Wednesday, April 20

Sebarkan, dan buktikan..



“Ini bukan perkara main-main. Kamu semua nanti akan disoal apa yang kamu dah lakukan untuk Islam. Bukan Islam dalam diri kamu sahaja, tapi Islam dalam ummah.”


Terkesima. Terdiam. Dan terfikir.

21 tahun ku berdiri di bumi ini, apa yang aku dah lakukan?

Tiba saat Allah nak tanya nanti, apa aku nak jawab?

Ketika tiada yang dapat membantu, hanya amal sebagai penolong. Tapi cukupkah?

Allah..

“Allah does not judge you on how bad you have been in the past,

but rather on how good you strive to be now..” –Yasir Qadhi


***********


BismillahirRahmaniRahim. Gembira. Bersyukur atas segala nikmat yang diberi. Alhamdulillah minggu yang menarik. Semua peristiwa saling berkait. Kerana Allah lah perancang terbaik.

Dengar dengar, ini kisah benar. Dah diminta izin untuk dikongsi, untuk semua sebagai iktibar.

Ada dua orang sahabat sedang berbincang. Si A kata tak sabar-sabar nak cuti, nak enjoy puas-puas khatamkan semua cerita korea, jepun dan sewaktu dengannya. Si A kata lagi, baik enjoy sekarang, nanti bulan Ramadhan taubatlah, kan Allah mengampunkan semua dosa hamba-Nya masa tu.

Wah wah wah. Bunyinya memang seronok dan menarik, tapi.. jawapan si B lagi menarik:

Kamu kalau baca surah al-Hijr,

jangan baca ayat 49 je, baca jugak ayat 50.


[49] Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).

[50] Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).


Memang ramai yang tahu Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Allah sentiasa buka peluang untuk kita perbaiki diri, bila-bila masa, Allah sedia menerima taubat kita. Tapi sikit sekali orang yang ambil iktibar bahawa azab Allah itu sangat pedih.


Kita harus sentiasa kena wajib tanam dalam kepala dan hati, bahawa hari pengadilan itu tetap akan ada. Melihat dunia dari kacamata akhirat. Bermula sesuatu dengan berfikir tentang pengakhirannya. Buka mata dan buka hati, lihatlah, and real eyes will absolutely realize real lies. Bila segalanya jadi terang benderang, kita akan sedar dan tak akan tipu diri sendiri lagi. Hari pengadilan itu PASTI ada!


Di akhirat nanti, yang benar tetap benar, dan yang salah akan dijatuh hukum. Segalanya adil seadil-adilnya. Segala anggota pada tubuh akan berkata-kata, meluahkan apa jua dosa dan pahala kita lakukan.


Bukan itu saja, sahabat kita juga akan jadi saksi. Mengembalikan mereka kepada kebenaran, itu tanggungjawab kita. Kita akan dipersoal kelak, kalau kita buat-buat tak tahu. Kita akan dihukum, kerana kelalaian kita telah menyesatkan mereka.


Macam si A, dia ada ilmu, dia tahu antara sifat-sifat Allah itu Penyayang dan Pengampun. Dia tahu bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan, yang harus direbut peluang oleh semua.

Dia tahu. Cuma dia tak faham.

Tugas kita, memahamkan mereka.

Fazakkir innafa'atizzikraa.
Oleh itu berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat [87: 9]

Even if we are already on the right track, we will get run over it if we just sit here and do nothing. Sebarkanlah kebenaran, tunjukkanlah keindahan Islam. Berusaha meramaikan Muslim yang bukan hanya pada nama, tapi juga pada jiwa. Buktikan kita juga salah satunya.

Tanya pada diri, dah bersedia untuk hari pengadilan? Apa yang kita nak bawak?


2 comments:

cinta ilahi said...

i know the exact story. =)

bgus gak focus on 'cte kore, jpon..' sbb tu yg tgh d gilai skang.

insyaAllah sis. we r not the best till we love other muslims like our relatives. be good to them n bring them back to the right path.

thanks for ur advice sis.

~amatullah~ said...

tu dia. dia mai dah.
penangan syahadatul haq setengah hari. ni kalau dapat full nih mcm mana agaknya :)

siiru ala barakatiillah

duta islam di mana sahaja