Friday, June 15

future

saya tak tahu, ianya hanya saya atau ramai orang memikirkannya. saat graduasi hampir pasti.



hala tuju selepas ini.

kalau sebelum ini, segalanya telah tersusun cantik. tadika ke sokolah rendah ke sekolah menengah ke universiti. kemudian?

kebiasaanya, orang akan mula mencari kerja.

tapi, saya terhenti seketika. terfikir-fikir...

kenapa harus bekerja? kalau bekerja kenapa perlu makan gaji? kenapa perlu bekerja 8 pagi hingga 5 petang.  apa yang dikejar manusia?

semakin banyak persoalan bermain di fikiran. habis semua teori-teori tujuan diciptakan diselongkar semula. bukan selama ini tak jelas dengan tujuan penciptaan tetapi semua teori-teori itu seolah-olah ingin difahami kembali untuk fasa hidup saat ini.

hambik. terlalu berfalsafahkah aku? i dont think so.

saya suka perasaan yang sekarang. perasaan tercari cari. hingga aku temui jalan yang bakal aku pilih nanti. moga saat itu, aku benar-benar pasti dengan apa yang dilakukan. benar-benar faham dan jelas halatuju, arah matlamat dan perancangan kehidupan.



dream big. Allahul musta'an

the power of...

sedaaaap.. alhamdulillah!!
"ko ni budak amerika eh tak pandai kopek durian -_-!"


tamat mukhayyam.
tengahari. panas terik. walau berteduh dibawah atap.
atap zink membekal haba panas lemas.

semua peserta sudah dihantar pulang. tinggal kami berlima menanti kenderaan sampai.

huh, ayuh ke sungai.
melangkah 3 serangkai menuju ke tujuan.
dalam perjalanan. kami berkongsi mimpi

A: "bayangakan.. pak cik tiba2 muncul..
beri kita air sejuk.. hilang dahaga. ish bestnya"

B: "kemudian pak cik beri durian
sambil santai-santai ditepi sungai. best2."

C: "peh. mimpi besar"

A: "Apa salahnya mimpi besar. law of attraction. bayangkan. mana tahu, Allah izin. merasa kita air sejuk dengan durian"

3 serangkai terus melangkah. mimpi tadi tetap tak goyah.

tiba di sungai. damai. B mencuba nasib. katanya nampak tong air di kantin.

5 minit kemudian.

muncul semula dengan wajah berseri dengan dua cawan dikanan dan kiri. air sejuk berais. katanya, makcik tiba2 muncul. memecahkan ais dari peti untuk kami :)

10 minit kemudian, kenderaan untuk kami pulang tiba. tiga serangkai membuka langkah.

tiba-tiba,

"haah kamuu..mari sini...!"

gelabah

"nah, korang tinggal brapa orang ni? mana yang lain?"

"tinggal ber 6"

"korang tengok situ. ada durian. makanlah.."

(^_____^)

the power of dream. trust and believe. dan dengan izinNya.

mimpi bisa jadi realiti.

dan kita tak tahu, mimpi mana yang Dia kabulkan.

dream big.

dia maha mengatahui maha mendengar setiap lintasan isi hati juga impian dan harapan..

Allahul musta'an..