Friday, October 15

ikram's day

Assalamualaikum
Mood berbeza kali ini.
Jarang biasanya untuk saya ceritakan pengalaman peribadi di blog ini.
Tapi kali ini ada kisah menarik untuk di kongsi.
Pernah nampak si kecil ini?

Ha.. baru-baru ni mendapat tugas menyelia kanak-kanak ini
Ibunya perlu focus pada diskusi projek tahun akhir
Kebetulan masa yang sama penulis ada majlis iftar bersama akhawat lain
Iftar di masjid. Awal ketibaan anak ini disambut ceria
Namun mungkin dek kemeriahan makcik-makcik
Sikecil bertukar seram. Baby’s perspective lah kut. padahal makcik-makcik sudah membadut di tepi.
Gema tangisnya memecah hening damai masjid
Kelam kabut. Azan berkumandang. Ada yang terhenti makan dek  tangis raung si kecil
Mula lah semua ingin tunjuk bakat
Bayi yang bertukar-tukar tangan menjadi rimas
Tangis makin kuat.
Seorang mengipas
Sorang buat susu
Seorang mendodoi
Sorang lagi membadut
Haha
Tak mudah jaga bayi
Limitasi bahasa
Mudah miscommunication
No wonder selalu dengar kisah ibu2 muda menangis
Melayani kerenah anak kecil
Selepas disuap susu formula sikecil masih tak puas hati
Tak lama terus memuntahkan kembali susu yang diminum tadi
Memenuhi lantai masjid.
Merebak ke tangga
Ha.. semua tanpa kata mula ambil peranan
Mop lantai
Salinkan baju baby
Tukarkan lampin
Kemaskan barang-barang
Membadut lagi
Bayi kelihatan lebih ceria setelah muntah
Dan bersiap dandan rapi
Haish cakaplah awal-awal tak sedap perut
Sekali lagi cubaran minum susu dilakukan
Akhirnya bayi damai tidur sebelum dikejut untuk menghadiri daurah
Haha
Terimakasih buat semua dayang-dayang setia
Bayangkan kami yang ramai pun sudah kelam kabut
Bagaimana seorang ibu boleh mengawal keadaan saat harus sendiri menjaga anak
Yang membantu pun mungkin tak seramai kami hari ini yang mencecah 7-8 orang
Subahanallah hebat sungguh mujahadah seorang ibu
Kadang-kadang si kecil menagis sepanjang malam
Ibu berkoraban untuk tak tidur
Tinggi sungguh sabar seorang ibu
Maka sungguh besarlah ganjaran disisi Allah buat para ibu.
Barakah sabar
Barakah kasih sayang
Barakah pengorbanan
Barakah keikhlasan
Moga anak-anak ini membesar
Menghargai dan membalas jasa kalian
Lebih bermakna, moga Allah hadiahi kalian dengan anugrah terbesar
Syurga firdausi
Ummi, I LOVE U..
“Happy mothers day”















7 comments:

sofiyyah said...

comel post nih ^_^
dayang2 tu semua pun prektis jugak tuh.hehe.comeinye ikram!

syaimaa' said...

salam.

membadut di tepi??
*gelak guling2 sambil teringat kat seorang dayang itu*
;P

Ikram.. Ikram..
with his high-pitched tone.
haha

owh yeah
taleh bayang cane ibu-ibu yg masih belajar ni struggle dengan segala macam urusan.
fuwaaah

Ikram membesar dengan baik ya!
:D

~amatullah~ said...

high-pitched polyphonic tone. haha

ni dah kira satu dari Modul PSM kan?

sape2 nak try modul nih?

Anonymous said...

sian sgt mak saye dulu..

tgh pregnant pegi keje naik bas..

pastu nk muntah turun tunggu bas laen..

camtula tiap kali nk muntah mabuk pregnant..

sian kan..

~amatullah~ said...

besarkan pengorbanan mak kite.
doakan mereka selalu....

aqilah humaira' said...

besarnya pengorbanan ibu :)

ps: ikram ikram, kuat nangis rupanya hehe

~amatullah~ said...

:), nnt leh test power. kiki try jg ikram..