Thursday, September 30

ibtida'

jalan ini jalan panjang
jalan buat manusia dagang
maju kedepan jeling belakang
jangan mundur jangan menyimpang

jalan ini menapak ke syurga
melangkah demi kasih redhanya
penentu tabah ke hujung nyawa
niat pada langkah pertama
titik tolak saat bermula

perbaiki langkah ibtida' kita

mari baca ini,

IBTIDA'

Sunday, September 26

U untuk Kamu Sahabatku

Minggu ini banyak tazkiyah
Banyak teguran serta tarbiah
Tentang hubungan dengan MA. NU. SI. A.
Kamu manusia
Aku juga manusia
Mereka semua juga manusia
Yang menghubungkan antara kita
Satu ikatan suci lagi murni
Ukhuwah Lillahi Rabbi
Hanya di rasa di sini (baca: hati)
Hanya di sini (baca: letak tangan kanan di dada kiri)
Kata-kata tradisi
Cubit tangan kanan terasa tangan kiri
Kamu ada sampai rasa begini?
Soal diri sendiri. Hah
Jawab pada diri
Sayang pada isteri tinggal-tinggalkan
Sayang pada anak tangan-tangankan
Sayang pada teman?
Pesan-pesankan.
Kerana sayang pada kamu
Namamu dalam doa ku
Ku bayang satu persatu
Dalam rabitah dalam sujud ku
Kerana aku tahu
Kamu hadiah dari Tuhan
Kamu juga amanah dari Tuhan
Aku juga amanah kamu
Teringat satu lagu

“di sini kita pernah bertemu, mencari warna seindah pelangi, dan tika, kau menghulurkan tanganmu membawaku kedaerah yang baru. Dan hidupku kini ceria… kini dengarkanlah dendangan lagu tanda ingatanku kepadamu teman agar ikatan ukhuwahkan bersimpul padu”

Ukhuwah itu manis
Andai bertemu
Andai berpisah
Walau bertelagah
Atau berdarah
Semuanya demi reda Allah
Ukhuwah itu mendamai jiwa
Saat bertemu berbalas doa
Berbalas kata
Bertukar cerita
Atau sekadar bertemu mata
Terasa damai di jiwa
Ukhuwah mengikat kita
Saat selalu berbaik sangka
Saat susah bersama
Saat gembira berpada-pada
Selalu ithar dan tak berkira-kira
Ukhuwah bukan hanya dibibir
Atau diulang sebut jadi dzikir
Tapi ukhuwah dirasa pada jiwa
Jiwa suci kurniaan yang Esa
Bergetar hati saat kita berbicara
Saling berpesan tentang pencipta
Bersama menjauh dari dosa
Saling menarik tuk dekat pada sang Pencipta
Kerana satu janji setia
Berpimpin tangan menuju syurga
…..
Apa nilai ukhuwah dengan lain jantina?
Perlu berpesan bertaut mata?
Atau bermasam muka tanpa bicara?
Jawapannya?
Kita tunggu hari Selasa.
Liqa’ Tsaqafi istimewa
Tajuk baik punya!
Ikhtilat dan Silang Jantina.
Haha
Ini. Promo. Tak. Sengaja.

Saturday, September 25

C

Di usia junun sebegini.
Kanan kiri depan belakang.
Semuanya ingin berkata tentang cinta.
Ya.
Cinta pencipta.
Juga cinta manusia.
Ya.
Cinta manusia.
Ia satu fitrah. Satu sunnatullah.
Dan ia juga satu ujian untuk kamu.
Ujian keimanan.
Ujian ketahanan.
Ujian kebijaksanaan.
Untuk kamu peliharanya.
Untuk kamu menguruskannya.
Untuk kamu jaga amanahnya.
Ya.
Cinta itu amanah. Cinta itu tanggungjawab.
Cinta itu nikmat. Juga boleh jadi azab.
Sahabat-sahabat.
Andai kamu benar-benar sudah bersedia
menggalas segala ranjau cabaran
amanah dan tanggungjawab cinta manusia,
maka pesanku, biiznillah.
Majulah kamu ke langkah seterusnya.
Jika kamu masih belum benar-benar mampu untuk tugas besar itu,
Kerana sikap malas kamu
Kerana sikap boros kamu
Kerana kurangnya sabar kamu
Kerana lengahnya kamu
Kerana leka kamu
Kerana tidak terurusnya kamu
Kerana masih nipis iman kamu
Masih cetek ilmu kamu
Kerana apa sahaja
Maka nikmatilah zaman 1 sebelum 2
Cinta manusia bukan untuk suka-suka.
Cinta itu harus kau pimpin ke syurga.
Nikmati zaman 1 sebelum 2
Membangun jiwa pemuda. Jiwa rijal.
Penuhkan dada dengan ilmu.
Lombong ilmu sepuas-puasnya.
Penuhkan masa dengan amal.
Amal sebanyak-banyaknya
Berbakti kepada ibu bapa
Sebelum mereka pergi. Tiada.
Berbudi pada ahli keluarga.
Harta paling berharga.
Berjasa untuk agama.
Kerana kau tunggaknya.
Isikan hati agar kental
Kukuhkan jiwa agar kebal
Tamabahkan iman. Tebalkan taqwa.
Agar suatu masa nanti
Bila tiba waktunya nanti.
Takkan menyesal lagi.
Biiznillah. Moga kau melangkah gagah.

Mari kita renungkan ayat  ini.

pada hari engkau melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di depan dan disamping kanan mereka, (dikatakan pada mereka). “Pada hari ini ada berita gembira untuk mu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung.

Pada hari orang-orang munafik lelaki dan perempuan berkata kepada orang yang beriman, “Tunggulah kami! kami ingin mengambil cahaya mu” (kepada mereka dikatakan) “kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Disebelah dalam ada rahmat dan di luarnya hanya ada azab”

Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, “ bukankah kami dulu bersamamu?” mereka menjawab “benar! Tapi kamu mencelakakn diri kamu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah dan penipu (syaitan) datang memperdayakan kamu tentang Allah”
(57:12-14)

Belum tibakah waktunya bagi orang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang fasik.
(57:16)

wallahu a'alamu bissowab~ 

Friday, September 24

qudwah

qudwah. contoh. ikutan. idola. sanjungan.




kamu ada idola?



siapa? sebagai muslim bila ditanya siapa contoh teladan yang kamu ikuti dan kagumi kamu akan berusaha untuk katakan beliau adalah baginda Rasul SAW. namun jauh disudut hati kamu pasti akan terdetik sejauh mana aku meletakkan baginda Rasul sebagai qudwah? berapa banyak yang aku tahu tentang baginda? sejauh mana aku mengenali baginda? betul?



tak kenal maka tak cinta. tak cinta maka kita takkan mampu menghargainya. makan kenalilah baginda. carilah sebanyak kisah tentang baginda. berusahalah untuk mencintai baginda. hatta dalam bergurau senda sekalipun ada contoh dan teladan yang baginda tunjukkan. kamu tahu kisah gurauan baginda Rasul bersama Saidina Ali?



Kisahnya begini, saat keduanya sedang makan kurma Ali mengambil sebiji kurma lalu dimakan dan bijinya dikumpul dihadapan Rasulullah, kurma yang kedua tiga dan seterusnya juga begitu. lalu kata Ali, ya Rasulullah banyak sungguh kurma yang kau makan. lihat bertimbun biji kurma dihadapan mu. kamu tahu apa balas Rasulullah? Jawab baginda, Hai Ali, aku dikira lebih baik dari kamu. lihat pula kamu, habis biji2 kurma kau telan sekali hingga tiada lagi sisa berbaki.



indahnya kalau kita benar-benar mengenali baginda. sosok manusia yang tiada tandingannya. tiada.



namun sebagai manusia kita juga tak pernah lari untuk mengagumi manusia lainya. bolehkah kita meletakkan manusia lain sebagai qudwah ikutan?



boleh! ramai manusia hebat yang mencontohi nabi yang boleh kamu kagumi..tapi satu harus kamu ingat, bahawa selagi namanya manusia biasa pasti ada salah silapnya kekurangannya. tiada yang pernah lari dari kesilapan. saat kamu mengagumi seseorang ambil dan kutiplah segala kebaikan darinya namun tinggalkan kejahatan yang dilakukannya. jangan kerana satu kesilapan yang dilakukannya kamu terus meletakkannya jauh terbenam ke bumi. tidak. tidak seharusnya begitu.



dan kamu sendiri juga, harus kamu ingat, kamu juga seharusnya menjadi contoh qudwah, kerana kamu juga sedang diperhatikan~



wallahu a'lam.

Sunday, September 19

pengumuman

bisamillah

setelah berlalu 4 tahun sejaka tamat SPM, dan sejak itu juga bermula kembara saya dalam penulisan blog. semua yang dilalui merupakan satu pengalaman menarik! blog adalah laman percuma yang terbuka untuk mana-mana individu untuk mencoret apa di minda. dari hal-hal peribadi hinggalah kepada hal-hal politik dan isu-isu dunia. bergantung kepada pemilik blog tersebut.

sungguh, penulisan adalah medium peneybaran idea yang efektif. pernah saya menghadiri satu seminar komunikasi anjuran KARISMA daerah Gombak dan penceramah jemputan adalah Sdr.Roslan Mohamad. cukup menyentap. penyampaianya dimulakan dengan menyebut 3 tokoh besar yang telah berjaya mengubah dunia.
Ayatullah Khomeni, Al-Maududi, dan Al-Banna. dan antara 3 tokoh, al-maududi adalah seorang journalist dan penulisan al-maududi telah berjaya merubah dunia Pakistan. penulisan boleh mempengaruhi pemikiran para pembacanya dan penulisan yang baik adalah penulisan yang boleh mempengaruhi pembaca ke arah kebaikan. Subahanallah.
Ibu pernah berpesan bahawa
“A Good Leader Is A Good Reader”
kullukum ra’in. kamu semua adalah pemimpin. paling tidak kamu sedang memimpin diri kamu dan memimpin penulisan serta pembaca kamu. maka banyakkan membaca. jika kurang membaca maka cetek pengetahuannya, dengan pengetahuan dan ilmu yang cetek ditakuti hasil penulisan kita akan tersasar atau mengelirukan pembaca.
Ayuh! kita pertingkat pembacaan kita, tingkatkan pemahaman kita moga hasil penulisan kita nanti akan memberi manfaat yang optimum kepada para pembacanya.
dengan itu bertambahlah kiraan ganjaran pahala kita disi Allah disamping memenuhi 1 dari 10 muwassofat iaitu “bermanfaat kepada yang lain”. insyaAllah.. Biiznillah

dengan semangat dan azam yang baru insyaAllah. saya akan membuka rumah baru di alamat rumah penulisan yang baru di wordpress.com
(^_____^)v
blog ini juga akan terus dibuka untuk tatapan umum...

Monday, September 13

tentang filem




semalam baru sahaja selesai menonton 3 idiots di panggung rumah. menggunakan teknologi LCD projector dan laptop apple. menarik sungguh filem ini. satu filem yang menyentuh tentang budaya ilmu, semangat setia kawan, berani kerana benar walaupun kita melawan arus manusia. menjadi gharib. menarik sungguh jalan penceritaannya!


salah satu quote yang sangat saya gemar


"Today my respect for that idiot shot up. Most of us went to college just for a degree. No degree meant no plum job, no pretty wife, no credit card, no social status. But none of this mattered to him, he was in college for the joy of learning, he never cared if he was first or last"

kamu belajar untuk apa? untuk mendapat gred tertinggi. belajar supaya tak perlu bayar semula hutang PTPTN. atau belajar untuk dipuji dan disanjungi pak guru. learning ia a lifetime process. never stop learning. enjoy it. kamu akan stress bila belajar untuk mengejar mata sedangkan apa yang dihafal akan hilang saat tamat peperiksaan. jadilah seperti kata imam assyafie.... al-ilm fisutur walaisa fissudur. akhirnya kamu gagal menghayati ilmu yang kamu ada dan gagal mengaplikasikannya dalam hidup seoptima mungkin. ilmu kita tak dapat berkembang kerana hanya mengambil secara total dengan penuh taksub dari satu sember. required text book. haha pemalas! sumber ilmu itu luas!

boleh tak kalau saya katakan, solat juga begitu. apabila kamu hanya menghafal rukun solat, waktu solat tanpa benar-benar menghayati kenapa kamu solat dan ubudiah solat, tanpa mencapai zouq dan kemanisan ibadah solat maka solat kamu apa nilaiannya??

itu dari suatu sudut. banyak lagi pengajaran best. kamu hadam sendiri dari filem ini. opps. tapi amanahlah pada diri sendiri untuk skip part2 yang tidak sepatutnya. :)

sebenarnya sangat banyak filem yang membawa mesej yang hebat. cuba kamu fikir kembali, sudah berapa filem kamu tonton. dan dalam banyak2 filem yang kamu tonton, berpa banyak yang kamu korek dan kutip benih pengajarannya dan kamu tanam dam taman hati dan akal kamu?


kalau kamu perhatikan, dalam filem-filem terkenal terbitan disney atau mana-mana filem hatta kartun sekalipun, juga banayak membawa mesej dan tema yang sama. menjadi gharib, keluar dari kepompong arus perdana berpenat lelah bersusah payah dan akhirnya berjaya. berusaha menegakkan cita-cita walau ditentang keluarga namun akhirnya berjaya. atau mungkin dipandang hina masyarakat namun akhirnya berjaya. masih ingat pada hadis tentang islam yang datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing. ha! mungkin kamu kata ending yang indah sebegitu hanya berlaku dalam filem arahan dan karangan manusia hakiktnya mustahil. tapi ingatlah ending hidup kita ditangan pencipta filem dan producer teragung Allah SWT dan ending paling indah hanyalah di Syurga! masih takut menjadi asing dimata dunia? ingatlah kemuliaan hakiki yang kita impikan dalam hidup ini.


pernah tonton film BLACK lakonan Amitabh Bachan atau One Litter Of Tears lakonan Erika Sawajiri atau Worlds Best Father lakonan Robin Williams atau Madagascar lakonan err singa comel atau Surf atau Happy Feet atau macam-macam lagi. semua mesejnya besar. kamu faham apa mesejnya?


akhir kata, apa sahaja yang kamu lakukan dalam hidup ini kutiplah sebanayak ilmu dan pengajaran. hatta tonton filem sekalipun mari kongsikan pengajaran disamping kamu terapkan pengajaran yang kamu dapat itu dalam diri kamu. awas! jangan sampai lalai. tarbiah adalah kehidupan. setiap yang kamu lalui dalam hidup ini akan sentiasa terkandung hikmah dan tarbiah dari Allah. tinggal kamu gerak dan panaskan otak dan aqal serta mata hati untuk kamu berfikir..

Thursday, September 9

Eid Mubarak


moga ramadhan yang berlalu pergi
membekas dalam hati 
mengubah sesuatu pada diri
walau sedikit


moga hidup terus diberkati
Allah, temukan lagi kami dengan Ramadhan.

mari. kita raikan Eidul Fitri ini.
moga kita selayaknya merayakan hari kemenangan ini

maaf zahir batin
sahabat-sahabat! 
ayuh jadi orang yang baru! 

 (^_______________^)v

Friday, September 3

up-up we go!



Up-up we Go!!

Bismillah.

Subahanallah Alhamdulillah Wallahuakbar.


Tahniah! Kamu sudah di hari ke 24 Ramadhan.
Masih berbaki 6 hari untuk kutip-masuk-beg amal sebanyak mungkin. Yeah!


6 hari lagi untuk berpuasa
6 kali lagi untuk sahur
6 kali sahaja lagi untuk bertarawikh
6 hari lagi sahaja untuk menghabiskan baki tilawah Al-Quran
6 sahaja oh 6 hari saja
Masih belum lambat untuk kamu sedar kamu di bulan Ramadhan


Bak kata pakcik hebat yang bagi tazkirah petang tadi, siapa tahu bahawa amal 2 rakaat kamu malam ni yang Allah terima diantara sedikit amal sepanjang ramadhan ini.. 
ohhoo moga Allah terima semua amal-amal kita . 
Maka kejar oh kejarlah.


Mafhum hadis pakcik tazkirah petang tadi,
“sumber kejahatan, maksiat, dan kerosakan manusia ialah apabila merasa diri sudah cukup baik”
Oh Allah jauhkanlah.. Sungguh amal-amal kami terlalu sedikit dibanding nikmat hidup kurniaan mu, nikmat imaan anugerah mu, nikmat sihat pemberian mu. Segala nikmat yang tak terhitung dari kasih sayang dan cinta mu.

Masih ada kebarangkalian untuk kamu peroleh Leilatul Qadr. 

Kata kakak, jangan berkira dengan Allah dalam buat amal. Lakukan amal sebanyaknya tinggalkan mungkar sebolehnya. Tolaklah kemungkaran dengan amal kebaikan. Sungguh jalan berbuat baik itu saaaaaaangat luas. Hatta senyum juga bisa beroleh pahala maka apa yang kamu risaukan lagi. Kita kuuummmpull banyak2..
Up-up we go…….
btw yang sudah pulang ke kampung jangan tinggal semangat Ramadhan kamu di sini...
berat-berat barang pun jangan lupa bungkus semangat ramadhan kamu ini bawa balik!!

Konon tak mahu update sampai raya.. cannot stop my hand laa…