Saturday, December 5

inspired by

bimillah
dari dulu sampai sekarang, saya sentiasa mengagumi satu kaum manusia dari suatu sudut yang saya kira sangat penting. sangat teringin untuk berkawan rapat dengan mereka, mengenali mereka, bekerjasama dengan mereka. namun sampai kini rasanya belum benar2 berkesempatan.

siapa?
masyarakat cina. setiap kali ke kedai seringkali kedai2 mereka menjadi pilihan. bukan sengaja menyokong yang bukan muslim, namun susah untuk di temui kedai2 yang pemiliknya muslim. kalau adapun pasti tak puas dengan service yang diberikan. dan seringkali juga ditipu melayu. adeh...

kalau ke kedai cina, apa yang dicari pasti ada dan kalau tak da pun pasti mereka akan bagi alternatif..sila ke kedai sekian2, atau akan mereka akan orderkan dan survey2 kan. entertain customer baek punya.
pernah suatu ketika, umi beli mesin jahit. step by step diajarkan kami. pernah die tulis sesuatu pada mesin itu dan ter'comot sedikit. umi kate tak pe la sikit je. chinese itu tetap nak betulkan katenye.

"buat nak kene betul juga. tak mahu ada salah, baru customer sayang. tak lari"

pandai jage mad'u nih..hee
saya belajar bidang perniagaan. minat bidang ini. sangat mahu berniaga. tapiiii setiap kali memikirkan untuk memulakan seringkali saya dapati priority yang perlu dipenuhi di tempat lain.

terlalu banyak nak dicapai oleh seorang asma' ini. makanya.. saya perlu berbuat sesuatu..menyebarkan semangat? mungkin saja..

saya sangat sedar kepentingan industri keusahawanan. bukan untuk kepentingan melayu semata2 tapi untuk islam itu sendiri. untuk maju lebih jauh kekuatan maliyah juga adalah aspek yang sangat penting. makanya lebih ramai muslim harus diperkasakan untuk terjun ke bidang ini.

maksudnya mengusahawankan muslim atau alternatif yang lebih baik.. mari kita memuslimkan usahawan. mana yang lebih strategik?

3 comments:

utrujah said...

then u should work on both la kot. being a bussinesswoman, get ur place, get ur respect and surely u can get on them. bismillah wa tawakkal ala Allah. moga diberi kekuatan untuk digerakkan setiap keazamanmu.

doa dr seorang asma'

~amatullah~ said...
This comment has been removed by the author.
~amatullah~ said...

amiiin.

kamu juga moga sukses selalu..
matlamat sekarang>>> financialy independent. tak mahu terkongkong oleh hutang2 yang menyesakkan.

maka blaja pandai2 jom!!