Hadith 1
Subahanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
Besarnya nilaian niat dalam amal.
“satu amal kecil dinilai besar kerana niat dan amal besar dinilai kecil juga akibat niat”
SAH said,
“only because a very little twist in our niat boleh menyebabkan amal tertolak”
Na’udzubillahi min dzalik
Solat untuk dilihat baik
Menasihati untuk di puji soleh
Belajar untuk berdebat dengan yang bodoh
Untuk disayangi yang alim
Niat bukan kerana Allah juga boleh membawa syirik
KISAH 1
Seorang sahabat meminta pada rasulullah untuk menggantikan Bilal Bin Rabah untuk melaungkan adzan. Pada mulanya Rasulullah menolak permintaanya. Namun, tetap dirayu pd baginda lalu dibenarkan.
Dalam hatinya terdetik bahawa suaranya lebih merdu dari bilal, dia lebih elok rupa paras berbanding bilal yang berkulit hitam.
Subuh tersebut sahabat itu melaungkan Azan. Selesai subuh, malaikat turun pada rasulullah lalu bertanya,
“tiada azan subuhkah pagi ini?”
…..
Kerana tiadanya ikhlas, amal baik tidak sampai pada Allah.
Syarat amal diterima mesti
1. Benar pada zahirnya (bukan amal bid’ah. Menepati seperti apa yang diajarkan baginda.memenuhi garis panduan syara’).
2. Benar pada batinnya. (Mestilah IKHLAS kerana Allah)
Untuk ikhlas bukan semudahnya. Syaitan akan tetap sibuk berbisik-bisik menyelit dihati-hati kita.
Hatta disaat hujung nyawa syaitan masih berbisik agar menurutinya apakan pula saat hidup sihat sejahtera.
Dicucuk-cucuk hati kita ketika ingin beramal
Bila dipuji manusia..niat berubah
Bila dipandang ramai (lagi-lagi yang berlainan jantina) ..niat berubah
Bila rasa diri baik..niat berubah
Jadi baik untuk dapat isteri/lelaki solah..niat berubah
Seperti kisah hijrah ummu qais
Betapa Allah teliti dalam menilai Amal.
Makcik says,
Doalah selalu pada Allah, ya Allah terimalah amalku. Betapa aku ini lemah dan sering leka dan terlupa. Jauhkan aku dari riak dan menunjuk.
Jauhkan dari riak, ujub, sum’ah, kufur, syirik, fasiq, nifaq.
Susahnya mujahadah menjaga hati dan niat.
Teringat lirik ‘sunnah berjuang’
“Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit jerih yang ditagih”
Berjuang dan bermujahadah menjaga amal
Dan satu lagi lagu hijjaz juga
“hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia”
Allah lihat pada hati.manusia hanya mampu manilai pada luaran kita,lahiriah kita namun yang dikira Allah adalah yang didalam”
Selalulah membetulkan niat.
Kembali beringat
“sesungguhnya setiap amal dinilai pada niatnya”
Ramadhan makin hampir. Jangan nanti bila ramadhan habis amal-amal tertolak kerana niat yang berubah. Merugilah kita.
Na’udzubillahimindzalik