Friday, September 3

up-up we go!



Up-up we Go!!

Bismillah.

Subahanallah Alhamdulillah Wallahuakbar.


Tahniah! Kamu sudah di hari ke 24 Ramadhan.
Masih berbaki 6 hari untuk kutip-masuk-beg amal sebanyak mungkin. Yeah!


6 hari lagi untuk berpuasa
6 kali lagi untuk sahur
6 kali sahaja lagi untuk bertarawikh
6 hari lagi sahaja untuk menghabiskan baki tilawah Al-Quran
6 sahaja oh 6 hari saja
Masih belum lambat untuk kamu sedar kamu di bulan Ramadhan


Bak kata pakcik hebat yang bagi tazkirah petang tadi, siapa tahu bahawa amal 2 rakaat kamu malam ni yang Allah terima diantara sedikit amal sepanjang ramadhan ini.. 
ohhoo moga Allah terima semua amal-amal kita . 
Maka kejar oh kejarlah.


Mafhum hadis pakcik tazkirah petang tadi,
“sumber kejahatan, maksiat, dan kerosakan manusia ialah apabila merasa diri sudah cukup baik”
Oh Allah jauhkanlah.. Sungguh amal-amal kami terlalu sedikit dibanding nikmat hidup kurniaan mu, nikmat imaan anugerah mu, nikmat sihat pemberian mu. Segala nikmat yang tak terhitung dari kasih sayang dan cinta mu.

Masih ada kebarangkalian untuk kamu peroleh Leilatul Qadr. 

Kata kakak, jangan berkira dengan Allah dalam buat amal. Lakukan amal sebanyaknya tinggalkan mungkar sebolehnya. Tolaklah kemungkaran dengan amal kebaikan. Sungguh jalan berbuat baik itu saaaaaaangat luas. Hatta senyum juga bisa beroleh pahala maka apa yang kamu risaukan lagi. Kita kuuummmpull banyak2..
Up-up we go…….
btw yang sudah pulang ke kampung jangan tinggal semangat Ramadhan kamu di sini...
berat-berat barang pun jangan lupa bungkus semangat ramadhan kamu ini bawa balik!!

Konon tak mahu update sampai raya.. cannot stop my hand laa…

7 comments:

nadhirah razak said...

haha,takpe asma'...

masa kita susun dengan baik ok jek nak update banyak2...

Manafi'un lighairihi (ntah betul tak ayat ni)

balik JB bile mak cik? :D

~amatullah~ said...

makcik balik JB ahad naaak.. anak balik kambung bila pula?

nadhirah razak said...

saya tak pasti lagi mak cik...

cadangnya nak balik kampung hari selasa ni :D

lambatnya mak cik balik jb...

Anonymous said...

okla tu, boleh jmp kat masjid lagi! hehe

syifa' rahiman said...

tinggal beberapa hari lagi
dan saye sangat kecewa

hma said...

ramadhan yang semakin berlalu~ :(

~amatullah~ said...

syifa'..manfaatkan terus masa ini walaupun tinggal beberapa hari lagi. terus..terus...

ye husna. semakin pergi. moga hadirnya ramadhan membekas di hati