih satu ikon yang ada persamaan sekit-sikt macam kita so that kite tak perlu ubah 360 degrees to be someone yang hebat. Mcm kak mira, beliau cuba untuk mencontohi saidatina a’isyah. Habis semua cerita tentang aisyah diselongkarnya. Sapa idola anda?
Menjadi orang yang tersusun sangat-sangat penting. Kalau tak tersusun bisa jadi stress. Bila stress banyak lagi benda lain akan terganggu betul tak?
Islam mengajar kita untuk menyusun dan tersusun. Contoh mudah melalui solat. 5 waktu. Bangun pagi awal untuk subuh dan memulakan hidup segar di pagi hari. Terus ke zohor untuk recharge semula diri. Sambung sikit lagi kerja ke asar kemudian mula berehat. Sampai ke isyak, kalau tiada apa-apa urusan boleh tidur terus untuk bermula segar esok hari. Orang hebat yang saya temui semuanya tidur awal seboleh mungkin jika tiada urusan penting lain.
Kata syu, (mafhumnya) cube perhatikan hari-hari yang kita lalui, mungkin ada hari-hari tertentu yang kita tidak tepat dalam menyempurnakan masa solat. Cube perhatikan aktiviti pada hari tersebut, pasti dipenuhi dengan hal-hal lagho. Jarang sekali hal-hal amal soleh menyebabkan kita lewat solat. Pasti akan timbul rasa sebersalah.. check!
Bila kita tak munazzmun fi syu’unina aka tersusun dalam urusan kita, akan susah juga untuk kita menjadi naafiul lighairihi aka bermanfaat kepada orang lain. Trust me. Saat kita tak tersusun. Saat kita berserabut. Saat kita stress kita tak sempat pun nak fikir orang lain malah silap langkah boleh mengganggu dan menyusahkan orang lain pulak. Betul tak?
See? banyak yang saling berkait. 10 muwassofat tu. Satu terganggu mudah terganggu yang lain-lainya. Cuba mujahadah menjaga salah satu, moga yang lain-lain akan ikut terbaiki.
Sebab itu, dalam kita berusaha mencorak peribadi kita ataupun peribadi seseorang teknik tekan dan paksa buat kadang-kadang menyakitkan dan tak kekal lama. Maka carilah motivasi-motivasi atau kata-kata atau teladan yang boleh menaikan semangat kita dengan melihat bukti-bukti kejayaan mereka untuk menggerakkan kita menjadi jadi lebih baik.
Sangat ramai tokoh hebat cemerlang yang boleh dilihat!
Apa pun. Sasaran utama kita hendaklah lillahi ta’ala. Berubah mengubah dan bersedia diubah kepada yang lebih baik kerana kita tahu, seorang muslim harus lah lebih baik dari hari sebelumnya. Menjadi muslim cemerlang adalah satu kewajipan!
Berubah kerana kita mahukan redha Allah.
Selangkah kita berusaha memperbaiki diri untuk lebih dekat pada Allah, seribu langkah dan jalan Allah akan bukakan supaya kita terus semakin mendekat. Pokoknya adalah kemahuan!
Walaupun kadang-kadang kita seolah-olah macam berperang dalam diri sendiri. Separuh hati nak tidur lepas subuh yang separuh lagi pujuk untuk bangun jogging. ¾ hati nak tonton movie ¼ hati nak yang lainya dan macam-macam lagi konflik dalam diri. Keep fighting keep moving.
Yup. Kadang-kadang rasa penatnye lah sangat! Never give up. Yakinlah dengan kerehatan yang abadi. Tak lame dah nak sampai masa rehat terus. Mana tahu. 2 ke 3 minit sekejap lagi ja.
Wallahu a’lam
P/s : maaflah panjang berjela. Merekod dan mengkompilasikan motivasi dari sekeliling untuk pedoman untuk simpanan. Ini pesan untuk diri sendiri utamanya. dikongsikan bersama kalian. J
4 comments:
suka!
Emotionally stable. Imantionally stable.
really need these two :)
salam..
asma',weekend hari tu betul2 bermakna..
byk yg ana belajar dr akhwat semua..
dan hakikatnya, kita semua saling memerlukan utk saling menguatkan~
*tekan butang like* :)
should i put like and dislike button here?
hehe nak memudah kan cik rue :)
Post a Comment