Friday, April 25

ke pasar

antara aktiviti yang paling sy gemari ialah ke pasar.. melatih kami untuk berkomunikasi dlm bahasa arab..mmg susah mcm ayam bercakap ngan itik...namun banyak yang kami belajar..
pernah sekali sorang dari kami ke kedai...
"indaka sakar?"
serta merta berubah muka org tu..
"la yujad"
kami pelik masakan kedai runcit tak jual gula..
kami tanye sekali lagi
"uridu sakar"
org tu kate "ma fi sakar..kullu huna halal"
salah sorang dari kami terperasan...wei...sakar tu arak la...sukkar baru gula...
"lalala...nuridu sukar laisa sakar...afwan..."

hehe..ke pasar bawa kamus dan kelkulator...cari perkataan dan konvertkan dari nilai lera(matawang syiria) ke ringgit malaysia..takut kene tipu harga sbb tak familiar dngan matawang cni...no pic kat pasar..lambat nak upload...

2 comments:

NJ said...

ahahahh...

gempak betul siap bawak calculator! >__<"

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

hahahah asma'..asma',
padahal diri ni penah juga salah sebut malh(garam) time g pasar...dia tak paham, akk lagi tak paham hihihi

~kak nadiah hhhh