Pertamanya, maaflah. Post kali ini mungkin akan berlaku
sedikit keganasan dan agak beremosi.
Aku tujukan khas buat AKU dan mungkin
kamu.
Aku paling benci bila ada orang buat dosa, tak kira sekecil
apa atau sebesar apa pun, kemudian dengan senang hati beralasan atau mungkin
manusia lain memberi nasihat dengan sempoi rileksnya
“ala..manusia biasa. Biasalah
buat silap”.
Lagi-lagi bila alasan ini
digunakan sesuka-suki secara meluas tanpa sedikit pun rasa kesal bersalah
terhadap kesalahan yang telah dilakukan.
Hei! Alasan tu tak menghapuskan dosa
laa!
Hakikatnya, yup manusia lupa. Manusia buat silap. Aku
manusia dan aku buat silap.
Letakla manusia sehebat mana. Setinggi mana jawatan yang
dipegang. Amir? Amirah? Ustaz? Mufti? Lulusan tanah arab? Lulusan tanah melayu?
Lulusan universiti islam? Menyertai bulatan gembira mingguan? Join conference
riang bulanan? Atau siapa sahajalah.
TIDAK MAKSUM.
Malah mungkin lagi banyak dosanya! Sebab apa? Mungkin sebab
tidak amanah dengan kepercayaan yang diberi. Mungkin kerana tidak sempurna
dalam melakukan amanahnya? Mungkin saja riak terover? Mungkin saja sudah hilang
ikhlasnya. Mungkin saja bermuka-muka. Kerana banyak mata manusia yang
memerhatikannya.
Sungguh, Manusia itu sangat zalim dan bodoh! – Al-Ahzab : 72
Dan aku kata, bengap!
Berapa banyak ilmu yang telah Dia berikan
Berapa banyak nikmat telah Dia kurniakan
Betapa banyak kasih sayang yang telah Dia tunjukkan
Berapa banyak tanda petunjuk telah Dia zahirkan
Betapa banyak amaran telah Dia keluarkan
Namun,
Berapa banyak dosa dan kesilapan yang masih istiqamah
aku dan mungkin kamu lakukan?
Mohon izin untuk aku katakan, bengap!
Maka, setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan
dan dilalalikannya. Wahai manusia! Apa apa yang telah memperdayakan kamu untuk
berbuat durhaka terhadap tuhanmu yang Maha Pengasih – Al-Infitaar : 5-6
Huuuuuuh..*bunyi mengeluh*
Sungguh manusia diciptakan dengan sikap suka mengeluh. Bila
ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Bila mendapat nikmat dia jadi kikir – Al-Maarij
: 19-21
Ouch!
Apa dapat dengan mengeluh. Apa pun takkan berubah kalau kita
tak bertindak. Takkan berubah.
Baca buku banyak-banyak sampai cermin mata jadi tebal.
Konferen sana-sini sampai botak
Sampai jadi
makhluk-kepala-besar
Jadi mesin bercakap. Mesin beri nasihat.
Tapi hati legap
Bila ramai-ramai, malaikat.
Bila sendirian, maksiat
Sebab tu aku kata, bengap!
Dan cukuplah. Cukup-cukup lah bercakap banyak-banyak. Mari
bertindak.
Hentikan memanjakan diri sendiri
Hentikan mengikut nafsu sesuka hati
Hentikan menipu diri sendiri
Cukuplah! Dan cukup-cukuplah. Allah tahu kamu luar dan
dalam. Apa yang kamu tunjukkan dan apa yang kamu sembunyikan. Dan dia berkuasa
membuka segala yang kamu sembunyikan, anytime!!
Arab kata, bainal kaaf wan nuuun. Kun fayakun!
Sungguh manusia itu melampaui batas, apabila merasakan
dirinya serba cukup – Al-Alaq: 6-7
Jalannya sudah ditunjukkan. Terang lagi bersuluh dengan
spotlight
syukurlah kerana sudah dan masih diberi ilmu
Syukurlah kerana sudah dan masih diberi nikmat
Syukurlah kerana sudah dan masih diberi kasih sayang
Syukurlah kerana terlalu banyak petunjuk telah dan masih dia
berikan
Syukurlah kerana begitu banyak amaran dan peringatan telah
dan masih disampaikan
Ketika bersama sahabat-sahabat satu iman sama tujuan
Dalam bulatan gembira
Dalah konferen riang
Dalam usrah mahabbah. Sebab ada umi abah
Bersama guru-guru dan segala macam bentuk petunjuk bantuan
Kalau tak bertindak tak bergerak juga tak tahulah.
Kerana,
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya –
Al-Alaq: 5
Dan menunjukkan aku apa yang sepatutnya, and now, keputusan
di tangan aku. Kearah mana jasad ini digerakkan. Kearah syurga. Atau masih
bengap mahu ke neraka.
Sungguh,
Orang-orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran
– Al-A’laa: 10
Dan akhir sekali..Dengarkan. Rasakan. Dan hayatilah
perenggan terakhir ini. Dalm surah Al-Ankbuut. Ini sebuah tadabbur. Bukan
tafsir bil-ma’thur dari mana-mana kitab. Ustaz kata, bila baca Al-Quran,
rasakan bahawa Allah sedang bercakap dengan kita. Seriously.
Apakah orang-orang yang mengerjakan maksiat dan kejahatan
itu mengira bahawa mereka akan luput dari azab kami? Sangatlah buruk apa yang
mereka tetapkan itu. Al-Ankabut : 4
Ouch!
semua ni dari Al-Quran.
Allah nasihatkan aku (dan kamu juga) direct baek punya.
Dan tiadalah kehidupan dunia ini
melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang
sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui –Al-ankabuut: 64
ingatlah asma’ bahawa dunia ini hanyalah satu senda gurauan
dan permainan. Sangat banyak hal yang menyeronokkan. Yang sementara. Yang melekakan
dan melalaikan untuk tempoh yang sebenrtar Cuma. sebab kehidupan yang sebenar
adalah selepas mati. Di negeri akhirat sana. Itu yang sebenar-benarnya.
Maka apabila mereka naik kapal mereka
mendoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya maka tatkala Allah
menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali)
mempersekutukan (Allah)
Allah bari satu perumpamaan agar aku berfikir, ada
sekumpulan manusia naik kapal, mereka berdoa dengan penuh tawakal penuh khusyuk
rasa pengabdian ikhlas kepada aku, sebab takut berlaku apa-apa di sepanjang
perjalanan. Mungkin ribut, mungkin karam. Mungkin dilanda lanun. tapi saat mana
mereka dah sampai ke destinasi, setelah Allah selamatkan perjalanan mereka, mereka
kembali mempersekutukan melupakan Allah. Asma’, bukankah itu berlaku juga pada
kamu? Saat susah, atau mungkin saat submission dah dekat atau mungkin saat tak
da duit. Kau jadi solehah merayu tapi bila dijawabnya segala rayuan itu kau
lupakan Dia. Bukankah bengap namanya itu.
Biarlah mereka mengingkari nikmat yang
telah Kami berikan kepada mereka dan agar mereka (hidup) bersenang-senang
(dalam kekafiran). Kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya).
Ya Allah, jangan sampai aku terus lupa dan terus hanyut
dengan nikmat dunia. Jangan sampai sedar-sedar, segalanya sudah terlambat tak
berguna lagi.
Dan apakah mereka tidak memperhatikan,
bahwa sesungguhnya Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman,
sedang manusia sekitarnya rampok-merampok. Maka mengapa (sesudah nyata
kebenaran) mereka masih percaya kepada yang bathil dan ingkar kepada nikmat
Allah?
Cuba perhatikan sekeliling kamu Asma’, Allah telah campakkan
kamu pada satu bumi yang aman. Walaupun dalam dunia itu ramai manusia yang rosak.
Allah campakkan aku saat ini bersama mereka-mereka yang soleh. Bukan di dunia
luar sana yang ramai manusia saling membunuh dan mencuri. Aku bukan anak jalanan atau anak kaki lima.
Bukan manusia terbuang. Mengapa setelah jelas kebenaran, masih ramai (adakah
aku termasuk dalam golongan yang ramai itu?) yang percaya kepada batil dan
ingkar kepada nikmat Allah?
Dan siapakah yang lebih zalim daripada
orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang
hak tatkala yang hak itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahannam itu
ada tempat bagi orang-orang yang kafir?
Allah sedang mengajarkan aku sedang menunjukkan aku
kebenarannya. Jangan lupa, dalam neraka sudah disediakan tempat untuk
orang-orang kafir. Mereka-mereka yang ingkar!
Dan orang-orang yang berjihad untuk
(mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka
jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang
berbuat baik.
Akhirnya, Barang
siapa yang berjihad untuk mencari keredhaan aku, aku akan tunjukkan kepada
mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh aku akan bersama orang-orang yang berbuat
baik.
Yep, Ya Rabb, aku yakin kau akan sentiasa dekat dengan ku.
Dekat disisi aku. Menemani aku disepanjang jalan hidup ini. Allah, redhai aku.
Aku tak nak jadi bengap lagi dah. Aku nak kembali pada-Mu. menjadi ahsani taqwiiim. menjadi khairu ummah. Yaa Rabbi. T_T
p/s: syariah and ethical approval from khadijah abd rahman. sorry kalau perkataan "bengap" merupakan sebuah keganasan. moga bermanfaat.