Thursday, March 22

manjaga hati dengan menjauihi manusia??

Alhamdulillah
dengan nikmat pelbagai urusan dan kewajipan. masa terisi dengan pelabagai kewajipan, agar masa tidak kekosongan, dipenuhi kemaksiatan.

kata lecturer history

"idle brain is a devil workshop"

post kali ini mungkin lebih kepada ingin melontarkan satu isu yang bermain-main dikepala dan persekitaran kehidupan sejak 2 hingga 3 minggu ini. dan sehingga hari ini masih lagi belum bertemu dengan solusi yang pasti. haruskah begitu atau begini.

dalam Islam, ada hukum atau tata cara yang telah dihuraikan atau diletakkan secara specifik untuk dilaksana sperti solat ada berapa waktu, berapa rakaat, cara perlaksanaan etc ect ect

namun ada juga yang diletakkan secara general sahaja. contohnya tentang menutup aurat.

konsep umum yang mudah diberikan
1. tidak menampakkan bentuk tubuh
2. tidak jarang ataupun ketat
3. tidak menarik perhatian umum (tabarruj)
4. menutupi dada dll

ok. maka pakailah apa sahaja dengan syarat syarat2 diatas dipenuhi. ada juga yang menginterpretasi tentang hubungan aurat dengan sesuatu yang lebih baatini. konsep ibadah  dalam menutup aurat. bagaimana aurat yang terjaga kan menjaga hati mnausia. manambah rasa ubudiah dll.

itu satu perkara. yang insyaAllah pada saya, tidak sukar untuk kita fahami dan praktiskan.

satu lagi konsep yang menjadi kecelaruan pada waktu ini adalah tentang muamalah. kalau dikira post kali | ini entah sudah berapa post yang telah saya tuliskan tentang muamalah. dan boleh lihat pola kesyadidan dalam muamalah kian jadi berbeza-beza. Allahu akbar! subjektifkah? aku dan kisah pemalu usia junun dll

saya terfikir, adakah hukum muamalah ini berbeza-beza mengikut susana setempat? berbeza mngikut zaman? dan berbeza mangikut individu?

hadir seorang adik, manolak untuk sebarang percampuran atau kerjasama dengan mana-mana lelaki kerana padanya ingn menjaga hati. katanya ia boleh manggangu khusyu'nya dalam solat.

tampil seorang lagi adik menyatakan bahawa dia tiada rasa langsung/tidak memberi kesan padanya berkerjasama dengan lelaki atau tidak. tenang sahaja. tiada masaalah.

kedua-duanya merisaukan. dan tidak tahu harus diberikan solusi yang bagaimana kepada mereka saat mereka bertanya tentang batas-batas pergaulan.

dan adakah muamalah kita dengan individu berbeza, menuntut tahap penjagaan dan kesyadidian berbeza-beza?

cair di sana. pekat disini?
pekat dalam realiti. cair dalam FB?
tegas dengan A. lebih lembut dengan B?
begitu atau begini?


dan setakat ini,

pilihlah utuk menggauli manusia.bukan memencilkan diri dari manusia. kata adik beradik bulatan gambira, kita buat islah hati. jasad bergaul dengan masyarakat umum dalam masa yang sama menjaga hati. saya rasa muamalah bukanlah sesuatu yang rigid. orang beriman harus bijak menyusun strategi dalam menghadapi pelabagai situasi kehiudpan. kalau daie memencilkan diri, diapa yang akan mendekati manusia. kita jadi seperti ikan yang tak masin walau berendam dalam lautan garam. saya sendiri mengalami masaalah dalam muamalah. namun memencilkan diri bukan solusi. terlalu terbuka juga bukan solusi. ambil jalan wasotiy. jalan pertengahan. kalau tidak perlu maka tinggalkan. bila ada urusan laksanakan selesaikan dengan penuh adab menjaga akhlak dan kehormatan. berada dalam situasi tak terkawal maka kita sendiri ambil langkah berhati-hati menjaga diri. seperti dalam post-post yang sebelum ini. malu menjadi kayu pengukur. iman jadi benteng agar tak futur tersungkur.

Allah.Allah
peliharakan iman kami.
jauhkan kami dari fitnah.
agar kami selalu amanah
menjaga adab dalam muamalah
manjaga akhlak dalam pelbagai biah

kan?

care to share? comment please. ada pengalaman atau solusi menarik?

wallahu a'lam




2 comments:

sue_ana said...

tentang muamalah, 1 isu menarik. aritu sy ada terbaca komen seorg ni tentang muamalah, dia ckp kalau chat lelaki n perempuan tu ok, sbb xbertemu mata, mcm ada y xkenakan. Pd sy mmg xbertemu mata tp isi perbualan tu kadang2 blh jd lain cerita. Isu muamalat ni jd makin rumit bila ada teknologi, mcm2 pulak org guna utk blhkan apa y rasa xblh di dunia realiti. Y pntg sikap malu tu sbnarnya, malu yang bertempat bukan terlmpau smpai org ckp muslimah lembik. Thanks asma' for this sharing :) ambil jalan wasotiy tu y terbaik.

~amatullah~ said...

td bincang2. and come out with a ... tak tau nak kata apa. haha

yang betul dimata kita
belum tenteu betul disisi agama
mungkin tak rasa salah atau berdosa
kerana hati gelap terpalit noda

mintalah fatwa hati.
dan pastinya fatwa hati yang bercahaya.

kan?

fun playing with words and rhythm