Bismillah
hidup ni perlukan strategi. betul tak?
sedangkan musuh menyusun strategi secara teliti untuk menumbangkan kita. apatah lagi kita kan?
maka untuk itu kita perlu tahu dan kenali musuh kita yang satu ini. yang dah janji pada Allah SWT untuk tumbangkan kita dan sama-sama dengan kita terjun dalam neraka.
huh. pasti kita tidak mahu bersama mereka kan.
meh sini, saya bg tahu apa antara rahsia strategi dan helah mereka nak tarik kita bersama mereka,
psst..mai duk rapat-rapat *pandang kiri kanan*
ini strategi mereka...
1. تزين : ini cara mereka yang pertama. depa duk hias dosa tu bg nampak indah pada pandangan mata kita. hak yang huduh tu nampak cantik sungguh. hak yang tak sedap jadi nampak sedap berselera. tak caya cuba tengok air arak. yang bau busuk. buat sakit kepala. buat sakit badan hak tu yang dia tazyiin bagi cantik sedap lazat berselera. anak-anak gadis tepi jalan yang bertoncet tinggi atas kepala dok conteng warna warni kat muka rata-rata. yang tu depa buat kita nampak lawa. yang laki pulak buat gaya landak atas kepala. lalat hinggap mati tertikam. tu boleh jadi kacak bergaya. mula lah manusia mendekat akhirnya berdosa.
2. تلبيس : cara kedua. depa duk kaburkan mata hati kita. jadi konfius boleh ke tak boleh. salah ke tak salah. maksiat tetap maksiat. tapi ntah mana datang hujjah dalam kepala kita. "eh, ni khilaf ulama'. ada ulama' kata boleh. ada ulama' kata tak. datang pulak syubhah kat situ. ada orang duk pi keluar berdua dengan anak dara orang. datang hujjah tak pa, ni darurat. duk hanta msj kat anak laki orang kejut bangun qiamullail bagi tambah iman. rumate katil sebelah tak kejut subuh pun.
3. تسويف : yang ni pulak, rasa nak bertangguh-tangguh. dah ada rasa perasaan nak buat baik tu tapi duk bertangguh. suatu hari lepas solat zohor Ahmad berazam, mulai esok, aku nak baca ma'thurat pagi petang. awat tak mula ja baca ma'thurat petang tu gak. nanti esok pagi terlepas subuh dah lari semanagt tangguh azam pulak untuk hari esoknya. tunda-tunda entah sampai bila.
4. تضعيف : yang ni, datang rasa malas. rasa beraaat sangat nak buat amal. nak bangun subuh terasa berat sungguh. terasa empuk betul tilam bantal. terasa nyaman dan damainya udara pagi. nikmat untuk terus tidur. kita akan rasa solat 2 rakaat lepas solat fardhu tu berat sungguh. "ala solat 2 rakaat tu sunat ja. tak pa aku ganti ngan istighfar ja:" astgfirullahx3 terus bangun pi sambung FB.
5. تيئيس : yang ni ramai orang pernah rasa jugak ni. rasa putus asa. terasa banyk dosa. terasa nak bertaubat. time tu jugak rasa diri hina sampai dah tak layak nak buat amal. "aku bukan tak mo jadi baik, tapi aku rasa aku tak layak dah nak taubat. aku rasa malu. malu kat semua. malu kat tuhan. aku nak tadah tangan doa pun aku rasa tak layak. rasa putus asa dari rahmat Allah. rasa penat nak jadi baik akhirnya kita biar diri kita mcm tu ja xberubah. dan kdang2 lebih teruk..
haaa.. ni lah dia antara strategi syaitan. agak-agak pernah kena yang mana? ke pernah kene semua?
dan.. teknik mana yang selalu anda tewas?
maka, ikhwah wa akhawaati fillah
semua kita tahu syaitan memang sentiasa nak menghasut kita ke neraka. maka, untuk itu, haruslah kita melawan segala helah-helah ini dengan cara yang dah diajarkan oleh Allah SWT pada kita. dengan doa-doa pendinding dari seperti dalam ma'thurat tu termasuklah bacaan 3 Qul dan juga doa-doa ringkas seperti,
"I seek refuge in Allah's perfect words from the evil of His creation"
"O Allah! I seek refuge in You from sorrow and sadness, and I seek refuge in You from unablness
and laziness, and I seek refuge in You from cawordliness and miserliness, and I seek refuge in
You from the harshness of debt and the overpower of men."
(tak jumpa pula nak copy paste yang arab punya)
mohon ditetapkan hati. tak mudah berbolak balik dan tidak mudah-mudah terpedaya dengan syaitan.
dekatkan diri pada Allah. Al-Quran jangan pernah lupa. sentiasa bersahabat dengan orang-orang soleh yang selalu bisa mengingatkan. carilah ilmu. dan jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya, yakinlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. jangan berputus asa. kejayaan milik kita sekiranya kita betul-betul berusaha. hanya dengan Iman dan keyakinan pada Allah kamu bisa terselamat. biiznillah. selamat berperang melawan helah-helah syaitan..
berlawan sehingglah wisel penamat ditiupkan. berdiri megah di puncak kemenangan melawan segala
helah-helah syaitan.
we are the winner dan mereka adalah..
1 comment:
tumpang cari motivasi.. bagus entri ni.
Post a Comment