Wednesday, November 3

sina'atul hayah

Assalamualaikum

mencipta kehidupan

sudah dibilang
sudah diulang dan ulang
hidup ini satu peluang
masa lalu tak boleh kau ulang

jatuh itu manusiawi
bangun itu mesti
biar seribu datang ke sisi
tolong bantu sana sini
kalau sendiri tak mahu berdiri
nak harap apa lagi?

bangun dan cipta sejarah kehidupan
biar bukan sejarah tamadun dunia
biar digelak dipersenda
biar dilupa disisih manusia
jalan maju terus kehadapan
moga selalu dalam zilal ar-rahman

mencipta kehidupan bukanlah perkara yang mudah. perlu pada kekuatan jiwa. harus punya arah tuju matlamat yang jelas. penyusunan tuntas.tak boleh malas. sesetengah orang bila di tanya apa cita-cita kehidupan kamu? mardhatillah. ya tepat benar sekali matlamat kita mardhatillah. tapi kamu nak redhanya dalam rangka usaha yang bagai mana? jadi abid sepenuh masa? atau serampang dua mata? atau mungkin tiga atau lima mata? apa? bagaimana? langkahnya? bila mahu mula? sasarannya? tahukah kamu dalam subjek finance, untuk kamu kira lifetime investment cashflow kamu akan letak satu tempah sasaran kamu akan mati. kamu sasarkan apa?investment kamu sekarang katalah RM 20000 dan kamu jangkakan akan diberi pulangan pada kamu setiap bulan sampailah kamu mati pada tarikh sekian2. itu nak duit punya pasal. nak redha Tuhan? hei kawan! mimpi besar kene kerja besar la! biar modal permulaan kecil asal perancangan baik, ikhlas dan konsisten apa pun boleh buat . insyaAllah biiznillah.

mimpi besar
jiwa harus besar
harus juga sabar

rasa tak cukup sokongan
cari keluarga cari teman
masih tak cukup sokongan
hei! kamu sentiasa ada Tuhan =)
itu yang kamu paling perlukan.


niat baik pun boleh dapat pahala :)

gerak jom!

"rabbi yassir wala tu'assir rabbi yassir umurana, wa sahhil ardzaqana"

wallahu a'lam

3 comments:

nur syuhada roslan said...

salam..
err..bunyi macam marah je...
eh bukan, bukan..
cuma sedikit tegas ^_^
kadang2 perlu begitu kan...
"move them forward or move them out"
-Art Sobczak

syaimaa' said...

salam.

hui nur syuhada roslan.
gimana kabarmu?
eheh.
rindu sama kamu lah syu ;)

ouh ayat Art Sobczak itu mcm kata-kata Allah dalam surah at-Taubah tu la.. ayat ape eh.. tak ingat..

wallahua'lam

~amatullah~ said...

saje syu. kdng2 kene gegar sikit. pendekatan lemah lembut sepoi bahasa kekadang tak menegena. haha ini method marah diri sendiri :)

dah2.. sayima' jgn nak buat drama sni :))

bittaufiq wannajah fi sinaatil hayaah