Sunday, November 21

make me strong

sering kali kita minta
mengemis
merayu-rayu pada Allah
kuatkan aku
tambahkan imanku
berikan aku hidayahmu
ya betul!
Dia yang memberi keizinan untuk semua itu
sumber segala kekuatan

namun takkan berjaya 
andai tiada usaha dari kita
kita tiada daya ku-fayakun
mahu atau tidak
harus ada daya gerak
daya usaha bukti kehendak

analogi mudah
saat kita jatuh sakit 
demam batuk pening perit
kita mohon pada Allah moga diberi kesembuhan
namun tugas kita juga
untuk makan ubat
tambah makan vitaman dan zat
kurangkan makanan sejuk tak berhasiat
rehat secukupnya
kerja sekadarnya
lakukan apa sahaja
moga dengan izinnya
dikurnia sihat sejahtera

tentang iman juga sama
kamu minta hidayah
tetapi tak pernah mahu berusaha
untuk menjauh dari dosa
malah makin cuba usaha mendekatinya
malas
mencari memahami ilmu agama
 mendalami menjalani seni hidup hamba

kamu fikir kamu siapa?
seolah-olah sedang baring atas singgahsana
mata tertutup tangan meminta
tidak malukah?


sunnah hidup perlu usaha
harus bergerak harus bekerja

sungguh Allah melihat pada tingkat usaha
jom! usaha apa sahaja
menjauh dari dosa
mendekat mencipta mengumpul pahala

moga kekuatan, iman, dan taqwa
milik kita semua

make me strong










I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Monday, November 15

Pasca Exam


nota kaki : kisah dibawah tiada kaitan samaada dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia. 
hanya sekadarnya



Yeaaah! Exam habis. Ringan kepala damai jiwa. Bebas rasa

Luahan-luahan saat selesai menekuni kertas soalan terakhir. Dan saat tu jugak macam-macam bermain-main dalam kepala. Lepas ni nak ke KLCC window shopping then malam balik layan movie yang banyak lagi tak sempat tengok dalam hard disk tu tak pun, best jgk klu g on9 bukak manga ke tak pun main DOTA.

Namun, kadang-kadang takdir Allah tu lebih tinggi rahsianya. Tiba-tiba duit hilang tak dpt keluar jalan-jalan then hard-disk pulak rosak tak boleh tengok movie. Pastu wireless pulak problem. Terus hilang mood nak main DOTA. Maka nak buat apa?

Guling-guling atas lantai

Jerit kat FB “aku boosaaaan!” [….] tak da orang layan. Ada 1 je like. -_-‘

Bosan sungguh hidup begini.

Jom kita bukak Nota Cinta Pencipta

“Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati tentang ke benaran dan kesabaran”
(al-asr : 1-3)
Nota cinta istimewa, bagi mereka yang berfikir.
Kamu tahu? Satu patah kata dalam Al-Quran boleh dihurai-olah-panjang-mendalam menusuk dalam hati. Macam surah al-asr ni. 3 ayat sahaja tapi serius mendalam. Mari kita lihat. Apa kaitan tajuk surah tentang masa dengan 3 golongan yang di’bold’kan dalam ayat di atas.

1.      1.  Yang beriman
2.      2. Yang beramal soleh
3.      3. Yang berpesan-pesan tentang kebenaran dan kesabaran

Huraian iman

Bercerita tentang iman dan bagaimana ia memberi impak pada diri pemikiran dan gaya hidup seseorang. Kan yang membezakan 1 individu dengan yang lainya adalah pada timbangan iman dan taqwanya. Kerana apa? Kerana di situ akan membezakan buah amal kita. Tinggi ikhlas kerana tinggi imannya. Tinggi itharnya kerana imannya. Katakan tentang apa jua amal saat iman diletakkan pada tempatnya maka tinggilah nilai amalnya. Iman membuah ihsan. Rasa seolah-olah melihat Allah di mana-mana. Klu kamu tak rasakan itu paling tidak rasakan dan yakinkan dalam hati bahawa Allah sentiasa melihat. Saat kamu merasakan renungan tajam Allah itu dimana-mana sahaja, pasti akan lebih awas berhati-hati hatta untuk lintasan nakal pun tak berani. Saat berjalan terlihat gadis solehah ayu “aauuuu” dalam hati tiba-tiba paaap! Terus tiup jauh awan-angan2-jahat sebab terasa ada yang memerhati. Sehingga terasa gementar dan berdebar. Ya! Pastinya  ALLAH sedang perhati. Terasa malu. Malu depan Allah.

Hidup seperti ada sensor. Alaa macam sensor kereta. Bila mengundur ada rintangan di belakang pasti berbunyi..

“ teeeeeeet teeeeeet teeeeet teeet teet tiiiiiiiiit kboom”

kboom akan kedengaran saat pemandu degil tak dengar amaran

begitu juga kamu andai kamu punya imaan dalam hati
saat terdetik untuk melangkah kearah yang salah. Saat iman masih tersisa dalam hati pasti akan terbunyi alarm-alarm amaran dalam kepala dan dalam hati

“ish..boleh ke ni?”
Rasa ragu-ragu. Rasa serbasalah

Selalu teringat pesan seorang guru.

“Nak tahu tanda suatu perkara itu baik atau tidak kita akan rasa segan untuk lakukannya andai dilihat orang-orang soleh”

Namun, pada saya motivasi paling kuat adalah untuk meletakkan neraca pandangan CCTV ALLAH sebagai neraca paling tinggi dalam setiap langkah perbuatan hatta detikan dalam hati sekali pun.
Maka dengan keimanan yang sebegini, hidup kita pasti akan lebih terarah.

Ha? Maksudnya tak boleh la tengok movie? Tak boleh window shopping? Manga atau DOTA?
Siapa kata? Saat kamu meletakkan neraca iman pada tempatnya, neraca pandang mata Allah yang sentiasa ada dimana-mana bila-bila masa, pasti kamu akan tahu jawapannya.

Menonton movie yang bagaimana?. Salam suasananya yang bagaimana? Dalam keadaan kamu tak menzalimi hak masa. Ya! window shopping yang bagaimana? Berapa masa yang kamu luangkan ke situ? Manga mahupun DOTA atau apa sahaja. Boleh saja kamu laksanakan semuanya tapi harusnya menjaga apa yang harus dijaga J

Alaaa.. you know what I mean right? I know you understand kan? Bittaufiq wannajah friends!

Dugaan masa lapang yang benar-benar mencabar. Namun, pesanan penaja tentang CCTV ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak peringatan. Untuk diri sendiri semestinya. Akhir kata, dalam setiap perkara yang kamu lakukan 1. Harus kamu jaga niat 2. Transformkan apa sahaja yang kamu lakukan kepada amal membina diri dan orang sekeliling. Baca novel, cuba relatekan kesimpulan cerita dengan sesuatu yang menambah rasa bertuhan kemudian kongsikan dengan roomate atau siapa aja yang tercapai. Saat berjalan ke bandar-bandar sambil tadabur alam, sambil lihat masyarakat sambil itu kamu boleh sampaikan masej-masej Islam pada mereka. Secara langsung atau tak langsung. Mulakan jamaah solat ketika di surau shopping complex, bertegursapa mesra cara islami dengan cashier. Saat main game dengan kawan-kawan juga boleh kamu manfaatkan untuk kebaikan. Islam itu mudah. Think simple! Tapi ingat, neracanya adalah iman dan ihsaaan!

panjang sudah. Wassalam J



Wednesday, November 3

sina'atul hayah

Assalamualaikum

mencipta kehidupan

sudah dibilang
sudah diulang dan ulang
hidup ini satu peluang
masa lalu tak boleh kau ulang

jatuh itu manusiawi
bangun itu mesti
biar seribu datang ke sisi
tolong bantu sana sini
kalau sendiri tak mahu berdiri
nak harap apa lagi?

bangun dan cipta sejarah kehidupan
biar bukan sejarah tamadun dunia
biar digelak dipersenda
biar dilupa disisih manusia
jalan maju terus kehadapan
moga selalu dalam zilal ar-rahman

mencipta kehidupan bukanlah perkara yang mudah. perlu pada kekuatan jiwa. harus punya arah tuju matlamat yang jelas. penyusunan tuntas.tak boleh malas. sesetengah orang bila di tanya apa cita-cita kehidupan kamu? mardhatillah. ya tepat benar sekali matlamat kita mardhatillah. tapi kamu nak redhanya dalam rangka usaha yang bagai mana? jadi abid sepenuh masa? atau serampang dua mata? atau mungkin tiga atau lima mata? apa? bagaimana? langkahnya? bila mahu mula? sasarannya? tahukah kamu dalam subjek finance, untuk kamu kira lifetime investment cashflow kamu akan letak satu tempah sasaran kamu akan mati. kamu sasarkan apa?investment kamu sekarang katalah RM 20000 dan kamu jangkakan akan diberi pulangan pada kamu setiap bulan sampailah kamu mati pada tarikh sekian2. itu nak duit punya pasal. nak redha Tuhan? hei kawan! mimpi besar kene kerja besar la! biar modal permulaan kecil asal perancangan baik, ikhlas dan konsisten apa pun boleh buat . insyaAllah biiznillah.

mimpi besar
jiwa harus besar
harus juga sabar

rasa tak cukup sokongan
cari keluarga cari teman
masih tak cukup sokongan
hei! kamu sentiasa ada Tuhan =)
itu yang kamu paling perlukan.


niat baik pun boleh dapat pahala :)

gerak jom!

"rabbi yassir wala tu'assir rabbi yassir umurana, wa sahhil ardzaqana"

wallahu a'lam