Tuesday, October 19

aqidah dan logik aqal

Bismillah.

"yakinkah kamu bahawa aqidah dan logic aqal tak pernah bercanggah" 


ini adalah nota TaMU 2010. penyampaian tauhid ust zainul arifin.


ada sesetengah golongan yang ragu terhadap kewujudan tuhan, agama atau terhadap islam itu sendiri kerana melihat hanya dengan logik aqal tanpa mahu mengaitkannya dengan wahyu. sebenarnya, orang-orang sebegini boleh dibantu atau dipatahakan hujahnya dengan logic aqal berpandukan ilmu dan wahyu dari Allah SWT


saya bagi satu contoh, imam abu hanifah (IAH)


satu hari, IAH telah mengatur pertemuan dengan beberapa orang atheis. satu golongan yang percaya tiadanya tuhan dan segala sesuatu berlaku dengan sendirinya termasuk penciptaan bumi. kebetulan untuk ke sana IAH perlu menyeberang sungai untuk ke tempat yang dijanjikan. maka pada hari tersebut IAH tiba lambat ke tempat yang dijanjikan. apabila tiba si Atheis itu berkata,
"hai abu hanifah, kenapa kamu lambat"
"owh. dalam perjalanan ke sini aku harus menyeberangi sungai. jadi aku menunggu lama sehingga sebatang pohon kayu tumbang. kemudian ia terbelah dengan sendirinya menjadi potongan papan dan kemudian membentuk sebuah sampan lalu akau menaikinya ke sini. maafkan aku"
"mana mungkin itu terjadi"
"boleh. bukankah kamu juga yang katakan bahawa alam ini dan segala isinya terjadi sengan sendiri?"


akhirnya ketiga atheis tadi memeluk islam.


see.. hujah mereka dapat dipatahkan dangan logic yang mudah.


satu kisah lagi,


kamu pernah dengar persoalan tentang keadilan Allah, persoalan yang mengatakan bahawa Allah tidak adil kerana manusia kafir yang melakukan kebaikan tidak akan ke syurga sedangkan orang muslim walaupun berbuat jahat dihijung nanti akan ke syurga?? bagaimana akan kamu jawab persoalan sebegini? 


jawapannya mudah...


cuba kamu bayangkan.. suatu hari Mutusami seorang hindu datang ke pejabat tempat kamu bekerja kemudian dengan relahati membersihkan kawasan sekeliling, mengemas meja, sapu lantai, lap tingkap sehingga kemas kemudian tiba-tiba datang kepada kamu dan meminta dibayar ganjaran sedangkan kamu tak mengenalinya. bolehkah begitu? tentu tidak. kalau Mutusami sungguh inginkan gaji atau ganjaran dengan setimpal haruslah dia register dulu dengan majikan secara rasmi. melakukan tugasan mengikut arahan bos dsbgnya. begitu juga orang-orang yang tidak beriman, kalau mereka inginkan ganjaran syurga dan pahala serta rahmat dan redha Allah haruslah register diri dulu pada Allah SWT dengan satu kalimah akujanji yang mudah iaitu, "tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah".. maka layaklah mereka mendapat ganjaran dan balasan disisi Allah sebagaimana muslim yang lainnya bahakan lebih besar ganjaranyya sekiranya mereka berusaha lebih!! mudahkan?? 


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan ISLAM ini Ya Allah. (^_^)v

No comments: