
Tuesday, February 8
Ujian dalam kehidupan

Monday, February 7
aku tahu dah tapi....
![]() |
| "Every passing minute is another chance to turn it all around" |
seringkali terjadi
pergi ke seminar/ talk/ kursus/daurah bagai
pulang dengan ilmu penuh didada
pulang dengan semangat merah membara
pulang menjulang niat dan cita-cita
namun
seringkali terjadi
niat sekadar niat
tak tercapai tak terbuat
habis hangat semangat
semua jadi tak ingat
"aku nak berubah.tapi ntah la"
"aku rasa macam.."
"aku semnagat dah tapi susah la"
"aku tahu tu dosa.. tapi ntah"
nak salah kan siapa?
nak betulkan tang mana?
ilmu sudah dalam kepala
niat sudah dalam dada
tapi bila tiba masanya
aku kalah dengan kehendak jiwa
aku kalah...
looser (=___=)
pada saya, Alhamdulillah
Allah beri kita peluang untuk tahu untuk dapat ilmu tentang itu
Allah beri kita peluang untuk sedar bahawa apa yang kita buat itu salah. masih tersisa rasa berdosa dalam diri. Alhamdulillah. cuba bayangkan klu suatu hari Allah tarik rasa itu. Allah cabut rasa sebersalah rasa berdosa itu. dibiarkan kita hanyut dalam lembah dosa. Na'udzubillah hi mi dzaalik.
maka ini bererti langkah kita sudah menghampiri kebaikan. cuba,
Sunday, February 6
Belajar daripada anak kecil
Situasi 1
Tempat: depan TV
Anak-anak kecil, 6 tahun ke bawah: Ala.... kenapa TV ni tak boleh tukar. Ni semua salah remote!
Arif, 8 tahun: Sabar semua.. ini semua telah ditakdirkan.
Orang dewasa: Huahua.. *macam tak percaya*
Situasi 2
Tempat: depan TV
Orang dewasa: Bangun bangun, pergi solat... Maghrib dah masuk dah ni. Nanti habis waktu pulak.
Afiq, 6 tahun: Taknak... Nak tengok kartun dulu. Nanti pukul 8 afiq sembahyang lah sendiri, tak payah ikot imam.
Orang dewasa: Okay boleh je.. Tapi nanti kalau tiba-tiba Afiq pengsan sebelum pukul 8, tak sempat sembahyang, macam mane? Nanti Allah tanya, afiq nak jawab ape?
Aqil, 3 tahun: Aqil pun nak ‘cemayang’!! *terus bangun & tinggalkan botol susu*
Afiq: Okay..
Orang dewasa: Good boy nye! ^__^
Situasi 3
Tempat: Rumah Akhawat – babysit anak-anak naqibah
Orang dewasa: Umi adik tengah ada kerja, adik duduk dengan akak ye. Adik nak air ape? Akak boleh buat semua jenis air.. *exaggerated*
Adik: Erm... boleh je air apa-apa. Tapi akak jangan buat air Milo untuk adik tau. Sebab adik kesian dekat baby-baby Palestin. Kalau adik minum tu, umi kata diorang kena tembak.
Orang dewasa: Okay okay.. Lagi apa yang adik tak minum?
Adik: Adik suka Koko Krunch. Suka sangat! Tapi umi kata yang tu pun tak boleh... Umi kata sabar je, akak tau tak kenapa?
Orang dewasa: Tak tau.. Kenapa eh?
Adik: Umi kata, sebab nanti dekat syurga, adik boleh minum Milo sambil makan Koko Krunch. Yay!
Orang dewasa: Jayyid sungguh.. T____T
Belajar daripada anak kecil. Mereka sangat jujur.
Cakap apa yang terlintas di hati.
Kata-kata mereka boleh buat kita muhasabah diri sendiri.
Bila apa yang dirancang tak ikot perancangan, adakah kita sedar itu semua takdir Allah?
Redhakah kita?
Atau kita menuding jari pada yang lain..
Bila ditegur orang secara baik, adakah kita terima nasihat mereka?
Menunduk hati menerima kelemahan diri?
Atau kita melenting menahan ego..
Bila saudara se-Islam kita dalam bahaya, adakah kita berusaha sedaya upaya membantu mereka?
Menadah tangan berdoa memohon pertolongan Allah?
Atau kita hanya “pandai” jaga tepi kain sendiri..
Fikir-fikirkan..
Semoga anak-anak kecil kita membesar menjadi si soleh dan si solehah.
Semoga yang dewasa memperoleh hati sebersih anak kecil..
InsyaAllah!
Thursday, February 3
kucar kacir
pertempuran antara pengganas kerajaan dengan penuntut keadilan
pertempuran direct mata bertentang mata
jasad bertemu jasad
siap ada kuda
terbayang perang zaman dulu
cuma bezanya
dizaman itu ada pemimpin yang jelas
memberi arahan
menyusun gerak
merancang strategi
mengawal aturan
di mesir sekarang
berterabur sekali
kejar yang itu
baling ke sana
lontar ke sini
ntah mana nak kenal kawan
mana nak kenal musuh
dunia memerlukan pemimpin
sebenar-benar pemimpin
apa lagi yang akan berlaku
kegilaan manusia
menjatuhkan martabat ciptaan
dari sebaik2 makhluk
kepada sehina-hina kejadian
Ya Allah!
menangkanlah kebenaran
hancurkanlah kebatilan
apa cerita di Tunisia?
Yaman dah mula bersuara..
Jordan dah mula dengar ura-ura..
apa kesan pada ekonomi?
apa komen dari sudut undang2?
apa analisis dr sudut sains politik?
Monday, January 31
Jom menanam padi bersama kami!
“Ash-hadu an-laa Ilaaha illa-Allaah, wa-ash-hadu anna Muhammadar-Rasul-ullah”.
Itu ucapan kita sehari semalam. Tanda kita masih punya iman, tanda kita percaya Yang Maha Esa itu tuhan, tanda kita berjanji mengikut sunnah dan suruhan. Setuju kalau saya kata lafaz iman ini lafaz ikrar untuk meninggalkan jahiliyyah? Lafaz ikrar untuk menjalani gaya hidup Islam? (jawab: setuju!)
Betul tu.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” (2: 208)
Tiada percampuran antara baik dan jahat dalam Islam. Yang hanya ada jalan putih dan jalan hitam, tiada jalan kelabu asap. Yang ternyata ada, syurga dan neraka. Tiada orang yang mahu sebentar ke syurga, kemudian dengan rela hati nak rasa neraka pulak. NO NO NO.
Jadi, cukupkah sekadar mengaku beriman, tanpa berusaha membentuk kehidupan yang selari dengan ajaran Islam?
“Boleh je...
Aku ni nampak je sempoi kat luar, tapi hati baik.
Hidup aku walaupun penuh hiburan & perkara tak berfaedah takpe, sebab aku solat gak,
Allah tahu..”
Ya memang Allah tahu. Allah Maha Mengetahui, sebab tu Dia suruh kita menjalani kehidupan Islam tanpa perkara lagho, seterusnya meninggalkan amalan Jahiliyyah secara total. Selagi hati kita terisi dengan perkara jahiliyyah, selagi itu hati kita akan memberontak menolak segala kebenaran.
Bayangkan, hati kita yang satu ni, kita paksa pelbagai elemen masuk serentak. Hati kita risaukan banyak perkara: assigment bertimbun, duit tak cukup, masalah dengan kawan, tak habis-habis download drama korea sebab internet lembap, masalah cintan tak kesampaian, dan sebagainya.
Kalau penuh dengan hal macamni, memang hal urusan akhirat berasa begitu terpencil dalam hati. Sebab dalam Quran kata,
”Sesungguhnya Allah tak menciptakan dua hati dalam rongga dada manusia.”
(33: 4)
Sah. Memang kita wajib bersihkan hati daripada perkara lagho, sucikan diri daripadan segala noda. Kadang-kadang hidup terasa berat penuh dengan tanggungjawab. Mahu berjaya dalam dakwah, juga mahu berjaya dalan pelajaran, keluarga etc. Tanpa perlu mengabaikan salah satu, kita sebenarnya boleh berjaya dalam segalanya.
Yang memberatkan perjalanan kita ialah sebab kita memikul semuanya serentak tanpa pengurusan masa yang baik. Cuba muhasabah sejenak, berapa jam dalam sehari kita allocate betul-betul untuk beribadah khusus seperti solat, mengaji dan lain-lain?
“Erm..hari-hari busy. Kadang-kadang nak baca mathurat pun tak sempat..” (tapi sempat baca majalah or tengok bola)
Renungkan kata-kata penceramah di daurah “Sayonara Jahiliyyah!”. Hidup sebagai pemburu dunia seperti penanam rumput. Yang pasti tumbuh hanya rumput, dan kadang-kadang ada lalang datang menyelit. Ibaratnya rumput seperti urusan dunia yang dirancang, tetapi kadang-kadang ada perkara tak berapa baik juga terjadi tanpa dirancang, Sebalikya, hidup sebagai pejuang Islam ibarat penanam padi. Yang pasti tumbuh itu padi, tetapi rumput pun tumbuh juga. Maksudnya mereka yang berbuat amal untuk akhirat, dunia akan datang menyusul kemudian.
Seronoknya! Tapi tak mudah, malah mungkin susah sangat.
Kerana tarikan jahiliyyah itu seperti tarikan menuruni tangga, yang kita boleh turun walaupun dengan cara bergolek.
Tetapi, tarikan iman itu seperti tarikan menaiki tangga yang perlukan daya usaha yang tinggi. Perlukan mujahadah yang berterusan, perlukan sahabat yang saling ingat-mengingati. Jom jadi penanam padi bersama-sama kami?
p/s: Walaupun nama salah seorang dari kami rumput hijau, bukan bermaksud beliau mengejar dunia. Si dia yang seorang itu sangat istimewa. Seistimewa rumput hijau di syurga.. ^____^
