Monday, January 10

kisah pendaki

pendaki bersemangat tinggi
terus mendaki
tak henti-henti
tak pandang kanan kiri
ghairah sekali
hingga satu tahap
mula tercungap-cungap
mata jadi kelabu asap
terduduk terdiam
mula pandang kebelakang
melihat kesan sejarah pendakian
baru pendaki sedar
hampir saja tersasar jalan
baru pendaki perasan
sumber tenaga hampir kehabisan
baru pendaki terfikir kembali teringat
apa tujuan berpeluh keringat
apa nilai usaha dan niat
sebuah pendakian
apa yang dikejar
apa yang diharap
apa yang dapat
dimana harus bertaut berharap

kembali beringat.

syukur.
saat ditegur
denga rasa tercungap
agar kembali melihat
hakikat
erti sebuah pendakian

selamat mendaki sahabat. terus mendaki
mendaki tinggi
tetap merendah diri
kenal diri sendiri
bertaut pada yang Maha Tinggi
puncak pendakian abadi
moga Allah berkati


tarbiah benar-benar mengajar..

Subahanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar!

3 comments:

Afra' Azam said...

Dan, saya.
Terus menerus menoleh.
Pandang bawah tanah.
Pandang atas awan.
Pandang kanan hati.
Pandang kiri ilusi.

Masih tak da rasa belajar.
Sila doakan saya.

--

Kat ayat awak ada silap eja.
Baris 13 dari bawah.

Danial Izzat Zulbahari said...

pendakian tak pernah tamat hingga akhir nafas...

~amatullah~ said...

@k.afra
masih tak ada rasa belajar?
masih ada waktu. mari cari spirit yang hilang

@danial
insyaAllah. moga semua tabah sampai ke helaan nafas terakhir