Tuesday, August 3

kehidupan itu suatu tarbiyah

bismillah.
minggu-minggu kesibukan bermula.

kehidupan adalah satu terbiyah pendidikan yang sangat indah. pendidikan direct dari Allah klu kamu benar-benar berfikir. bukan sebarang fikir. fikir dzikir ye.

saya suka umpamakan kehidupan seperti air sungai yang mengalir. makin cantik dan menarik saat ada banyak batu2 merentangi aliran sungai atau air2 yang jatuh dari tempat tinggi membentuk airterjun yang sangat indah. kehidupan juga begitu. saat arus kehidupan mengalir deras, Allah rentangkan halangan dan cabaran serta ujian kehidupan agar kehidupan kita menjadi lebih menarik. jadi lebih cantik. mahu tidak mahu kehidupan harus diteruskan. dan cabaran dalam kehidupan kita memberi antara 2 natijah. samaada kita makin dekat atau makin jauh dengan Allah SWT. muga-moga kita dilingkung dalam golongan yang bertambah imannya saat diuji. bertambah cinta pada tuhan saat di duga.

mengurus masa yang juga suatu tarbiyah. mahu atau tidak kamu harus susun masa. kamu harus buat to-do-list. itu galakkan saya. sebab apa?? menjadi orang yang tersusun bukan sesuatu yang lekeh atau kurang bijak. bukan juga tanda kita pelupa. tapi menyusun masa dan aturan hidup adalah tindakan bijak. ya. sangat bijak.
hidup lebih tenang saat kita bijak menyusunnya. lagipun, kita telah beriman bahawa suatu masa nanti Allah akan persoalkan kembali pada kita, apa yang telah kamu lakukan dengan setiap detik masa dalam kehidupan ini. maka apa kamu mahu jawab? tugas kita melebihi masa yang kita ada. awas kalau kamu terlalu bayak masa kosong. pergi sana!!. semak kembali tanggungjawab mana lagi yang kamu telah terlupakan.



TSK semalam tadabbur surah Al-Mulk. indahnya Allah menyusin baik-bait cintanya dalam kitab itu.
 
[3] Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu. dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

[4] Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). 


manusia masih mahu mendabik dada? sungguh angkuhlah kamu hai manusia.

[7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?
 
~wallahu a'alam~

No comments: