Thursday, October 20

graduasi. kemudian?

menyelit dicelah-celah kesibukkan.  biiznillah :)

suatu hari, terserempak dengan kenalan ditahun satu dulu yang sudah lamaaa tak ditemui..

dia bakal bertanggungjwab menegakkan keadilan. kami sudah di tahun akhir. bakal graduasi.

aku kenal sikapnya.

ke kelab malam

merempit

sugar daddy

merokok.

tapi aku tahu. disebalik semua itu, dia punyai hati yang baik.

dan dia bakal menamatkan pengajian bersama-sama aku. dan kemana halatuju kami dengan lulusan kami ini nanti. dengan nama universiti islam yang kami bawa.

ada tanggungjawab disitu. bukan untuk aku katakan aku lebih baik. mungkin dengan lulusan yang bakal aku raih ini aku tak mampu mengubah dunia jadi lebih baik. tapi sekurang-kurangnya aku tak mahu merosak dunia jadi lebih dahsyat atau aku biarkan kerosakkan berterusan.

Ya Rabb, pimpinlah kami!!








No comments: