Friday, February 13

tulis...tulis...tulis

Basmillah..

Tulis dari hati..
Lebih mudah di fahami
Lebih mudah meresap ke nurani

Hasan al-banna tak menulis buku
Kerana beliau menulis manusia

Aku menulis manusia?
Hurmm..
Ingin sekali…
Jika mampu..
Menulis di hati2..
Makhluk bergelar manusia…


Tapi memang benar..klu menulis dari hati.. Lebih senang untuk di fahami.. Bukan tulisan intelektual semata tapi.. Intelek berpaksi pada akal dan iman.. Betul tak…??

Allahuakbar…
Apa guna ilmu kalau di peram di simpan dalam kepala
Apa guna kefahaman kalau tak memahamkan yang lain
Apa guna guna kesedaran sedang yang lain tak Nampak tujuan
Apa guna peta di tangan klu tak nak bagi pada yang memerlukan…

Jihad mereka melawan senjata
Jihad kita bagaimana?

Jihad mereka mengorbankan darah?
Kita begitu mudah mengalah?

Jihad mereka menentang penjajah..
Kita? Melayan perasaan tak sudah…

Dunia ini macam-macam.. Ada begitu ada begini..
Ada mcm tu ada macam ni..
“la yukallifullahu nafsan illa wus’aha”

10 comments:

Raihana Azhari said...

amatullah..
link bLog anti ngn bLog ana..
http://imjustbeingmyself.blogspot

Raihana Azhari said...

amatullah..
link bLog anti ngn bLog ana..
http://imjustbeingmyself.blogspot

Raihana Azhari said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

asma', sememangnye dari hati yeh?
huhu.terus menulis.

masyaAllah sgt best.terdiam sebentar.allahyubarik fik.

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

zahirkan kekuatan menerusi hati
kuatkan hati dgn zikrullah

hmmm skrg dua2 asma' menulis mengenai hati..
mmg ada chemistry..hueh..

-syaimaa'-

Hilal Asyraf said...

satu hari, ayah ana cakap kepada ana.

" Abah kalau boleh, nak awak jadi arkitek"

Ana diam. Sebab ana tak suka sebenarnya nak jadi apa-apa selain seorang guru/pensyarah dan segala yang berkaitan dengannya.

Ana pandang ayah ana. " Kenapa arkitek? Hilal malas la berurusan dengan yang tak bernyawa"

Ayah ana kata, " Bukan arkitek kepada bangunan. Tetapi arkitek manusia"

Ana terdiam. Dan mula saat itu, ana asimilasikan cita-cita lama, menjadi guru, dengan cita-cita baru menjadi arkitek.

Daie. Itulah cita-cita baru yang ana dapat lihat.


~cerpen pendek...

Hilal Asyraf

~amatullah~ said...

arkitek = seni
penulisan = seni
daie = seni

:)

~amatullah~ said...

siapakah yang mendelete comment yang ke 3?

huhu..hurm

Uqbah Azam said...

menulis manusia pasti ambil masa yang lama.tidak macam menulis buku. sebab untuk berubah perlu bermula dari hati.

dan Tuhan yang pegang hati~

but, i'm just pondering. isn't writing a book also writing a man. but, it just indirect kan?hurm,,,

~amatullah~ said...

yup..setuju indirect..
namun sentuhan direct itu kan lebih bermakna..
mungkin......
tp kedua2 nya same2 penting...
kedua2nya adalah satu usaha..
Allah menilai pada usaha bukan pada hasil..terserah anda.. (^______^)

pikir2kan..renung2kan selamat beramal..