Thursday, June 7

:: tak jumpa tuhan ::

bismillah..
tiba-tiba terkenang satu kata2 dari ustazah suhana kepada bakal2 pelajar yang dah nak pergi meninggalkan sekolah

" ust rasa pelajar2 smi ni yang keluar dari sekolah banyak yang berubah mcm2 rupa..ada yang berubah terus 360 darjah..ada yang 180 darjah...bukan semua yang menjadi buruk..tapi yang buruk tu lah yang terlihat..ust rasa sangat sedih seolah2 pelajar2 ni tak jumpa tuhan di dalam tarbiah sekolah...yang dia nampak takut pada guru displin dan malu kalau tak jadi baik dalam environment yang baik sbb tu bila keluar terkejut dengan mcm2 keadaan..sebenarnya kalau kita kenal tuhan..kenal pada agama insyaAllah semua perkara yang mendatang bukan melemahkan tapi makin menguatkan diri dan hati kita..ingat lah betapa ruginya org yang tak dapat mencapai khusyuk dalam solat..malah ada sesetengah org yang lebih khusyuk dalam solat sunat dan solat hajat(sbb ada hajat) banding solat yang wajib..."
-ust suhana-
(lebih kurang laa)

kalau di ikutkan mmg suasana di dunia SMI atau any sekolah bertarbiah sudah terlalu baik dibandingkan dengan sekolah lain yang tak dipantau tarbiyyahya..kalau tak masakan guru2 luar yang melawat ke sekolah memuji pelajar2 SMI yang dikatan sangat baik...mcm mana pelajar sekoah XXX boleh mengatakan wajah pel2 smi bercahaya(hehe saya tak nampak pun).....dan pernah berlaku seorang guru sekolah kebangsaan melalui kawasan sekolah pada waktu pagi dan terlihat seorang pelajar berjalan dalam keadaan menadah tangan berdoa..dan memuji pelajar tersebut dan merancang untuk membawa pelajarnya melawat sekolah kami sedangkan pelajar yang dilihatnya tadi sebanarnya hadir lambat ke sekolah dan majlis perhimpunan pagi sudahpun bermula...tapi tak kisahla apa pun yang penting mmg suasana di smi ini terpelihara...biah yang cuba di bentuk alhamdulillah..biah yang solehah
namun adakah kebaikan yang diamalkan oleh pelajar hanya kerana suasana bukan kerana kefahaman dan keyakinan terhadap apa yang diamalkan...???

namun bukan semua begitu..ramai juga yang mana hasil dari biah yang solehah inilah menjadikan mereka org2 yang hebat dan dapat mnjaga diri dan hati walaupun dalam biah yang qabihah ..dan mereka yang rindu akan biah yang solehah inilah yang cuba membangunkan biah yang solehah dalam kehidupan sekeliling mereka..mereka menjadi ikan di laut yang masin namun tak terkesan kemasinan pada diri mereka..mereka juga yang menjadi biji benih yang tumbuh bercambah walau pun dicampak ke tanah yang tandus...

tak kira apa punca dan kesannya ingat lah bahawa dari mana asal usul kita pun..dari mana kita dididik..dan di mana pun kita dicampakkan hidayah itu milik Allah..dia yang berkuasa menentukan dan membolak balikkan hati hambanya..maka berdoalah kita moga Allah pelihara kita..hati kita..dan iman kita..agar kita tetap istiqamah pada jalannya...

moga bermanfaat untuk semua...


2 comments:

atiqahmki said...

dari mana asal usul kita pun..dari mana kita dididik..dan di mana pun kita dicampakkan hidayah itu milik Allah..dia yang berkuasa menentukan dan membolak balikkan hati hambanya..
-->>sgt setuju!!!tak kira apa background seseorg,taqwa jugaklah yg jadi pengukur darjat di sisiNya..n siapa kita utk judge taqwa seseorg..

Anonymous said...

salam asma

heh.. rindunye akak kene lecture ngan ustazah suhana.. huhu..