Saturday, May 28

sudut pandang

islam seringkali mengajar umatnya untuk sentiasa positive dalam melihat sesuatu perkara.
meyakini sesuatu yang terjadi pasta ada hikmah dan ibrah yang boleh diambil

sakit sebagai kafarah dosa
bencana alam sebagai peringatan untuk para hamba
agar beringat tentang kuasa agungNya
kemiskinan mencegah cinta dunia
kekayaan sebagai rahmat yang maha kaya
agar kita boleh kembali menyumbang pada agama
dengan segala harta dan kekayaan yang ada

kegagalan. kesakitan. penganiyaan. semuanya mampu diubah sudut pandangnya
kepada sesautu yang membina jiwa
yang bisa manambah iman kita
yang menambah keyakinan dan kebergantungan kita pada Allah SWT

kita dipujuk untuk bersabar
kita dipupuk untuk bersyukur
kita diajar untuk tawakal dan berserah
kita dididik untuk belajar
dari setiap apa yang berlaku pada diri kita
malah apa yang berlaku pada orang sebelum kita
juga orang yang disekeliling kita

shift your paradigm
pandang dengan mata hati
pandang dengan jiwa beriman
segalanya pasti lebih bermakna



now i'am reading a book entitled
"indahnya kematian"

mampukah kita mengubah sudut pandang
yang akhirnya kematian pun bisa disambut dengan senyuman?

Monday, May 23

ching! berubah..

Ada orang dilahirkan sebagai pemimpin

Ada orang dilahirkan sebagai speaker! Lantang lancar dalam berbicara

Ada orang dilahirkan naturally memang kemas dan tersusun. Sejak kecil memang kemas dan pembersih.
Teringat pada seorang classmate lelaki ketika darjah satu dulu. Hari-hari dalam hidupnya seperti pagi hari isnin J. Kasut putih melepak tanpa noda. Baju kemas tegak macam baru lepas di gosok tergantung kemas pada hanger walaupun hari dah petang. Cukup kemas!

Ada juga yang dilahirkan cukup berdisiplin tersusun. Adik sepupu saya seorang yang tersusun. Memang hari-hari akan bangun awal pagi untuk ke sekolah. Kalau orang lain, sekolah jam 7.30 jam 6.45 baru mula bersiap, dia akan bangun dan bersiap lebih awal dari itu untuk pastikan segalanya siap tersusun dan sempat minum kopi baca suratkabar sebelum ke sekolah. Tersusun.

Namun,

Tidak semua manusia begini.

Ada yang kelas 8.30, 8.20 baru bangun tak sempat mandi sarung baju semalam terus ke kelas. Even ada yang terlepas kelas pun sebab malam sebelumnya tidak tidur menonton movie atau bola.

Tapi tak pernah mustahil untuk membentuk peribadi berdisiplin dan tersusun dalam diri.



Yup! Agak susah.

Perlu kekuatan mental untuk selalu pujuk dan memotivasikan diri

Perlu pada kekuatan fizikal untuk sesuaikan diri. Yelah, biasanya tidur jam 3 pagi danbangun jam 11 pagi, nak mengubah sistem tidur untuk tidur jam 12 mlm dan bangun 5.30 pagi bukan mudah.

Perlu juga pada kekuatan emosi untuk lawan perasaan letih dan bermalas-malas.

Jangan risau, as my mother always said, the power is here ‘sambil tangan tujuk ke dada’.

Sebab Allah kata dalam al-Quran

“sesungguhnya dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah 
nasib mereka sendiri”

The power is in your hand to choose who and what you want to be.

I always like to visit my friends who are strongly well discipline to see their life style, or

To have a discussion or sharing with them about their life and how  do they manage to handle and organize themselves very well. EVERYDAY

Emotionally stable. Imantionally stable.

She said, just like my mother always said la. Bermula pada kehendak yang kuat. Sebab the motivation is all around us.



Antara yang boleh dilakukan bedasarkan perkongsian mereka-mereka yang saya sayangi ini,

Ambil seseorang sebagai idola. Yang dekat yang kita boleh contohi. Sama macam kata kak mira kartiwi, kita harus memilih satu ikon yang ada persamaan sekit-sikt macam kita so that kite tak perlu ubah 360 degrees to be someone yang hebat. Mcm kak mira, beliau cuba untuk mencontohi saidatina a’isyah. Habis semua cerita tentang aisyah diselongkarnya. Sapa idola anda?

Menjadi orang yang tersusun sangat-sangat penting. Kalau tak tersusun bisa jadi stress. Bila stress banyak lagi benda lain akan terganggu betul tak?

Islam mengajar kita untuk menyusun dan tersusun. Contoh mudah melalui solat. 5 waktu. Bangun pagi awal untuk subuh dan memulakan hidup segar di pagi hari. Terus ke zohor untuk recharge semula diri. Sambung sikit lagi kerja ke asar kemudian mula berehat. Sampai ke isyak, kalau tiada apa-apa urusan boleh tidur terus untuk bermula segar esok hari. Orang hebat yang saya temui semuanya tidur awal seboleh mungkin jika tiada urusan penting lain.

Kata syu, (mafhumnya) cube perhatikan hari-hari yang kita lalui, mungkin ada hari-hari tertentu yang kita tidak tepat dalam menyempurnakan masa solat. Cube perhatikan aktiviti pada hari tersebut, pasti dipenuhi dengan hal-hal lagho. Jarang sekali hal-hal amal soleh menyebabkan kita lewat solat. Pasti akan timbul rasa sebersalah.. check!

Bila kita tak munazzmun fi syu’unina aka tersusun dalam urusan kita, akan susah juga untuk kita menjadi naafiul lighairihi aka bermanfaat kepada orang lain. Trust me. Saat kita tak tersusun. Saat kita berserabut. Saat kita stress kita tak sempat pun nak fikir orang lain malah silap langkah boleh mengganggu dan menyusahkan orang lain pulak. Betul tak?

See? banyak yang saling berkait. 10 muwassofat tu. Satu terganggu mudah terganggu yang lain-lainya. Cuba mujahadah menjaga salah satu, moga yang lain-lain akan ikut terbaiki.

Sebab itu, dalam kita berusaha mencorak peribadi kita ataupun peribadi seseorang teknik tekan dan paksa buat kadang-kadang menyakitkan dan tak kekal lama. Maka carilah motivasi-motivasi atau kata-kata atau teladan yang boleh menaikan semangat kita dengan melihat bukti-bukti kejayaan mereka  untuk menggerakkan kita menjadi jadi lebih baik.

Sangat ramai tokoh hebat cemerlang yang boleh dilihat!



Apa pun. Sasaran utama kita hendaklah lillahi ta’ala. Berubah mengubah dan bersedia diubah kepada yang lebih baik kerana kita tahu, seorang muslim harus lah lebih baik dari hari sebelumnya. Menjadi muslim cemerlang adalah satu kewajipan!

Berubah kerana kita mahukan redha Allah.

Selangkah kita berusaha memperbaiki diri untuk lebih dekat pada Allah, seribu langkah dan jalan Allah akan bukakan supaya kita terus semakin mendekat. Pokoknya adalah kemahuan!

Walaupun kadang-kadang kita seolah-olah macam berperang dalam diri sendiri. Separuh hati nak tidur lepas subuh yang separuh lagi pujuk untuk bangun jogging. ¾ hati nak tonton movie ¼ hati nak yang lainya dan macam-macam lagi konflik dalam diri. Keep fighting keep moving.

Yup. Kadang-kadang rasa penatnye lah sangat! Never give up. Yakinlah dengan kerehatan yang abadi. Tak lame dah nak sampai masa rehat terus. Mana tahu. 2 ke 3 minit sekejap lagi ja.



Wallahu a’lam

P/s : maaflah panjang berjela. Merekod dan mengkompilasikan motivasi dari sekeliling untuk pedoman untuk simpanan. Ini pesan untuk diri sendiri utamanya. dikongsikan bersama kalian. J


Tuesday, May 17

Untuk Tujuan Kita



Assalamualaikum.

Ada orang tertekan dengan hidup yang menekan dan memaksa.

Hidup yang selalu menuntut hak dan masa untuk dipenuhi.

Apa tujuan hidup?

Main. Belajar. Kerja. Kahwin. Dapat anak. Besarkan anak. Kumpul harta. Jaga harta. Belanjakan harta. Meniti usia sampai tua. Sampai kemudian jadi tanah semula. Cukup? Tak.

Walau dunia diciptakan untuk kita, tapi kita bukan diciptakan untuk dunia. Dunia yang tiada rehat dan penuh kelelahan. Mustahil hidup kita hanya di sini.

Mungkin sedikit terlambat, tapi berbesar hati nak kongsi.

Purpose of Life by Sh. Yawar Baig, 1930 @ Masjid UIA.

***********

Ada orang hidup seperti sedang mencabar Allah.

Lihat siapa yang lagi power, rasa diri hebat sedang ilmu sangat cetek, sangat sikit.

Padahal apa yang kita tahu dibanding dengan ilmu Allah, ibarat tangan yang dicelup dalam laut, yang melekat di jari tu ilmu kita.

Jari tau, bukan tangan. [Sikitnyeee..]

Jadi kenapa sombong rasa paling mulia? Kenapa berlagak macam tahu semua? Kenapaaaa?

“Everything is created with purposes,

when it has stopped functioning,

it become garbage or trash.”

Semua makhluk di bumi ini dicipta dengan pelbagai tujuan. Cuba bayangkan 1 perkakas yang dicipta untuk mengisi air, senang cerita botol air plastik. Bila ia pecah, ia hilang tujuan, gagal untuk berfungsi untuk diisi air. Last-last masuk tong sampah.

Masa sekolah rendah, pernah buat karangan autobiografi tak? Yang macam ni. Mesti selalunya perenggan penutup “akhirnya aku tak boleh digunakan lagi…” Sebab hilang fungsi. Bila hilang fungsi, jadi sampah. Paling hebat pun, akan dikitar semula. Tapi jadi 1 alat yang lain, dengan fungsi yang lain.

Ramai yang tahu tujuan hidup kita terbahagi dua. Fungsi sebagai individu, dan juga ahli masyarakat.

Fungsi individu, untuk beribadah pada Allah setiap masa, setiap saat.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Az-Zariyat: 56]

Dan suka nak ingatkan, ibadah ialah setiap yang kita lakukan dengan niat semata-mata untuk mendapat redha Allah dan pahala dariNya. Mengikut Syariatullah. Selari dengan sunnah.

Setiap hela nafas yang kita hembus, setiap peluh yang menitis, setiap langkah yang diambil, boleh jadi ibadah, dengan hanya fikir dan mengakui Allah sedang melihat kita. Kita di bawah pengawasan si Dia yang Maha Melihat. Senang kan? Kita semua boleh buat~

Dan peranan kita sebagai ahli masyarakat tak lain tak bukan untuk mengajak kepada kebaikan, dan mencegah segala kemungkaran. Macam surah al-asr.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati (berpesan) kepada kebenaran dan berpesan pada kesabaran. [al-Asr: 1-3]

Tiga ayat. Ringkas. Ramai yang hafaz. Tapi tak semua menjiwai tiga ayat simple ni macam Imam as-Syafie, yang mengatakan jika surah lain dalam al-Quran tak diturunkan, nescaya cukuplah dengan surah al-asr ini sahaja untuk menjamin manusia hidup bahagia dunia dan akhirat :)

Satu soalan menarik dari seorang yang best: Macam mana nak terus berdakwah kalau separuh dari hidup kita dihabiskan kat tempat kerja / tempat belajar?

Satu jawapan best dari seorang yang menarik: Kerja sorang2 ke? Jumpa orang kan? Pergi solat di masjid jumpa masyarakat kan? Balik rumah jumpa keluarga kan? Itulah medan dakwah kamu. Tanggungjawab itu kamu pikul selagi hayat dikandung badan, dalam setiap langkah, dalam setiap helaan nafas.

“Everyday is your birthday, make muhasabah, and live differently.”

Jadikan setiap hari kita hari baru. Muhasabah diri di setiap penghujung hari. Setiap hari kita beribadah seperti kita baru dilahirkan. Fresh. Dengan “pakaian” baru, kita persembah Islam pada dunia. Dengan akhlak superb, kita tarik dunia pada Islam.

Macam satu kisah. Ada seorang lelaki mengejek azan Bilal bin Rabbah. Rasulullah yang tahu pergi cari dia. Tapi Rasulullah tak marah dia, malah diajarnya melaungkan azan dengan betul. Dan lelaki itu kemudian meminta untuk dijadikan muazzin di Mekah! SubhanAllah..

Pandang kanan, pandang kiri. Pusing belakang, pandang depan. Mari kita cuba cari titik persamaan, jangan hanya melihat pada kelainan. Apa yang sama, diraikan. Apa yang berbeza, dinasihati dengan penuh kasih sayang, berserta doa padaNya.

Wanita dicipta kaya dengan perasaan, perasaan yang harus dikawal supaya ditujukan pada tempat yang betul. Berkasih sayanglah dengan keluarga sepenuh jiwa, dengan sahabat-sahabat hanya kerana-Nya.

Dan lelaki dicipta penuh bertenaga, jangan membazir, salurkanlah semangat antum pada medan ini.

Untuk tujuan kita. Lillahi Taala.

Wallahualam.

Supaya lebih jelas

Hias dosa tu bagi nampak indah




Rasa malas & bertangguh-tangguh

Wednesday, May 11

helah syaitan

Bismillah

hidup ni perlukan strategi. betul tak?
sedangkan musuh menyusun strategi secara teliti untuk menumbangkan kita. apatah lagi kita kan?
maka untuk itu kita perlu tahu dan kenali musuh kita yang satu ini. yang dah janji pada Allah SWT untuk tumbangkan kita dan sama-sama dengan kita terjun dalam neraka.

huh. pasti kita tidak mahu bersama mereka kan.

meh sini, saya bg tahu apa antara rahsia strategi dan helah mereka nak tarik kita bersama mereka,



psst..mai duk rapat-rapat *pandang kiri kanan*

ini strategi mereka...

1. تزين  : ini cara mereka yang pertama. depa duk hias dosa tu bg nampak indah pada pandangan mata kita. hak yang huduh tu nampak cantik sungguh. hak yang tak sedap jadi nampak sedap berselera. tak caya cuba tengok air arak. yang bau busuk. buat sakit kepala. buat sakit badan hak tu yang dia tazyiin bagi cantik sedap  lazat berselera. anak-anak gadis tepi jalan yang bertoncet tinggi atas kepala dok conteng warna warni kat muka rata-rata. yang tu depa buat kita nampak lawa. yang laki pulak buat gaya landak atas kepala. lalat hinggap mati tertikam. tu boleh jadi kacak bergaya. mula lah manusia mendekat akhirnya berdosa.

2. تلبيس : cara kedua. depa duk kaburkan mata hati kita. jadi konfius boleh ke tak boleh. salah ke tak salah. maksiat tetap maksiat. tapi ntah mana datang hujjah dalam kepala kita. "eh, ni khilaf ulama'. ada ulama' kata boleh. ada ulama' kata tak. datang pulak syubhah kat situ. ada orang duk pi keluar berdua dengan anak dara orang. datang hujjah tak pa, ni darurat. duk hanta msj kat anak laki orang kejut bangun qiamullail bagi tambah iman. rumate katil sebelah tak kejut subuh pun.

3. تسويف : yang ni pulak, rasa nak bertangguh-tangguh. dah ada rasa perasaan nak buat baik tu tapi duk bertangguh. suatu hari lepas solat zohor Ahmad berazam, mulai esok, aku nak baca ma'thurat pagi petang. awat tak mula ja baca ma'thurat petang tu gak. nanti esok pagi terlepas subuh dah lari semanagt tangguh azam pulak untuk hari esoknya. tunda-tunda entah sampai bila.

4. تضعيف : yang ni, datang rasa malas. rasa beraaat sangat nak buat amal. nak bangun subuh terasa berat sungguh. terasa empuk betul tilam bantal. terasa nyaman dan damainya udara pagi. nikmat untuk terus tidur. kita akan rasa solat 2 rakaat lepas solat fardhu tu berat sungguh. "ala solat 2 rakaat tu sunat ja. tak pa aku ganti ngan istighfar ja:" astgfirullahx3 terus bangun pi sambung FB.

5. تيئيس : yang ni ramai orang pernah rasa jugak ni. rasa putus asa. terasa banyk dosa. terasa nak bertaubat. time tu jugak rasa diri hina sampai dah tak layak nak buat amal. "aku bukan tak mo jadi baik, tapi aku rasa aku tak layak dah nak taubat. aku rasa malu. malu kat semua. malu kat tuhan. aku nak tadah tangan doa pun aku rasa tak layak. rasa putus asa dari rahmat Allah. rasa penat nak jadi baik akhirnya kita biar diri kita mcm tu ja xberubah. dan kdang2 lebih teruk..

haaa.. ni lah dia antara strategi syaitan. agak-agak pernah kena yang mana? ke pernah kene semua?
dan.. teknik mana yang selalu anda tewas?

maka, ikhwah wa akhawaati fillah
semua kita tahu syaitan memang sentiasa nak menghasut kita ke neraka. maka, untuk itu, haruslah kita melawan segala helah-helah ini dengan cara yang dah diajarkan oleh Allah SWT pada kita. dengan doa-doa pendinding dari seperti dalam ma'thurat tu termasuklah bacaan 3 Qul dan juga doa-doa ringkas seperti,

"I seek refuge in Allah's perfect words from the evil of His creation"

"O Allah! I seek refuge in You from sorrow and sadness, and I seek refuge in You from unablness
and laziness, and I seek refuge in You from cawordliness and miserliness, and I seek refuge in
You from the harshness of debt and the overpower of men."

(tak jumpa pula nak copy paste yang arab punya)


mohon ditetapkan hati. tak mudah berbolak balik dan tidak mudah-mudah terpedaya dengan syaitan.
dekatkan diri pada Allah. Al-Quran jangan pernah lupa. sentiasa bersahabat dengan orang-orang soleh yang selalu bisa mengingatkan. carilah ilmu. dan jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya, yakinlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. jangan berputus asa. kejayaan milik kita sekiranya kita betul-betul berusaha. hanya dengan Iman dan keyakinan pada Allah kamu bisa terselamat. biiznillah. selamat berperang melawan helah-helah syaitan..



berlawan sehingglah wisel penamat ditiupkan. berdiri megah di puncak kemenangan melawan segala
helah-helah syaitan.

we are the winner dan mereka adalah..













Tuesday, May 10

isu dunia

Sambutan rakyat US meraikan kematian Osama memberi gambaran kepada kita bagaimana sambutan mereka terhadap kematian Al-Banna lebih 60 tahun lalu. Sama meriahnya. Dan perasaan itu telah pun diceritakan oleh Sayyid Qutb yang berada di US ketika itu.



US ternyata telah berjaya menyuntik Islamaphobia kepada masyarakat dunia, dan ianya telah mendarah daging bukan sahaja di Barat, malah dunia Islam turut tidak terkecuali.


Buktinya?

Kopi&Pasta dari dapur Cik Syuhada Roslan. Jazakillah Ukhti Al-Mahbubah.



me: sudah lama tidak membuat ulasan tentang isu-isu semasa. isu politik, isu dunia dan sebagainya. duduk bawah tempurung lagi ke? sila keluar dari kotak... great mind discuss ideas. tiny-mini.small minded discuss themselve. duk sibuk cakap pasal diri sendiri. revolusi di sana sini, ada orang duk bising boringnya waktu cuti. dah tak da kerja nak buat lagi? atau tak da kesedaran diri sebenarnya ni? oh, jangan tertinggal keratapi... dunia islam kan bangkit pasti. cuma..adakah kita menyumbang sekali? sila fikir berkali2..

Wednesday, May 4

Dari hati ini

Bismillah. Berkata tentang soal ini, bukan mudah. Malah mungkin susah sangat. Tapi aku mahu kamu tahu, kamu harus terus ke hadapan tanpa henti. Kerana raaaamai lagi yang tunggu kehadiran kamu. Mereka sedang mencari, mungkin belum berpeluang bertemu. Mereka macam aku yang dulu.


***********



Dulu, aku ingat aku cukup bahagia

Apa yang aku mahu, aku ada

Kasihku untuk keluarga

Kawan-kawan satu kepala

Sekolah 5 hari, 2 hari bersuka ria

Solat fardhu dan quran tak tinggal, ye lah kan budak sekolah agama~

Tapi tak best, selalu rasa cukup dengan amal. T____T


Dapat masuk universiti islam, Alhamdulillah!

Mula-mula rasa okay, orang kata ikut arus - just go with the flow.

Tapi pelik, kenapa biah tak macam kat sekolah? Mungkin sebab kurang kawalan.

Semuanya atas kita. Kalau ikut arus tak bertali, mungkin sesat.

Kalau dulu, halaqah mingguan wajib datang, kalau tak ustazah marah.

Solat mestilah lagi wajib, takkan nak duduk kat kelas masa orang kat masjid?

Tilawah berlumba-lumba, siapa khatam waktu Ramadhan dapat habuan.

Hafazan lagi lah scary kalau tak hafal, mesti malu dan markah terbang.

Tapi pelik, kenapa amalan aku semua sebab orang/hal lain?

Baru sedar, kenapa bukan sebab Dia?!

Kenapa aku rasa tak cukup kuat untuk ikut arus?

Sebelum terus sesat, aku tekad buat uturn.




Aku fikirkan semuanya kembali, menilai, dan mencari

Di saat pencarian diri, kamu hadir dengan hati

Hati kamu yang aku kagumi, di mana kamu selama ini?

Usrah pertama, kita bincang hubungan iman dan niat

Ahh terkena.

Usrah kedua dan seterusnya, kita bincang perkara baru

Seperti biasa aku tertembak baru tahu, dan kamu terus tak jemu

Kemudian kamu kata, ahli usrah kita ramai sebenarnya

Kamu ajak saya gi qiam, iftar, dan usrah gabungan

Terkejut, teruja, ramainya orang macam kamu!

Dan aku terus belajar, dan cuba serap ilmu ke dada.

Kamu kemudian usaha lagi, katakan pada aku ilmu tak cukup hanya di dada,

Sebarkan dan amalkan.

Dan kini amal bagiku tak pernah cukup.

Tapi aku tetap rasa sangat bahagia, kerana ada tiupan damai dalam setiap amal.

Dan Alhamdulillah, insyaAllah aku kini aku yang baru. Hasil binaan kamu yang dulu.



Aku doakan kamu ikhlas dalam setiap nafas dan langkah mencari redhaNya.

Moga kamu terus kekal atas jalan ini dan tak putus asa untuk terus melangkah.

Bila rasa hati cedera parah, ingatlah pada Allah yang maha merawat.

Bila rasa nak berhenti, ingat status Kak WF di fb:


Namanya manusia takkan lepas dari kelemahan. Jangan mengalah pada kelemahan sendiri. Hayati dan peduli titik paling melemahkan. Semoga kelemahan kita dijaga baik dengan mendampingi sahabat-sahabat yang baik lagi membaikkan. Kerana setip kita ada kelemahan, hidup ini terasa manis berjuang. Warna warni kehidupan ;)



Sekarang bangun & senyum okay? ^__^V

Sunday, May 1

...

cakap cakap cakap

tegur sana sini

marah situ sini

itu salah ini salah

kamu berdosa. aku mulia

nahnu duah walaisa qudaah. kamu penyeru bukan penghukum.

siapa kamu nak menghukum mereka? 

yang bercakap mula-mula tu la yang akan di uji dengan apa yang dicakapkan

Allah dah WARNING awal-awal dalam Al-Quran. 

kenapa kamu berkata akan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. sungguh besar kemurkaan Allah atas sesiapa yang berkata tentang sesuatu yang tidak ia kerjakan

kalau anak-anak pun. bila ibu kata jangan gaduh. jangan tinggi suara pada adik. tiba-tiba mak jerit kuat-kuat marah anak-anak semua. agak-agak apa yang si anak belajar?

.........

tin besar. cantik bersinar. gambar biskut diluar nampak sedap menyelerakan. bila ketuk..tong.tong.tong. laa kosong rupanya. sembang kencang. isi kosong.

faaqidu syai' la yuti. 
orang yang tiada apa tidak dapat memberi apa-apa
apa yang kamu nak beri kalau kamu sendiri tidak diisi

mengajak orang pada islam. pada da'wah. cakap bedegar-degar. kita mesti istiqamah. kita mesti qiamullail. kita mesti solat duha. kita mesti baca ma'thurat pagi petang. kita mesti itu mesti ini. cantik dah ajakan itu. moga Allah ganjari pahala pada seruan itu. tapiii balik rumah lepas subuh tidur. ma'thurat tinggal. solat lewat. qiamullail fail. duha hancur. kosong. tin kosong. dapat nama atas dunia. mati terhina. di akhirat. hijab terbuka. mana nak sorok muka. Tuhan pun murka. 

kamu fikir kamu insan mulia terpilih? hakikatnya, kamu telah Allah pilih untuk ditutup keiabannya atas dunia. no excuse my dear.

......

tabiat manusia. bila Allah uji, pertama yang akan dicari siapa? mak ayah. adik beradik. kawan-kawan. berapa ramai yang setiap kali teruji. sebelum jumpa siapa-siapa terus-terus je bercerita mengadu pada Allah. 

Ya Allah. Ya Allah. aku teruji. aku lemah. aku lalai. aku leka. aku hina. jangan kau biar aku memandu hidup tanpa  petunjuk pimpinan mu ya Allah. jangan kau biarkan aku sendiri dari pimpinan mu. walau sesaat.

siapa yang cipta kamu. Allah.
siapa yang menghidupkan kamu. Allah
siapa yang memberi nikmat. Allah
siapa yang memberi ujian. Allah
siapa yang memberi sakit. Allah

dah tu, pada siapa  yang selayaknya kamu mengadu dan pohon pertolongan?

hanyalah kepada kamu kami menyembah dan pada mu juga kami mohon pertolongan (1:4)

baca ulang hari-hari. sebut-sebut pada bibir. bukti iman pada amal. tiada amal ertinya? iman.. erm. jawab sendiri.

.......

pak cik AT kata,

buat apa kamu duduk dalam kelompok ini. mati nanti Allah persoalkan kamu individually. kubur lain-lain.

kata pak cik AT kemudiannya,

kerana pertanggungjawaban atas individu itu tak dapat disempurnakan kalau kamu duduk sorang-sorang. ada hak orang lain yang menjadi pertanggungjawaban kamu. kelompok ini bertujuan memudahkan kamu nak jawab depan Allah nanti. memudahkan orang lain nak jawab dan memudahkan kita juga. kelompok ini bertujuan untuk kita memberi sebanyaknya. sebanyak-banyaknya. insyaAllah kita akan terima sebanyaknya juga. kalaupun bukan didunia nikmatnya, namun kamu sudah ada jawapan saat bertemu dengan-Nya.

..........

beli baju cantik. balik rumah, rasa tak best. rasa tak kene. esok, rasa tak cukup baju. nak beli lagi. beli lagi, bende sama berlaku. rasa tak cukup. nak lagi.

dapat gaji. beli tu. beli ni. tengah bulan. habis duit. rasa tak cukup. rasa tak puas. kerja lagi dan lagi. dapat lagi rezeki. beli itu ini. rasa tak kene. rasa tak puas. kerja dan kerja lagi

duduk di rumah. rasa masa berlalu pantas. banyak kerja tak siap. rasa kelam kabut. serba tak kena. stress. pegi berhibur. tapi tak release pun stress. rasa tak best. kenapa?

sebab tak berkat. 
hidup, kalau berkat, 
sikit pun mencukupi. 
murah memadai. 
tenang dalam hati.
walaupun kerja berlambak lagi. 

apa yang dicari dalam hidup ni kalau bukan tenang yang abadi??

barakah dalam redhanya. 
hanya dengan kembali pada yang esa 
kamu bisa bahagia atas dunia.
sebab semuanya memang Dia yang punya.


Berpujangga. Berpuitis. Berpuisi.
Gelap.
Sia-sia.
Tiada makna.
Jika amal tidak di iringi bersama.

Tertembak !

Bukan mahu menjadi pujangga.
Hanya ingin menjadi hambaNya.
Maka bicara puitis itu tidak bermakna,
kalau tidak menghubungkan diri kepada Yang Esa.
Dan aku melihat ramai yang menjadi pujangga,
…tetapi amal kehidupan sendiri jauh daripadaNya.
ya Allah…

-Hilal Asyraf