Monday, January 31

bukan lagi single :)

Assalamualaikum



dengan penuh rasa syukur
ingin saya umumkan bahawa penulis di taman TITIKTOLAK ini
bukan lagi cik rumput hijau seorang. 

dengan besar hati saya perkenalkan sahabat saya
cik tasik biru 
yang bakal bersama-sama cik rumput hijau 
melakar kisah
mencoret pengalaman
berkongsi ilmu
menyebar manfaat
pada pembaca TITIKTOLAK

moga kehadiran cik tasik
menambah seri
mencipta damai baru 
di taman TITIKTOLAK

moga ada manfaatnya.

siapa berminat nak menambah seri di taman kami. 
marilah. hubungi kami di email rasmi kami

e_man2u@yahoo.com

mana tahu lepas ni, akan hadir pula si langit tinggi atau si gunung gagah menyeri taman kami.

wallahu a'lam
(^___^)

Red Alert Mesir



p/s: ramai lagi mahasiswa yang tak alert pun dgn apa yang sedang berlaku. selagi tak memberi kesan langsung direct pd diri kah?

Wednesday, January 19

kau yang diatas bumi!

      pernahkah kamu lakarkan graf perjalanan hidup kamu? bagaimana hasilnya? mendatar? menaik? atau menjunam? rata-rata pemuda sekarang bila ditanyakan tentang aktiviti harian, pastinya akan mengulang perkara sama setiap hari. bagun subuh jam 7.30 pagi be'ribut' ke kelas. tidur di tengahari. bermain hingga ke senja. makan. rehat dan ulang lagi hal yang sama dihari seterusnya. atau mungkin juga paginya bermula baik disusun waktu belajarnya, masa untuk ulangkajinya, untuk rehat dan berhibur. namun, semua kitaran ini berkisar tentang aku dan kehidupan aku sebagai aku. langsung tidak ambil kisah apa berlaku pada dunia kelilingnya. selagi aku bisa makan, bisa rehat tenang damai itu sudah cukup. anda pula bagaimana? bagaimana kitar hidup anada? bagaimana tahap kepedulian anda terhadap isu-isu dunia dikeliling anda.

bagaimana agaknya keadaan ekonomi negara kita? stabilkah? sedang dalam defisitkah? atau bagaimana? kadar pengangguran tinggi atau rendah?

 ah! biarkan. itu kerja ahli ekonomi

bagaimana agaknya situasi perundangan di negara kita? adilkah? atau penuh korupsi?

ah! biarkanlah. itu kerja peguam undang2. aku tak minat ambil kisah. aku jarang deal dengan hal-hal ini

bagaimana agaknya keadaan moral masyarakat kita? sihatkah? isu pembuangan anak? gejala sosial? pergaulan bebas?

ah! biasrkanlah. aku pelajar lagi. sibuk stadi. isi-isu ni biarlah JKM urus. tak pun, jabatan agama buat apa? pergilah cegah maksiat. polis ada tangkap je lah samseng-samseng tu. pusat pemulihan banyak masuk la situ. buat apa aku fikir pulak

ok. fine! bagaimana pula pelajaran anda? brapa CGPA anda? layak dapat JPA? atau layak untuk pelepasan dari hutang PTPTN?

eh?!?@ hehe aku tak la pandai sangat. aku belajar takat cukup lepas je. aku tak minat bidang ni pun. aku tak tahu lagi nak keje ape lepas ini.

lihat?lihat kembali pada diri anda. apa yang telah anda lakukan atas bumi ini selain memenuhi keperluan asas/minima untuk hidup. makan, tidur. berhibur. belajar untuk kerja. berkerja untuk makan. makan untuk hidup. kemudian mati. itu sahajakah?

kalau saya katakan pada anda..anda boleh mengubah dunia. apa kata anda?

dunia. hehe ntah. macam ultraman menyelamatkan manusia dari serangan raksaksa? atau macam kartun avatar yang mengembara tu ke? haha mcm kelaka je..

tidak.
mcm salahuddin al-ayubi yang membuka baitul muqaddis
mcm al-fateh yang membuka kostantinopel
mcm tariq bin ziyad dan ramai lagi

woo..itu hebat sangat. aku ni kecik je. sapelah aku atas muka bumi ini

siapa kau?

aku? aaa

apa beza antara kau dengan manusia lain? manusia hebat di sekeliliing kau. atau manusia hebat dalam sejarah dunia kau? manusia Allah ciptakan semuanya sama. mereka punya tangan kaki mata hidung dan mulut. sama macam kau. mereka Allah kurniakan akal hati ruh sama macam kau. Agama mereka adalah Islam. sama macam kau. panduan mereka Al-Quran dan Sunnah Nabi sama juga untuk kau. beza antara kau dan mereka adalah pilihan. mereka memilih untuk meletakkan dunia ditangan mereka bukan dalam hati mereka. mereka membangun jiwa-jiwa mereka dan jiwa-jiwa orang disekeliling mereka. mereka membina komuniti muslim yang kuat beriltizam dengan islam dan mereka memperkukuh islam atas muka bumi. mereka menuntut ilmu dan menjadi tunggak-tunggak utama membangun memakmurkan muka bumi.

anadai mereka penuntut ilmu, mereka penuntut yang cemerlang. menguasai dan memahami ilmu mereka dan mereka aplikasikan ilmu itu untuk membangun islam. tekun dan serius dalam pembelajaran. mengumpul ilmu sebanyaknya bukan sekadarnya.

andai mereka adalah penguasa, mereka menjalankan tugas mereka dengan amanah, adil dan berpegang teguh pada perinsip. tidak mudah goyah digoda dengan harta dunia

andai mereka adalah panglima tentera, mereka menyusun atur tentera mereka sebaik mungkin. mereka berjihad bukan untuk harta, bukan untuk  nama atau sekadar suka-suka mereka berjuang untuk Allah. hanya kemenangan atau syahid cita-cita mereka. sepeti kisah tariq bin ziyad. sampai sahaja ke bumi perjuangan, dibakarnya kapal yang melayarkan mereka dan dikatakan pada tenteranya

"di belakang kita adalah laut dan dihadapan kita musuh. tiada jalan untuk berpatah balik. pilihan hanya dua kemenangan atau syahid yang kita kecapi!"

wooo..semanagt. aku rasa semangat. tapi nak mula dari mana?

bermula dengan diri sendiri. jom sama-sama mulai hari ini kita tanam kepekaan dalam diri. terhadap setiap tindak tanduk kita. setiap amal harian kita. setiap kata-kata kita hatta lintasan hati kita. kita bina kekuatan jiwa. 
kekuatan jiwa?
 
ya! kekuatan jiwa. taqarrub kita pada Allah. apa guna mimpi hebat sedangkan yang maha hebat kita abaikan.  hanya kekuatan jiwa yang mampu melonjak kita untuk bertahan dengan cabaran dunia. mampu bertahan sampai hujung nyawa.

apa maksud kau? contoh kekuatan jiwa? cube bagi aku contoh mudah yang senang aku paham

contoh? ini kisah benar. aku tanya kau dulu ye. katelah kau blaja akaun. kene buat praktikal dan dapat boss yang giler bengis. suatu hari kau kene buat akaun rekod expenditure dalam kapal terbang dan kau kene rekod transaction arak. kau tahu ini haram. kau memang takut dengan boss tu. kau tanye senior tempat kerja diorang kate "ala buat je lah. orang lain tak tahu". apa kau akan buat.

aku takkan buat! aku akan cube cakap kat bos tu yang kerja tu haram. biarlah dia nak buat apa pun nak pecat ke nak ape ke. yang penting aku yakin Allah nampak aku dan aku takkan buat kerja haram tu. aku akan try explain cara baik kat dia. this is my freedom of choice! dah lah haram..suke2 je nak suh orang buat

haaa..tu dia jiwa pemuda kita! ini yang kita nak! berani menegakkan kebenaran dan yang paling penting kau tahu yang utama dalam hidup kita adalah Allah. mungkin orang nampak simple je benda ni tapi inilah dia penyakit yang mula merosakkan masyarakat kita. takut nak bersuara. tunduk pada kemungkaran. lama-lama rezeki jadi tak halal. hidup tak berkat anak-anak dan keluarga mula kacau bilau. riba' berleluasa. ekonomi dikuasai orang kafir dan banyak lagi kerosakan akan terus berlaku.

to be continued..


Thursday, January 13

simple yet meaningful

assalamualaikum

pernah dengar hadis khairu julasaaikum? ni kalau tanya pada yang hadir iftar 2 minggu lepas insyaAllah dah hafal. boleh tasmi' bila-bila. :)

"sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang mengingatkan kita pada Allah saat melihat wajahnya,
dan menambah amal kita saat mendengar kata-katanya
dan amalnya mengingatkan kita tentang akhirat"

wah! memang sahabat idaman. kamu ada sahabt begini?
atau,
sudahkah kamu menjadi sahabat yang begini?

simple yet meaningful
let me share with you a simple story

"mek, jom makan aiskrim kat nelson lepas kelas esok"
"yay! jom.. nak release stress nih"

dan malam itu
"weh, esok iftar la kene puasa"
"alaa..."
"abes tu tak mo puasa"
"mana boleh. dah 3 kali iftar 3 kali buat muka tak malu datang tapi tak puasa"

lewat malam itu
"aku dah syura dah dengan hati nafsu dan iman aku. kami pakat esok puasa"
"haha sengal. aku pun lah. ni kemaruk syura sana sini lah ni"

awal pagi
"aku rasa mcm nak ubah keputusan syura"
"syura apa pulak ni. jgn buat hal"
"alah, syura aku la. iman hati akal aku"
"wei.. jom. aku pun"

lewat pagi
"aku tak jadi la nak ubah syura, iman aku dah naik la"
"wei aku mcm mana? ko buat apa sampai iman naik?"
"haha aku g solat duha.."
tengahari
"wei..aku lapa"
"ko jangan la.. kat mana ni"
"kelas, baru abes"
"nak kemana?"
"huu..nak g surau tambah iman"
"woi, kau g masjid lagi bnayk iman kau bertambah"
"tak mo lah jauh. lagipun nnt jumpa kau ntah mcm mana iman aku hehe"
"cet hampeh!"

perbualan tamat. .. puasa sunat terus disempurnakan dua sahabat itu

moral of the story?
saling ingat mengingat
berpesan berkongsi semangat
pelbagai cara untuk menguat
gaya sayang saling menghormat

"wei..kau tahu tak mamat tu..minah ni..."
"ui.. klu tak jadi penglipur lagho boleh tak :)?"

islam itu mudah
jangan dipersusah
lebih manis lebih indah
penuh kasih penuh ukhuwah
gunakan cara paling berhikmah
jangan benci dan jangan marah

alhamdulillah.
moga impian kita terlaksana
berkumpul reunion
berpicnic di syurga
fi amanillah sahabat





Monday, January 10

kisah pendaki

pendaki bersemangat tinggi
terus mendaki
tak henti-henti
tak pandang kanan kiri
ghairah sekali
hingga satu tahap
mula tercungap-cungap
mata jadi kelabu asap
terduduk terdiam
mula pandang kebelakang
melihat kesan sejarah pendakian
baru pendaki sedar
hampir saja tersasar jalan
baru pendaki perasan
sumber tenaga hampir kehabisan
baru pendaki terfikir kembali teringat
apa tujuan berpeluh keringat
apa nilai usaha dan niat
sebuah pendakian
apa yang dikejar
apa yang diharap
apa yang dapat
dimana harus bertaut berharap

kembali beringat.

syukur.
saat ditegur
denga rasa tercungap
agar kembali melihat
hakikat
erti sebuah pendakian

selamat mendaki sahabat. terus mendaki
mendaki tinggi
tetap merendah diri
kenal diri sendiri
bertaut pada yang Maha Tinggi
puncak pendakian abadi
moga Allah berkati


tarbiah benar-benar mengajar..

Subahanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar!