Tuesday, May 17

Untuk Tujuan Kita



Assalamualaikum.

Ada orang tertekan dengan hidup yang menekan dan memaksa.

Hidup yang selalu menuntut hak dan masa untuk dipenuhi.

Apa tujuan hidup?

Main. Belajar. Kerja. Kahwin. Dapat anak. Besarkan anak. Kumpul harta. Jaga harta. Belanjakan harta. Meniti usia sampai tua. Sampai kemudian jadi tanah semula. Cukup? Tak.

Walau dunia diciptakan untuk kita, tapi kita bukan diciptakan untuk dunia. Dunia yang tiada rehat dan penuh kelelahan. Mustahil hidup kita hanya di sini.

Mungkin sedikit terlambat, tapi berbesar hati nak kongsi.

Purpose of Life by Sh. Yawar Baig, 1930 @ Masjid UIA.

***********

Ada orang hidup seperti sedang mencabar Allah.

Lihat siapa yang lagi power, rasa diri hebat sedang ilmu sangat cetek, sangat sikit.

Padahal apa yang kita tahu dibanding dengan ilmu Allah, ibarat tangan yang dicelup dalam laut, yang melekat di jari tu ilmu kita.

Jari tau, bukan tangan. [Sikitnyeee..]

Jadi kenapa sombong rasa paling mulia? Kenapa berlagak macam tahu semua? Kenapaaaa?

“Everything is created with purposes,

when it has stopped functioning,

it become garbage or trash.”

Semua makhluk di bumi ini dicipta dengan pelbagai tujuan. Cuba bayangkan 1 perkakas yang dicipta untuk mengisi air, senang cerita botol air plastik. Bila ia pecah, ia hilang tujuan, gagal untuk berfungsi untuk diisi air. Last-last masuk tong sampah.

Masa sekolah rendah, pernah buat karangan autobiografi tak? Yang macam ni. Mesti selalunya perenggan penutup “akhirnya aku tak boleh digunakan lagi…” Sebab hilang fungsi. Bila hilang fungsi, jadi sampah. Paling hebat pun, akan dikitar semula. Tapi jadi 1 alat yang lain, dengan fungsi yang lain.

Ramai yang tahu tujuan hidup kita terbahagi dua. Fungsi sebagai individu, dan juga ahli masyarakat.

Fungsi individu, untuk beribadah pada Allah setiap masa, setiap saat.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Az-Zariyat: 56]

Dan suka nak ingatkan, ibadah ialah setiap yang kita lakukan dengan niat semata-mata untuk mendapat redha Allah dan pahala dariNya. Mengikut Syariatullah. Selari dengan sunnah.

Setiap hela nafas yang kita hembus, setiap peluh yang menitis, setiap langkah yang diambil, boleh jadi ibadah, dengan hanya fikir dan mengakui Allah sedang melihat kita. Kita di bawah pengawasan si Dia yang Maha Melihat. Senang kan? Kita semua boleh buat~

Dan peranan kita sebagai ahli masyarakat tak lain tak bukan untuk mengajak kepada kebaikan, dan mencegah segala kemungkaran. Macam surah al-asr.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati (berpesan) kepada kebenaran dan berpesan pada kesabaran. [al-Asr: 1-3]

Tiga ayat. Ringkas. Ramai yang hafaz. Tapi tak semua menjiwai tiga ayat simple ni macam Imam as-Syafie, yang mengatakan jika surah lain dalam al-Quran tak diturunkan, nescaya cukuplah dengan surah al-asr ini sahaja untuk menjamin manusia hidup bahagia dunia dan akhirat :)

Satu soalan menarik dari seorang yang best: Macam mana nak terus berdakwah kalau separuh dari hidup kita dihabiskan kat tempat kerja / tempat belajar?

Satu jawapan best dari seorang yang menarik: Kerja sorang2 ke? Jumpa orang kan? Pergi solat di masjid jumpa masyarakat kan? Balik rumah jumpa keluarga kan? Itulah medan dakwah kamu. Tanggungjawab itu kamu pikul selagi hayat dikandung badan, dalam setiap langkah, dalam setiap helaan nafas.

“Everyday is your birthday, make muhasabah, and live differently.”

Jadikan setiap hari kita hari baru. Muhasabah diri di setiap penghujung hari. Setiap hari kita beribadah seperti kita baru dilahirkan. Fresh. Dengan “pakaian” baru, kita persembah Islam pada dunia. Dengan akhlak superb, kita tarik dunia pada Islam.

Macam satu kisah. Ada seorang lelaki mengejek azan Bilal bin Rabbah. Rasulullah yang tahu pergi cari dia. Tapi Rasulullah tak marah dia, malah diajarnya melaungkan azan dengan betul. Dan lelaki itu kemudian meminta untuk dijadikan muazzin di Mekah! SubhanAllah..

Pandang kanan, pandang kiri. Pusing belakang, pandang depan. Mari kita cuba cari titik persamaan, jangan hanya melihat pada kelainan. Apa yang sama, diraikan. Apa yang berbeza, dinasihati dengan penuh kasih sayang, berserta doa padaNya.

Wanita dicipta kaya dengan perasaan, perasaan yang harus dikawal supaya ditujukan pada tempat yang betul. Berkasih sayanglah dengan keluarga sepenuh jiwa, dengan sahabat-sahabat hanya kerana-Nya.

Dan lelaki dicipta penuh bertenaga, jangan membazir, salurkanlah semangat antum pada medan ini.

Untuk tujuan kita. Lillahi Taala.

Wallahualam.

No comments: