Saturday, May 15

B.U.K.U

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji dan syukur untuk Allah yang tuhan yang memberi nikmat. Natijah dari lautan nikmatnya, sampai ke saat ini kita masih mampu hidup, bernafas atas bumi akhir usia ini sebagai seorang muslim. Alhamdulillah.

Sudah 3 minggu bermulanya semester pendek semoga sepanjang fatrah ini ada peningkatan pada diri kita. Pada ilmu kita. Pada amal kita. Paling penting pada iman kita insyaAllah.
Sejak akhir-akhir ini, saya sudah jatuh hati pada buku. Dan beberapa buku yang dicadang baca oleh teman-teman berjaya mengetuk akal kering ini. Menembak hati kontang ini. Sungguh pembacaan itu seronok.

“Membacalah sambil fikir dan tafakur agar pembacaan kamu lebih baik dara ribuan ibadah.”

“Ilmu tak berguna tanpa faham. Faham tak benilai tanpa amal. Amal tak dilihat tanpa ikhlas. Maka fahami ilmu kemudian amalkan seikhlas mungkin.”

“jika duit hanya mampu beli kesenangan tapi bukan kebahagian,
maka apa yang boleh kau lakukan untuk menyempurnakan nikmat,
Jika bertambahnya kekayaan tidak menjamin bertambahnya nikmat,
maka apa yang boleh kau lakukan agar hidup penuh rahmat,
dan jika dikala malam kau tak mampu menyungkurkan wajahmu untuk bersujud kepada Allah,
maka apa yang mungkin kau lakukan untuk membuka jalan ke syurga”

pada saya kata-kata ini adalah kick-start yang cukup menarik dan sungguh, ada banyak lagi hikmah yang boleh di lombong dari objek unik yang bernama buku ini. namun begitu, pemilihan harus betul. Jangan sekadar nampak tajuk macam gempak, cover buku agak-agak cantik  terus mahu beli tanpa melihat pada penulisnya, penerbitnya dsbgnya disamping lihat juga pada harganya. heh

Pernah suatu ketika ke pasta buku membeli buku,
“menyingkap rahsia Yahudi” dan penulisnya memang tak ku kenali. Setelah puas hati memilih buku selepas dibayar harga buku tersebut saya ditanya oleh en.abang,
“ha..beli buku apa?”
“pasal yahudi”…penuh yakin
“huh suke sangat dengan yahudi”
“apekah..”
“penulis dia?”
“……”
Penulis dan penerbit juga tak diteliti. Dan akhirnya buku tersebut gagal di tamatkan pembacaanya kerana banyak juga mengandungi unsur-unsur israiliat atau tokok tambah dari kisah asal.

Pengajarannya, teliti buku yang dibaca. Untuk permulaan mintalah pendapat yang lebih senior untuk cadangan buku-buku atau penulis yang baik dibaca sesuai dengan kadar kefahaman kita. Insyaallah. Jayyid.

Antara tips lain membeli buku, jangan lupa mengambil resit. Dengan resit tersebut anda boleh mendapat exemption tax sehingga RM1000. Waaah (^____^)v
Selain itu, luaskan juga genre buku yang dibaca. Bukan sekadar novel cinta islami sahaja, atau majalah santai-santai sahaja. Tambahkan buku motivasi penigkatan diri. Buku kisah benar tentang pengalam hidup dan kejayaan orang lain dan tidak terhad kepada bahasa melayu sahaja. Mari buka luas-luas pintu akal. Jemput banyak-banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran berguna untuk masuk.

Contohnya,
Buku motivasi English Blink! atau Tipping Point dan sebagainya.
Buku motivasi islami seperti Jalan cinta para pejuang, meraih dahsyatnya ikhlas, life making,untukmu ummat dan banyaaaak lagi. Dari Malaysia mahupun Indonesia atau mana sahaja. Yang berbahasa arab juga tidak mustahil. Amru Khalid misalnya. Atau cari saja yang terjemahannya.
Buku sirah dan tokoh-tokoh hebat seperti raheeq makhtum, kisah 100 sahabat agung, kisah-kisah hadis nabi. Genre buku ini yang paling saya minati ..(^^)v
Buku fikrah jangan dilupa. Ditambah buku-buku fiqh dan sebagainya

Saya belum sampai lagi ke genre politik. Aduh. Cukup tak minat akan isu-isu ini. Tapi saya tahu ianya amat penting.

Untuk buku-buku yang agak berat isinya seperti buku fikrah, fiqh dan sebagainya lebih baik dibuat perbincangan dengan yang lebih arif agar tidak tersasar kefaham dan membaiki sebarang silap faham. Menuntut ilmu itu harus berguru .

Sebarang perkongsian tentang buku, cadangan penulis hebat atau apa sahaja tentang buku amat saya alu-alukan.apatah lagi kalau anda menginfakkan buku anda pada saya  (^___^)v

Alhamdulillah.

Moga kita semua boleh  konsisten dalam pembacaan,memahaman lantas mengamalkannya. Mari kta bersama menghayati wahyu pertama untuk kita terusss membaca. Bacalah! Dengan nama tuhanMu yang menciptakan.
Cintailah buku nescaya buku ini akan kembali mencintai anda. Tak percaya? Cubelah…

Dan Umi selalu sebut

“a good Leader is a good Reader”, dan
“the power is here” sambil memberi isyarat ke arah kepala. “Not in here” sambil mengangkat tangan.


Wallahu a’lam.




p/s: untuk anak singa pelangi sila pertingkatkan pembacaan dan mari kongsikannya nanti. Semoga kalian akan membesar dengan baik menjadi singa dewasa yang lebih gagah berani. Ngauman digeruni!!

7 comments:

Raihana Azhari said...

amatullah, buku life making tu, sape author?? macam menarik je.. ;)

hma said...

ade kat bilik bukunya. amek s.sem? nnt sy bg kamu pinjam eh..

¬amatullah@husna's room

Anonymous said...

wah! sila buat inventori buku. dan kita buat bedah buku setiap bulan. baru la berkesan. nadhirah nak pinjam buku2 dari amat. :)

~amatullah~ said...

boleh3..amat nak pinjam buku dari nad juga

Rue Anemone said...

apa tips utk jadi a bookworm? ssh la nak bace buku :(

~amatullah~ said...

rue, kte dulu bukan bookworm seriusly not.
sekarang pun tak sampai lagi ke tahap ber'ulat'. tapi satu yang best tentang membaca bila apa yang kita baca memberi kesan. pada diri kita. dan kita sebarkan rasa tersebut pada orng.

mcm ni,
baca ekonomi seronok bila dapat relate situasi dengan dunia sebenar.dan nampak dimana blh menymbang untuk ekonomi.

baca sejarah seronok bila kita tahu kita adalah antara kesan sejarah lalu. maka apa sejarah yang akan kita lukis lepas ni?

baca buku tentang apa sahaja dan memberi kesan pada kita

baca buku tentang binatang alam sekitar. relate pada kekuasaan Allah

baca buku fikrah dan dimana kita

baca buku tazkiyah dan hati kita bagaimana

baca Al-Quran rasakan dan relate pada kita

baca dan rasakan kesannya

fun experiment!!


mari menjadi ulat buku

cikEff said...

buku!
meh bercinta dgn buku.
*em banyak lagi xsempat baca*