Friday, April 25

ke pasar

antara aktiviti yang paling sy gemari ialah ke pasar.. melatih kami untuk berkomunikasi dlm bahasa arab..mmg susah mcm ayam bercakap ngan itik...namun banyak yang kami belajar..
pernah sekali sorang dari kami ke kedai...
"indaka sakar?"
serta merta berubah muka org tu..
"la yujad"
kami pelik masakan kedai runcit tak jual gula..
kami tanye sekali lagi
"uridu sakar"
org tu kate "ma fi sakar..kullu huna halal"
salah sorang dari kami terperasan...wei...sakar tu arak la...sukkar baru gula...
"lalala...nuridu sukar laisa sakar...afwan..."

hehe..ke pasar bawa kamus dan kelkulator...cari perkataan dan konvertkan dari nilai lera(matawang syiria) ke ringgit malaysia..takut kene tipu harga sbb tak familiar dngan matawang cni...no pic kat pasar..lambat nak upload...

::kembara di syiria::

assalamualaikum


secebis dari jutaan pengalaman di bumi syiria..


alhamdulillahx10


tak terkata gembiranya di sini





ni ketika otw ke maqam arbain..jalan kaki...dulu naik bas n mendaki pulak...
destinansi melancong pertama kami
ketika di puncak pulak.....







permandangan dari puncak jabal
dapat melihat seluruh kota damsyik ni


posing kejap bersama akak2 serumah..




sedikir cerita pakcik yang pegang kunci tu dan kawan2 nya...


mereke ni penjaga2 makam arbain ni..sampai2 je di puncak beliau bertanya

"sollaitum asr'?"

kami kata "qad jama'ana"

pastu die tanye kamu da brapa lama kat cni...nak duk brapa lama kat cni...bincang2 die kate kamu tak bleh jamak..tak sah solat ambil wuduk dan solat semula!...kami berbalah sebentar..kami yakin kami bleh jamak...pak cik tu tak setuju..kamu tak bleh jamak..sampailah ke peringkat die masuk ke dalam ambil tongkat seolah2 mengugut kami sambil tersenyum dan berkata "yalla..kullukum solaat"

oleh kerana kami tak bersenjata lalu oklah..kami mengalah kami solat aka berlakun solat.. kami baru sampai 2 hari kami masih layak tuk jamak...selesai solat baru kami di benarkan masuk ke dalam maqam tersebut..dalam sebuah gua....ada la kesan2 yang dikatakan tapak tangan jibril..tapi no taswir (ambil gambar) kamere hampir di rampas..tp dapat je curi2 tangkap gambar..dikatekan tempat ini lah tempat anak2 nabi adam berbalah dan terbunuh...namun nak percaya atau tidak wallaua'alam sbb bnyk pendapat ade juga yang menagatakan tempatnya di tempat lain...namun permandangan indah dari puncak ini membolehkan kami melihat seluruh kota ini..hampir senja kami dpt melihat kota ini bercahaya dan seluruh masjid membuka lampu bercahaya hijau...masyaAllah...
agak blurr..










Tuesday, April 15

jaulah ke sirya

assalamualaikum

ampun dan maaf pada semua atas kekeliruan yang berlaku
sebenarnya saya belum lagi berlepas ke syiria seperti yang di jadualakan..hehe sedikit masaalah di situ dan sini..maka insyaAllah musafir in akan bermula pada 18 april 2008 dan dijangka pulang pada 15 june 2008 (tertakluk pada pindaan). moga musafir ini bakal membawa 1001++ hikmah buat insan kerdil bernama amatullah ini. moga Allah memberkati usaha semua pihak untuk menjaya jaulah ini dan memberi manfaat kepada saya anda dan mereka...
insyaAllah update akan dibuat sepanjang saya di sana nanti.. insyaAllah
moga dipermudahkan segala-galanya...

p/s: doa..doa dan terus berdoa..moga jaulah ini berjalan lancar dan mencapai matlamat dan tujuan