Wednesday, May 4

Dari hati ini

Bismillah. Berkata tentang soal ini, bukan mudah. Malah mungkin susah sangat. Tapi aku mahu kamu tahu, kamu harus terus ke hadapan tanpa henti. Kerana raaaamai lagi yang tunggu kehadiran kamu. Mereka sedang mencari, mungkin belum berpeluang bertemu. Mereka macam aku yang dulu.


***********



Dulu, aku ingat aku cukup bahagia

Apa yang aku mahu, aku ada

Kasihku untuk keluarga

Kawan-kawan satu kepala

Sekolah 5 hari, 2 hari bersuka ria

Solat fardhu dan quran tak tinggal, ye lah kan budak sekolah agama~

Tapi tak best, selalu rasa cukup dengan amal. T____T


Dapat masuk universiti islam, Alhamdulillah!

Mula-mula rasa okay, orang kata ikut arus - just go with the flow.

Tapi pelik, kenapa biah tak macam kat sekolah? Mungkin sebab kurang kawalan.

Semuanya atas kita. Kalau ikut arus tak bertali, mungkin sesat.

Kalau dulu, halaqah mingguan wajib datang, kalau tak ustazah marah.

Solat mestilah lagi wajib, takkan nak duduk kat kelas masa orang kat masjid?

Tilawah berlumba-lumba, siapa khatam waktu Ramadhan dapat habuan.

Hafazan lagi lah scary kalau tak hafal, mesti malu dan markah terbang.

Tapi pelik, kenapa amalan aku semua sebab orang/hal lain?

Baru sedar, kenapa bukan sebab Dia?!

Kenapa aku rasa tak cukup kuat untuk ikut arus?

Sebelum terus sesat, aku tekad buat uturn.




Aku fikirkan semuanya kembali, menilai, dan mencari

Di saat pencarian diri, kamu hadir dengan hati

Hati kamu yang aku kagumi, di mana kamu selama ini?

Usrah pertama, kita bincang hubungan iman dan niat

Ahh terkena.

Usrah kedua dan seterusnya, kita bincang perkara baru

Seperti biasa aku tertembak baru tahu, dan kamu terus tak jemu

Kemudian kamu kata, ahli usrah kita ramai sebenarnya

Kamu ajak saya gi qiam, iftar, dan usrah gabungan

Terkejut, teruja, ramainya orang macam kamu!

Dan aku terus belajar, dan cuba serap ilmu ke dada.

Kamu kemudian usaha lagi, katakan pada aku ilmu tak cukup hanya di dada,

Sebarkan dan amalkan.

Dan kini amal bagiku tak pernah cukup.

Tapi aku tetap rasa sangat bahagia, kerana ada tiupan damai dalam setiap amal.

Dan Alhamdulillah, insyaAllah aku kini aku yang baru. Hasil binaan kamu yang dulu.



Aku doakan kamu ikhlas dalam setiap nafas dan langkah mencari redhaNya.

Moga kamu terus kekal atas jalan ini dan tak putus asa untuk terus melangkah.

Bila rasa hati cedera parah, ingatlah pada Allah yang maha merawat.

Bila rasa nak berhenti, ingat status Kak WF di fb:


Namanya manusia takkan lepas dari kelemahan. Jangan mengalah pada kelemahan sendiri. Hayati dan peduli titik paling melemahkan. Semoga kelemahan kita dijaga baik dengan mendampingi sahabat-sahabat yang baik lagi membaikkan. Kerana setip kita ada kelemahan, hidup ini terasa manis berjuang. Warna warni kehidupan ;)



Sekarang bangun & senyum okay? ^__^V

4 comments:

Unknown said...

terbaik!mohon share bleh asma :)

~khadijah~ said...

Boleh fatin. Btw ni dijah lah :) kan ni blog 2 org..

maryam said...
This comment has been removed by the author.
~amatullah~ said...

^_______^