Saturday, April 30

Misi: Pekerja Mu'min Terbilang

BismillahiRahmaniRahim

Kalau Cik Amatullah dah bagi peringatan, pesanan & amaran untuk yang sedang bercuti panjang, saya nak bagi some tips untuk yang akan/sedang praktikal. Sempena Hari Pekerja esok. Hihi :)

Pertama sekali, niatkan bekerja kerana Allah dan islam. Ada orang tanya, kenapa bila kita berniat kerana Allah, pelbagai cubaan datang? Kak A kata, sebab bila melibatkan pahala dan syurga, syaitan do extra work untuk mengubah niat ikhlas kita. Jadi kita pun kena berusaha lebih.

Selain daripada tips2 yang biasanya Kuliyyah bagi seperti datang awal, berdisiplin, kerja bersungguh-sungguh etc., sila baca perkongsian berikut yang lebih praktikal, insyaAllah.

1. Solat Dhuha

- tunaikanlah walau se-busy mana pun kita, supaya mutabaah amal kita terjaga, rezeki lebih berkat, segala urusan kita dipermudah. tapi bila nak tunaikan kalau office hour kita 830am-530pm? memang waktu paling afdhal untuk solat dhuha ketika hari mulai panas, tapi realitinya, kita sangat susah nak dapat time-off daripada majikan untuk solat sunat ketika time macamtu. lagi-lagi kalau majikan non-muslim.

-jadi, ambil inisiatif sendiri. datang awal ke tempat kerja, sampai sebelum office hour bermula. solat dhuha boleh ditunaikan kira-kira 28 minit lepas waktu syuruk. dengan ni, amalan kita terjaga, dan staff lain tak rasa kita suka curi tulang :)

2. Boleh ke guna kemudahan pejabat untuk kegunaan peribadi?

-menurut Imam Ghazali, sikit pun tak boleh. sebab bila kita guna sesuatu yang bukan hak kita, kelak kita akan dipersoal. takutnya..

tapi macam mana kalau terdesak?
nak photostat sekeping IC pun takkan tak boleh?

-menurut ceramah di IKIM.fm, dibolehkan kalau sangat terdesak. tapi kita kena pastikan kita ganti balik. kalau kita guna sehelai kertas, mungkin kita boleh ganti 3 helai, sekaligus sebagai ganti dakwat :)

-kalau kita nampak orang lain slumber je guna itu ini untuk kegunaan peribadi, jangan tiru. yang penting kita jujur. mereka mungkin tak tahu, tapi kamu tahu. kan?

3. Jaga imej Muslim/ah

-dari segi berpakaian, pastikan aurat sentiasa terjaga. penampilan kemas, jangan selekeh. berpakaianlah sehingga kita rasa dimuliakan dengan pakaian kita. bersih dan sopan sehingga boleh dibawa solat. sehingga kita rasa selamat dan dilindungi. sehingga Allah redha. untuk penampilan hijab lebih sempurna.

-kalau kena present depan majikan, tolong tunjukkan yang kita boleh. sebab kita tahu baik bukan looser.

-jaga ikhtilat.

-jaga pancaindera. lebih-lebih lagi mulut dan telinga. sebab di office, kita mungkin akan berpeluang jumpa ramai orang dengan pelbagai ragam. bila jumpa orang yang suka mengumpat, sebaik-baiknya menegur. tapi mungkin susah. jadi kita boleh cuba tukar topik. kadang-kadang mereka cuma nak ada topik dibincangkan, tak berniat sangat pun nak mengumpat :) berusaha cipta biah solehah di mana jua kita berada!

4. Curi masa, bukan curi tulang

-kita mungkin akan bertolak dari rumah seawal 630am dan akan sampai rumah selewat 730pm. 13 jam di office (dan dalam kereta) , tak sama langsung dengan 13 jam di UIA. kita bernasib baik kalau kerja kita tak memerlukan kita bergerak ke sana sini. kita boleh pakai earphone dan dengar pelbagai ceramah/nasyid/selawat yang dah dimuat turun. (amaran: ini hanya applicable untuk kamu yang yakin boleh buat beberapa kerja serentak)

-kalau tempat kerja jauh dari rumah, kita mungkin tak sempat baca mathurat secara relax atas sejadah mengadap kiblat. curi masa, baca dalam kenderaan, dalam perjalanan pergi dan pulang.

5. Jangan abaikan program tarbawi dan keluarga


-dalam usrah kita subur tarbiah. dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali sahaja diperuntuk masa kita untuk menghadiri usrah. hadirlah, jangan tinggalkan. insyaAllah apa yang kita dapat 2-3 jam tu, sebagai bekalan sepanjang minggu. kadang-kadang ada keperluan berprogram pada hujung minggu, pergilah. sekali sebulan je, kan?

-bila ada masa dengan keluarga, gunakan sebaik mungkin. yang penting, bukan kuantiti masa yang diluangkan, tapi kualiti. ada orang yang duduk rumah sepanjang hari, tapi tak membawa kesan pun pada isi rumah. jadilah orang yang bermanfaat pada orang lain. berbaktilah pada ibu bapa dan keluarga.

***********

Bila Department of Accounting arahkn practical training 6 bulan waktu tahun 3, ramai bersungut, sebab nanti kami kena masuk balik, belajar lagi setahun.

Bila bandingkan dengan kawan-kawan praktikal dari uni lain, mula-mula rasa jealous jugak. Sebab kadang-kadang dorang dapat time-off, boleh pergi interview company lain. Boleh hantar resume and apply kerja. Malah ada orang yang saya kenal, dah terus jadi permanent staff pun. Alhamdulillah ala kulli hal, gembira untuk mereka.

Bila fikir balik kehidupan harian yang mendesak komitmen luar biasa, rasa rindu nak belajar balik. Rindu nak ada kat UIA. Majlis ilmu merata-rata. Jumpa akhawat beramah mesra. Pergi masjid bila-bila masa.

Sedarlah, bila kita keluar dari UIA atau mana-mana tempat kita belajar, dalam keadaan tak bersedia, kita seolah-olah macam anak burung yang dibiarkan terbang merasa dunia realiti. Dibiar untuk belajar dengan dunia. Dibiar meluah apa yang diserap.

Seperti anak burung itu, saya mahu terbang balik ke tempat asal. Belajar bersungguh-sungguh, kutip sebanyak mungkin ilmu, supaya bila saya terbang kembali, gagah dan takkan jatuh. Jika terjatuh sekalipun, tahu nak terbang semula. Biiznillah, doakan.

Namun, cara belajar yang paling berkesan adalah dengan mempraktikkan apa yang kita pelajari. Untuk mendapat pengalaman, ilmu perlu diamalkan. Setelah diamalkan, barulah apa yang dipelajari dapat dialami. Pengalaman itulah guru terbaik. Semua perkara yang kita bakal lalui, telah ditakdirkan untuk kita. Jom kutip hikmah di sepanjang perjalanan!

Wallahu'alam. Sekadar berkongsi.

7 comments:

prettyugly said...

adoi. saya terasa cik dijah. nak nangis boleh? terima kasih. (:

~khadijah~ said...

macam mana kamu tahu ni untuk kamu? sebenarnye nak mention NAR tadi, tapi macam terlalu spesifik. hehe :)

FM said...

kite takde praktikal, tp mcm takut je tgk org2 yg tgh praktikal. hehe. pape pun, syukran krn berkongsi tips2 yg sgt praktikal dan berguna! ^___^ slmt melalui hari2 praktikal NAR dan KRAR! <3

~amatullah~ said...

khadijah's writings tak pernah mengecewakan. jazakillah dijah

nad practical elok2 :)

kenapa KRAR? bukan KAR ke?

adekgemuk said...

td baru terfikir malas dhuha, sekali terbaca ni. dush. barakallahu fiki. ^_^

aqilah humaira' said...

betul2, rindu sangat2 uia, i'm just not strong enough to face the real world, harap2 tahun akhir di uia dapat membantu menyediakan diri for the real world, and hopefully akan menjadi kenangan terindah selamanya :)

~khadijah~ said...

FM, syukran! doakan semuanya ok, lagi 4 weeks insyaAllah :)

Amat, silap kot. KAR lah tu. btw, sy adore tulisan kamu. huu

adekgemuk, rajin nye siram pokok pagi2 sabtu :)

qi, insyaAllah qi kuat. nanti lagi 2 sem kt naikkan pointer ye!