Friday, January 11

~wahai khalifah~

wahai khalifah
selalu kita kesali
kenapa hati ini
terlalu keras sekali
tak mampu menangisi
dosa yang melangit tinggi
kenapa hati ini
begitu keras sekali
tak mampu memuhasabah diri
jelas sekali tak pernah menyesali
dirimu yang kau zalimi
mana mungkin kau menangis
sedang egomu tak mampu kau tepis
mana mungkin kau menangis
andai jiwa tak mengenal dosa
andai akal tak mengenal mungkar
andai iman tak mengenal kufur
hati mu telah terkubur
dibawah runtuhan takbur
gelap dan kabur
ingatlah wahai khalifah
hati mu yang begini
takkan mampu mangani hati insani
yang turut terkapai lemas hampir mati
kau takkan mampu
maka , berishkan hatimu
bersihkan aqalmu
bersihkan dirimu
moga kau peroleh rahmatnya
khalifah cemerlang
tak membiar masa terbuang
tak mengenal rasa senang
hatinya tenag kala berjuang
hatinya tabah tika berperang
maju langkah tak ke belakang
khalifah berjaya
tak mencari bahagia sementara
tak mengejar tipuan dunia
tak gentar tika diduga
kerna hatinya diserah sepenuhnya
pada rab pencipta
pada din yang mulia
hatinya kini bercahaya
kerana keperitan yang dirasai
kesusahan yang dilalui
kapayahan di jalan ini
menambah rasa kerdilnya diri
dihadapan rabbi
lantas jiwanya mudah menangisi
dirinya yang terzalimi oleh tangan sendiri
lantas terus kembali
hatinya kini bisa menagisi
dosa kealpaan dan kebodohan diri
air matanya bakal menjadi saksi
perjuangannya di hayat ini
di jalan ini
dikala ini
sehingga jasadnya terkubur mati
pada suatu saat nanti..
pasti..
-1 muharram 1429-
~amatullah~

1 comment:

[ Nazihah ] said...

Semoga terus tabah yang tak berbelah bagi..TegarLah pada apa yang menimpamu..