Sunday, August 29

tetap manusia

Hakikatnya kamu adalah manusia
Tidak maksum
Sehebat mana jawatan kamu
Sebanyak mana ilmu kamu
Selabuh mana tudung kamu
Seputih mana kupiah kamu
Kamu tetap manusia
Bukan malaikat. Bukan. Bukan

“dan aku tidak menyatakan diriku ini bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong manusia kepada kejahatan. Kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh tuhanku . sesungguhnya tuhanku maha pengampun maha penyayang”
(12:53)
Iman bukan selalu di atas
Nafsu juga tidak selalu dibawah
Tapi Allah itu dekat. Sangat dekat

“dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya aku dekat, aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku . hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaku, agar mereka beroleh kebenaran
(2:186)


Aku cinta Allah – wali band

p/s: Sudah di 10 malam terakhir. Di mana kita?
  

7 comments:

syaimaa' said...

ya Allah,
kosongkanlah hatiku untuk ku penuhi dengan cinta kepada-Mu

~amatullah~ said...

aamiin. (^____^)v

Afra' Azam said...

patah hati.

jangan lemaskan diri.
jangan gugurkan diri.

cari.

mana pergi janji kita pada tuhan.
mana pergi ikatan kita pada tuhan.

aku dan kau.

tetap manusia.
tetap sama darjat hambanya.

:)

--

selamat!

~amatullah~ said...

kita sama manusia
bezanya pada taqwa

kita semua manusia
iman di dada jadi penanda


wah. kak afra.
kita sekata.
sehati sejiwa.

tp akk pny words higer level of majaaz laa
:)

syifa' rahiman said...

suke wali band.hehe

nur syuhada roslan said...

bukan jemaah malaikat~
kekurangan-jalan utk mencari Tuhan~

~amatullah~ said...

kekurangan adalah jalan mencari tuhan.dengan kekurangan juga manusia saling berpesan. saling berpimpin tangan. saling menampung kekurangan. saling kuat menguatkan. bersama-sama ye syu!