Wednesday, December 16
jom puasa!!
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.
[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]
Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.
Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.
DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM
Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.
Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”
(HR. Muslim no. 2722)
Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda:
“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.
(HR. Muslim no.2723)
Friday, December 11
kata ibnu abbas
repost archive, march 2007
Monday, December 7
cuba. tahu
aku mahu kuat~
Sunday, December 6
buka lembaran baru
esok semester baru akan bermula, pastinya lebih mencabar.
pengalaman semester lalu mesti di ambil pengajaran.
terima kasih buat penyeri hidup di hari-hari cuti.
cukup indah cuti ini, bersyukur dan hargailah.
doakan yang terbaik untuk saya dan kamu juga
>>sudah pandai edit tampelate. kesimpulannya sila baca instruction. simple kan.
Saturday, December 5
inspired by
dari dulu sampai sekarang, saya sentiasa mengagumi satu kaum manusia dari suatu sudut yang saya kira sangat penting. sangat teringin untuk berkawan rapat dengan mereka, mengenali mereka, bekerjasama dengan mereka. namun sampai kini rasanya belum benar2 berkesempatan.
siapa?
masyarakat cina. setiap kali ke kedai seringkali kedai2 mereka menjadi pilihan. bukan sengaja menyokong yang bukan muslim, namun susah untuk di temui kedai2 yang pemiliknya muslim. kalau adapun pasti tak puas dengan service yang diberikan. dan seringkali juga ditipu melayu. adeh...
kalau ke kedai cina, apa yang dicari pasti ada dan kalau tak da pun pasti mereka akan bagi alternatif..sila ke kedai sekian2, atau akan mereka akan orderkan dan survey2 kan. entertain customer baek punya.
pernah suatu ketika, umi beli mesin jahit. step by step diajarkan kami. pernah die tulis sesuatu pada mesin itu dan ter'comot sedikit. umi kate tak pe la sikit je. chinese itu tetap nak betulkan katenye.
"buat nak kene betul juga. tak mahu ada salah, baru customer sayang. tak lari"
pandai jage mad'u nih..hee
saya belajar bidang perniagaan. minat bidang ini. sangat mahu berniaga. tapiiii setiap kali memikirkan untuk memulakan seringkali saya dapati priority yang perlu dipenuhi di tempat lain.
terlalu banyak nak dicapai oleh seorang asma' ini. makanya.. saya perlu berbuat sesuatu..menyebarkan semangat? mungkin saja..
saya sangat sedar kepentingan industri keusahawanan. bukan untuk kepentingan melayu semata2 tapi untuk islam itu sendiri. untuk maju lebih jauh kekuatan maliyah juga adalah aspek yang sangat penting. makanya lebih ramai muslim harus diperkasakan untuk terjun ke bidang ini.
maksudnya mengusahawankan muslim atau alternatif yang lebih baik.. mari kita memuslimkan usahawan. mana yang lebih strategik?
Wednesday, December 2
perjalanan ini masih panjang
hari demi hari makin banyak yang kite belajar. dan alhamdulillah ramai yang memberi tunjuk ajar. tamat sahaja peperiksaan terus bermukhayyam. turun bas sampai jb mlm tu terus ada program. sambung lagi terbiyah raya qurban. sambung lagi majlis ilmu. alhamdulillah ya Allah atas kurniaan ini
namun, satu bebanan terasa. semakin banyak yang kita tahu semakin banyka tanggungjawab. makin banyak Allah akn persoalkan. makin banyak ujian dan cabaran. maka harusnya makin kuat pergantungan kita pada Allah. macam analogi monyet atas pokok ditiup angin kencang tak jatuh..ditiup angin damai lembut sepoi-sepoi bahasa boleh jatuh pula.
hurm..banyak bende menyentuh hati..mengetuk kotak pemikiran saya
>> jangan sesekali memandang rendah orang lain walau apa juga keburukan yang kita lihat pada dia. mungkin benci pada perbuatan tapi bukan sesekali pada orangnya. cari kekuatan pada diri nya. kembali merenung hadis
"dari saidatina aisyah, ketika ditanya para sahabat, bilakah seseorang itu dikira buruk akhlaknya (musi'an), jawabnya, bila dia menyangka dirinya sudah cukup baik"
>> muhasabah kembali amal2 dan aktiviti sehari-harian. jom buat simple calculation nisbah kita meluangkan masa untuk tuhan dan aktiviti2 lain. maksurat sughra yang tak-konsistent-sangat itu pun sebenarnya dikira sebagai sangat-sangat minimum. suppose dengan apa yang dah pun diajarkan, apa yang dah tahu, patutnya boleh buat banyak lagi. sila kembali melihat mutabaah andaikata kamu benar2serius mahukan syurga.
>> sile hayati erti syukur!!!
>> gunakan segala peluang yang ada untuk menyampaikan islam. macam kisah nabi yusuf ketika berdakwah di dalam penjara. juga kisah seorang wanita yang baru memeluk islam, lalu menjerit ditengah masyarakat . laaailahaillaAllah, lau ditanya apakah itu. jawabnya, sila rujuk rasulullah yang lebih mengetahui. wanita tadi menyampaikan apa sahaja yang termampu. dan banyak lagi kisah-kisah sirah yang boleh kita ambil pengajaran.
wah..banyaknye nak tulis tapi sedikit-sedikit ye
p/s: kak yam (klu bce la) sye sedang delete virus2 dlm folder2 ingatan saya. moga data2 itu akan function properly.
wallahu a'alam.
construction tergendala
5 minggu berlalu tanpa sedar pun.
sudah tamat peperiksaan.keputusan juga dah pun di umumkan
ternyata perlu usaha lagi.lagi.dan lagi banyaaak lagi..
blog ini dalam usaha dibaik pulih pasti akan ku tukar tempelate ini.. tapi sbb tangan gatal menekan2 ha..hilang semua..ambil mane yang sempat dan senang.ada masa akan kutukar juga.. mana yang expert sile la beri tunjuk ajar
Tuesday, October 27
hamba exam
exam final makin hampir
manusia kembali sedar dari mimpi..
"eh jom kuar minggu ni..."
"x mahu lah..exam dah dekat..aku dah tobat dah nak buang2 mase nih"
"eh kau solat??"
"ye ah..final dah dekat aku takut wei..dah lame main2..tobat laa"
"kau takut fail??"
"ye ah..habis ah mase depan aku..mak ayah kau marah babe, kene potong elaun, kantoi ah nanti"
"dulu lagi aku dah ajak kau blaja kau tak mo..berbuih da mulut aku ni ajak..kau tak mahu"
"ye ah..dulu aku ngah enjoy lepak2 mane nak ingat bende2 serius gni..huhu mcm dah lamabt je an aku nak stadi.."
andai shaja manusia menghayati 'exam' sebenar di akhirat nanti..
andai manusia mengerti hakikat sebenar kematian yang menanti..
hakikat sebenar hidup ni tak abadi..
sbgaimana mereka menyedari final exam tak lame lagi..
ada exam yang lebih dahsyat dari ini...
tidakkah kamu berfikir??
Friday, October 23
cemburu buta!
Cemburu buta
Untuk catatan kali ini, penulis ingin mengubah cara penulisan. Berbeza sedikit dari catatan pemerhatian sebelum ini. Tajuk kali ini cemburu buta.. cemburu sifat biasa bagi manusia normal. Menjengah dalam hati tanpa di paksa. Anda pernah cemburu?? Kadang-kedang terdetik dalam hati. Cemburu tidak salah tapi bertempat. Tempat yang macam mana?
Pernah suatu ketika, seorang sahabat penulis datang mengadu. Katanya cemburu melihat teman-teman lain bercinta. Sedangkan terasa dirinya kekurangan. Terpaksa mengekang diri dari perasaan itu buat sementara waktu. Ada juga yang merungut letih, teringin berhibur seperti manusia kebanyakkan. Tak perlu sibuk bersusah payah..Hah..cemburu butakah ini? Mari kita lihat satu kisah. Kisah sirah.
Kenal sahabat bernama Saad Bin Ubadah?? Dari kelompok kaum Ansar. Orang nya Jujur dan cukup berterus terang. Apa yang ada dalam hati yang dirasakan betul akan terus disuarakan.
Kisahnya begini,
(rujukan dari buku 101 sahabat, Hepi Andi Bastoni)
Peristiwa berlaku setelah tamat Perang Hunain. Perang ini tamat dengan kemenangan di pihak kaum muslimin. Rasulullah pun mula mengumpulkan harta-harta rampasan perang. Rasulullah pada saat ini memberikan perhatian yang lebih kepada muallaf, bangsawan-bangsawan Quraiysh yang baru sahaja memeluk islam ketika fathu makkah dengan harapan untuk melembutkan hati-hati mereka untuk terus teguh pada Islam. Dan Rasulullah tidak memberikan sedikit pun dari harta-harta itu kepada mereka yang telah kukuh teguh islamnya. Diketahui umum bahawa pemberian rasulullah adalah sesuatu yang diharapkan dari kalangan orang-orang islam. Apatah lagi harta rampasan perang ini merupakan sumber penting untuk menampung kehidupan kaum muslimin.
Eh??timbul persoalan dalam kalangan orang-orang Ansar..
“kenapa rasulullah tak berikan harta-harta itu sedikitpun untuk kita??”
Siap bersyair lagi mereka ini meluahkan kekecewaan.
Sadt bin Ubadah yang terdengar rintihan ini cepat-cepat bertemu dengan Rasulullah dan meluahkan apa yang terbuku di hati mewakili kaum Ansar. Beliau pun berkata,
“ wahai Rasulullah, orang-orang ansar kecewa melihat tindakan anda membahagikan harta rampasan yang kita peroleh. Anda membahagikan kepada kaum anda, dan memberikan pemberian berlimpah-limpah untuk ketua-ketua suku arab Quraiysh, tapi suku ansar sedikitpun tidak menerimanya!!” luah Saad Bin Ubadah.
Jujurnya Saad bin Ubadah. Kalau anda ditempat saad bin ubadah ini, berhadapan dengan orang paling mulia dan di segani alam, apa anda lakukan?
Berbalik pada kisah, rasulullah yang penuh hikmah pun bertanya
“wahai saad, apa pula pandangan anda secara peribadi??”
Jawab saad,
“aku ini juga dari golongan ansar”
“kalau begitu kumpulkan kaummu itu kemari” jawab baginda.
Jom kita tengok macam mana bijak lembut dan berhikmahnya rasulullah dalam menyelesaikan perkara ini..pasti anda akan tersenyum.
Bila sudah berkumpul kaum ansar wajah mereka kelihatan sedih penuh kekecewaan, rasulullah memandang mereka dengan senyuman manis. Senyuman cerah penuh kasih saying bersulam rasa penghargaan terhadap segala jasa-jasa orang Ansar terhadap islam. Kemudian baginda bersabda,
“wahai golongan Ansar, segala rintihan kalian telahpun aku dengari, sekarang aku ingin bertanya pada kalian, bukankah ketika aku dating kalian dalam keadaan sesat dan kemudian Allah berikan hidayahnya pada kalian? Waktu itu kalian dalam kekurangan kemudian Allah berikan nikmat kecukupan? Kalian selalu bermusuahan dan Allah berikan rasa kasih saying dalam hati-hati kalian?...”
Jawab mereka, “benar! Allah dan Rasulnya, Maha pemberi maha pemurah”…betapa mereka menghargai nikmat islam yang mereka perolah
Baginda berkata, “kalian tidak menyanggah kata ku?”
Jawab Ansar, “apa yang kami nak sanggah lagi wahai rasulullah? memang Maha pemurah dan Maha pemberi adalah milik Allah dan rasulnya.”
Balas baginda
“boleh saja kamu katakan, dulu Tuan dating dalam keadaan didustakan orang, kami sambut dan membenarkan ucapan tuan, tuan dating terhina tapi kami muliakan tuan dan angkat tuan sebagai pemimpin. Tuan dating terhuyung haying tapi kami sambut dan merawat tuan. Tuan datang terusir kami beri tempat perlindungan.”
“apakah hati kalian kecewa wahai golongan Ansar melihat sampah dunia yang kuberikan kepada golongan manusia untuk menjinak lembutkan hati mereka dalam beragama sedangkan kalian kuberikan keteguhan islam dalam jiwa kalian!”
“tidakkah kalian rela wahai kaum Ansar, mereka pulang membawa kambing dan unta sedangkan kalian, pulang membawa Rasulullah ke tanah tumpah darah kalian sendiri. Demi Allah yang nyawaku padanya. Kalau bukan kerana hijrah, pasti aku termasuk golongan Ansar. Andai orang lain memilih jalan sendiri aku akan mengikuti jalan yang ditempuh orang-orang Ansar. Ya Allah!! Berilah rahmat buat kaum Ansar!! Generasi deimi generasi!!”
Menangis kaum Ansar, sampai digambarkan basah janggut-janggut mereka. Dengan serentak mereka menjawab,
“kami redha pada mu ya Rasullallah atas pemberian dan pembahagiannya”
Betapa besar kekayaan orang Ansar. Rasulullah yang mereka terima.
Benarlah ayat,
“mungkin kamu sukakan sesuatu tetapi ia sebenarnya buruk untuk mu sedangkan mungkin kamu membenci sesuatu sedangakn ia baik untuk mu”
Berbalik pada kes awal tadi,
Apa lagi yang kalian harapkan dalam hidup ini selain kesedaran Islam, hidayahNya, rahmatNya dan kasih sayangNya? Mungkin kalian tak dapat melihat menyentuh rasulullah seperti kaum Ansar, tetapi sekurang-kurangnya kalian masih beruntung kerana hati kalian di sentuh dengan ajaran baginda, kata-kata baginda, terkesan hasil dakwah baginda syafaat baginda untuk kalian andai kalian mengerti.. Nikmat yang lebih besar, lebih bermakna dan kekal menanti andai kalian memahami.. ISLAM nikmat terbesar kalian andai kalian menghargai..
Tersenyumkah anda??
Saturday, October 17
ayuh mahasiswa!
Sesungguhnya telah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa dakwah tidak tegak dan tidak menang kecuali di atas bahu orang muda. Sirah Nabi s.a.w. adalah saksinya.
dan
“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.” (Maryam:12)
Maka ummah berhajat kepada kejayaan akademik kamu, menanti cetusan ilmu hasil penyelidikan kamu, mengharap kecemerlangan dan keunggulan daripada kegigihan kamu. Siapakah yang lebih layak daripada kamu wahai pemuda. Kamu punya energy yang disalut cahaya ilmu untuk mengubah masa depan tanah air kita, memimpin dunia ini ke arah kebenaran, keadilan dan persamaan.
by: Al-Ustaz Muhammad Mahdi ‘Aakif
Tuesday, October 13
Dan firman tuhan mu itu...
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)
“Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)
Sunday, October 11
sungguh : Dialah yang memegang hati-hati manusia::
Iman kita naik dan turun. Ilmu ada dalam diri tapi tak mampu befungsi. Kenapa? Hurm..terlalu ramai pemegang saham hati. Kenape buat open market share. Limitkanlah pemegang-pemegang saham. Ini tak, jual saham pada incek seth anne, incek mark seeat, mereka ni nampak je mcm blh bg big contribution tp sebenarnya temporary contribution je.. Jual la pada yang sepatutnya.... Bukan susah, holy advisor dah bg offer mcm2 cdngn alternative supaya menolak offer encek seth anne, tak de opportunity cost klu awak ikut holy advisor tuh , tp sombong..nak jugak dgn incek seth anne tuh… awak dah lame buat contract dengan Al rahim..sejak azali lagi..kenape nak violate that contarct. Sungguh, awak tak beryukur. Awak lupa? Perniagaan awak selame ni memuncak sebab Al-razzaq..
Allah dah offer,
“ya Ayyuhallazi na aamanu, hal adullukum ala tijaratin tunjikum min azabin alim…”
Ar rahman dah janji untuk sentiasa bersama,
“fa iza sa’alaka ibadi anni fainni qarib”
Dia dah bagi awak teori investment yang paling baik, dah bg tahu future prediction about the real world. Smua inequilibrium market, high inflation, unemployment akan effect awak.. Die dah bagi theory yang lengkap tp sombong.. Die dah tunjuk semua testimoni orang-orang yang Berjaya sebab ikut nasihat die.. Die dah tunjuk dah keadaan org yang sombong tak dengar..
Janji incek seth anne tu sume janji kosong…
Ok, sekarang semua di tangan awak. Awak ketua. Awak buat keputusan, once awak dah buat keputusan, pemegang saham lain akan ikut. Itu yang disepakatkan. Maka terserah anda memeritah smua employee dari setiap department. Bhg human resource untuk kerahkan balik worker2 ( pakcik kaki, cik tangan, bro mulut, siti telinga dan lain2) untuk kembali aktif dan tabah, department marketing untuk kembali promote produk2 islam yang dibawa, PR kene bina balik network dengan investor2 hebat, kembali join soul networking mcm usrah, daurah etc. Semua tau, takde terkecuali termasuk general clark, dispatch boy kene pos bnyk2 surat untk make sure networking lancar, cleaner hati semua. Nampak fungsi mcm kecik tp kalau terbiar unit ni ssh jgk. Ok..semua akan ikut awak.. Semoga Berjaya
Terima kasih untuk investor2 saya, moga saham2 anda membuahkan hasil di akhirat nanti…
Ni antara surat2 yang mat dispatch serahkan dari big company lain,
Sykt AAR Enterprise,
~wazawwadu fa inna khayra zaadittaqwa~ berebkallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. (2:197) moga dilapangkan urusan hati
Sykt FM Sdn Bhd,
First, tarik nafas dalam2 san senyum, 2nd say, la hawla wala quwwata illa billah n hasbunallah wa ne’mal wakeel. 3rd cek ali imran 146-148 n surah same ayat 193. 4th qul aamantu billah, summastaqim…wastaeenu bissobri wassolah
Sykt WFWZ ptd
He did not promise that life would be easy, but he did promise 2 go with u.every step of your life with him by ur side. So whatever u do, put your trust in Allah
Sykt CECE MAYA.com
Surat die panjang, tak mo disclose cni la.. Tp last2 tu die kate, diammonds r made under immense pressure 4 millions o years.
Saya tengah tunggu surat dari beberapa lagi company, tp tak sampai2..tunggu je la lagi..hehe
The end~~
Alhamadulillah..kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang menguatkan. inilah tanda kasih sayangMU..
~afala ta'qilul...
Thursday, September 24
salam aidilfitri
Friday, September 18
Wednesday, September 16
Assyaheed Bro Obaida Al-Qudsi
salam brothers and sisters,
i just want to share a story about a Palestinian brother, my friend who just graduated from IIUM, asy-syahid Obaidah Alqudsi. It's nice if JIM @ PACE @ KARISMA can arrange a press statement on this issue
Obaidah Alqudsi, a Palestinain artist, known among his friends for his beautiful voice and lovely character. 2 days ago, Obaidah passed away in an Israeli hospital, after being held as an injured prisoner. On 26th August, Obaidah was heading to the Abraham Mosque in the Old City of Hebron. While walking to the mosque, Israeli soldiers shot him 4 explosive bullets; two in the abdomen and two in his legs.
Obaidah, the peaceful soul was murdered in the street with cold blood. Ambulance vehicles were banned from attending to his bleeding body for 30 minutes. Seeing him bleeding didn’t satisfy their evil lust for blood, hence, they beat his body mecilessly. After a while, he was arrested and sent to an Israeli hospital in occupied Jerusalem. Ever since Obaidah was under their custody, he was in a comma. Obaidah spent about 3 weeks in the Israeli hospital; and his family was not allowed to visit him till the last day of his life!
On the morning of the 13th of September, Obaidah’s soul departed to its creator seeking his ultimate justice. Hasbunallahu wa ne’mal wakeel.
Obaidah will always be remembered among his family and friends for his sweet voice and lovely smile. His poetry and Nasheed will always be celebrated by Palestinians, Muslims and all free people of the world as true words of wisdom and honor.
Synopsis about the martyr:
Obaidah Maher Abdul Mu’ti Alqudsi Dwaik.
Born in 1984 in Hebron city-Palestine for a respected family, his father is a well known ustaz and businessman.
Obaidah started his education as early as 5 years in the kindergarten of the Islamic Youth Society. He later joined the Al-Shar’iyah School of the Islamic Charitable Organization. He completed his school education in 2002 with an excellent score of 84 %.
He later joined the International Islamic University Malaysia where he earned a bachelor degree in Communications and Journalism.
During his presence at the International Islamic University Malaysia, Obaidah was one of the active students in cocurricular activities and was always a forerunner in working for any Ummatic issue. Obaidah was elected into the main board of Al-Aqsa friends’ Society in 2003 to serve for one year as one of its most active members. And from the year 2004 till 2007 he led the famous Al-Aqsa Nasheed Group in IIUM.
In 2008 he returned to his hometown in Palestine to live with his family and run his father’s business. He got engaged few months later and arranged for his wedding to be held right after eid alfitri. Unfortunately, the crinminal Zionist soldiers didn’t let his family celebrate this eid happily nor let Obaidah’s fiancée enjoy her future with him!
Tuesday, September 15
siri 1.5 : tadabbur alam
Sunday, September 13
siri 1: tadabbur alam
Although they live in the water -- whales, dolphins and porpoises are mammals. Since whales and dolphins are mammals, they cannot breathe under water. They must come to the surface to breathe air. They breathe through a blowhole, or nostrils, on the top of their head. Babies are born under water and must be pushed to the surface, by the mother, so that they can take a breath. Whales and dolphins also look different from many other mammals because they don't have fur. Although, they do have a sparse covering of hair. | |
|
cinta dari Rabb
Monday, September 7
Jom: jadi promoter!!
Assalamualaikum..
Bebrapa hari lalu, terlibat dalam penganjuran satu program. Alhamdulillah, walau mungkin nampak sedikit kekurangan di sana sini namun sangat berpuas hati terhadap kesungguhan dan katabahan yang di tunjukkan ahli jawantankuasa lain.. mungkin masaalah timbul dari sudut promosi..
Anda pernah berniaga? Petang ahad selepas tamat program bergerak pula ke Nilai. Menyertai prog ROQ anjuran adik-adik Nilai. Sempat juga menolong seorang kakak yang mebuka gerai menjual baju, barang-barang palestin dan coklat! Aku penah rase coklat ni mahal sikit tapi memang superb sedap. So, oleh kerana memang suka coklat ni saje dipromosikan pada yang datang.. mengayat power kan mereka ini..
“ok cepat nina (bukan nama sebenar) beli coklat ni sedap”
“waa..nampak cam sedap, tp mahal la..berape 15 eh? Dahla tak bawak duit nih”
“sedap..betull..akk da penah makan. Baru je minggu lepas. Seriyes sedap.. home made nih.. kan biasa kite makan coklat Malaysia (maaf rakyat Malaysia) macam terlebih minyak pastu tak berapa sedap kan..tapi yang ni series sedap. Mcm cadburry tapi Cadbury Malaysia..”
“hee..ye ke”
“betul…pastu ni ha macam-macam jenis.. yang white coklat ada yang coklat betul pun ade..”
“yang ni kak…??” …mule minat dah budak nih
“yang ni dalam dia risin, yang tu kurma…yang lagi satu tu almond dan kurma..yang akk makan aritu yang risin dalam die..sedap..perh tak tau nak describe sedap tu cane dah”
“allaaa…akak jgn cakap camtu kite puasa”
“hehe ok2…so beli lah betul akak cakap tak rugi…”
“betul ke kak?”
“betul..aih..mcm tak kenal akk pulak..sedap betul”
*perbualan yang telah di edit*
Dan hari tersebut berjaya mempengaruhi 4 orang dan mereka membeli coklat tersebut yang memang tak tipu sedap..hehe
Kan seronok bila promosi kita Berjaya. Dan lebih puas bila promosi itu untuk ajak orang pada program islam atau direct pada islam yang indah itu sendiri.
Cube bayangkan..tiba-tiba sms tak kenal mengetuk pintu handphone anda
“salam..anda dijemput untuk menghadiri program SPOT. Bermula jumaat
2 ogos (2-5petang) bertempat di FKP. Hadiah istimewa untuk 30 yang pertama
..ayuh sertai kami!!”
Bayangkan pula..
Seorang kawan sekelas anda mengajak anda,
“eh aida..free tak jumaat ni. Jom ade pogem best!!”
“ye eh? Ko pny pgm best mesti ceramah2”
“ye ke..ceramah eh pogem aku? Tapi kali ni bukan ah..klu ade ceramah pun best..aku jamin ko..”
“bleh caye ke ko?..pgm ape?”
“ko tak caye kat aku..meh..denga sini…blabla…haa siap ade hadiah free”
“hadiah memang ah free..”
“ko nak datang tak..ko datang ah..”
“ok la..ko punye pasal aku dtang”
“cayalah my friend!”
“pogem tak best siap anti”..
“heheh ana jamin anti..jangan risau”
Beza kan ajak sms ngan ajak personally.. jom ubah style promo..
Menjadi daei memerlukan skill..some have installed skill and some others have to acquire that skill..skill ape? Skill meng’convince orang. Pengaruhi orang dan yakinkan mereka. Ape yang ingin dibawa bukanlah yang sia-sia tapi yang insyaAllah baik dan bermanfaat dengan harapan mendekatkan lagi mangsa-mangsa pada islam yang sebenar.. malu, segan, tak reti, semuatu alasan.. kalau kamu yakin dengan apa yang kamu bawa dan kamu benar-benar nak kongsi manisnya islam insyaAllah cabaran td dapat kamu atasi.. bermula dengan senyuman… cubalah.. moga berhasil..!!!
“Spread the words”
Wednesday, August 12
tetamu agung menjengah...
bila rasa susah...
Sunday, July 12
::sambung lagi::
bermula musim baru sesi menuntut ilmu secara formal
Bachelor of Economics (Becs)
FOUNDATION OF ISLAMIC ECONOMICS
INTERMEDIATE MICROECONOMICS I
INTERMEDIATE MACROECONOMICS I
MONEY AND BANKING
FIQH FOR ECONOMIST II
ETHICS & FIQH FOR EVERYDAY LIFE
sila hadam subjek2 ini untuk sem ini..
mungkin ada tambahan..moga dpat ye...
doakan saya...
2 degree dlm 4 tahun.
ada 3 tahun lagi..
~rabbi yassir wala tu'assir~
Monday, July 6
>> mereka rijal-rijal agama, anda??>>
"fondasi iman adalah hati (otak) yang cerdas, landasan keikhlasan ialah hati yang bersih, asas semangat ialah perasaan yang menyala, dan rukun pengorbanan ialah akidah yang kukuh. dan kelima hal ini hanya dimiliki generasi muda dan ia tidak akan terzahir kecuali hanya pada pemuda yang beriman"
"kening-kening mereka tunduk pada Allah dan tidak peduli selain pada Dia.hati mereka senang dengan keindahan dan benci segala hal yang negatif, akal mereka meyakini kebenaran dan menolak segala kebatilan, salah satu tangan mereka bersama Allah dan yang satunya bersama manusia.
mereka beriman kepada agama untuk mereka tinggalkan dunia. mereka berbuat amal untuk dunia demi mengabdi kepada agama. mereka memadukan agama dengan dunia untuk menjadi mulia di dunia dan beruntung di akhirat.
mereka mamimpin dunia lalu memenuhinya dengan keamanan dan kedamaian. bencana-bencana menyerang mereka lalu mereka hadapinya dangan sabar dan senyum.
bg mereka darah syuhada umpama pewangi, panah musuh di dada simbol kejayaan dan kesempurnaan.
sungguh mereka generasi istimewa dan berbeza dengan generasi lainnya. mereka tokoh briliant, mereka ummat pioneer tak seperti bangsa2 lainnya. sungguh mereka ummat terpilih"
mahabenar firman Allah
ÙƒُنتُÙ…ْ Ø®َÙŠْرَ Ø£ُÙ…َّØ©ٍ Ø£ُØ®ْرِجَتْ Ù„ِلنَّاسِ
:: kalian adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk manusia::
(ali-imran :110)
dipetik dari,
Hatta Ya'lama Assyabab/ 5 Slogan Pemuda Muslim Impian
Penulis: Abdullah Nasih Ulwan
Penterjemah: Fadhli Bahri Lc
Keren banget buku ini deh! sapa mahu?
Yok kita tukar2 buku...mahu kongsi?
Sunday, June 21
>>maka nikmat tuhanMU yang mana kau dustakan>>
modul KBM2 lebih memfokus pd diri individu. klu dulu KBM1 bnyk menyentuh tentang hubungan dengan orang lain kali ini lebih fokus pd diri tiap individu. tentang nikmat2 tuhan pd kita..tentang amal baik dan amal buruk kita dan juga tentang hati. walau sekadar 12 jam bersama mereka tetapi perkongsian aktiviti mlm cukup mengetuk hati saya. betapa aku cukup beruntung dan tanggungjawab yang cukup besar terbentang di hadapan. ya amat besar..
sesi malam,
"aku belum bersedia untuk dihisab kerana......"
antara luahan hati mereka,
"aku blum sedia sebab aku rasa amal aku sngt kurang. solat aku pun belum sempurna. skrng duduk kat asrama solat aku cukup, aku bace quran hari tp bile balik rumah solat aku tak sempurna. aku bnyk tinggal solat. kkdng aku rase mcm aku je solat kat rumah tu.. aku ajak kakak aku tp die marah aku balek. mak ngan ayah sibuk. solat dlm bilik..adik2 aku pun mcm dah laen. aku sedih..aku tak tau cane nak cakap kat mak bapak aku..aku tak tau cane nak tegur keluarga aku.."
"aku rindu keluarga aku yang dulu. dulu selalu g surau same2. bc yasin solat jemaah kat rumah.. tp skrng, mak ayah sibuk tak sempat solat jemaah. bc quran dah jarang. kdng2 aku rase tak nak balek rumah nak duk je kat cni..solat aku lebih terjage..aku lg rajin bc quran."
"aku ajak ayah solat jemaah tp die tak nak sbb die kate die tak layak jadi imam. jadi semua solat sendiri2..kadang2 aku jd benci kat ayah...."
"dalam keluarga aku, aku rase akulah yang paling bnyk belaje pasal agame. tp aku sedih sbb tak dapat aja kat keluarga aku. keluarge aku susah. mase arwah kakak aku ade, die sngt suke kalau aku aja die agame. tp aku tak dpt aja bnyk sbb aku tak tahu banyak. keluarga aku suah sebab tu die tak skolahkan kakak aku. kakak aku slalu suruh aku aja die doa.. aku aja die doa tido. die suke sngat2. tiap2 mlm die ajak aku tido dengan die ajar die doa tido. aku sedih sngt sbb tak sempat ajar die bnyak die dah pergi dulu.."
sungguh nikmat yang kau kurniakan pada ku saat ini teramat besar..
belum cukup aku menghargainya
....aku belum bersedia unutk di hisab...
Wednesday, June 17
::de variety:::
hari ni agak relaks. walaupun pagi td rase mcm separuh nyawa menanda kertas sbb nak kene key in sblm tgh. smlm kate sblm 7 pg.make tdo pun lewat. tertido atas ketas xm. nasib baek tak berpeta.tu pun ade pelajar komplen. nape markah ana cket. ustazah tande strik eh? ana biasenye dapat A tau. Dush! *double flying kick* dlm hati. hehe tak lah...
ni dah siap key in markah akademik.
skrng untuk SPPM pulak
*Muke ijau* nak muntah
ok cukup mengarut untuk pendahuluan.
_moga Allah terima amal_
kehidupan untuk cuti sem kali ini sngt2 menarik.
terima kasih Allah
atas pengalaman ini
bekerje.mengajar.fasilitator.hariguru.tandeketas.mini reunion.kemtahfiz.muktamarpas
coming: jalinan mesra aka hari ambil report kad.adeh apa akan ku katakan pada ibu bapa nnt
nak kene upgrade Public Relation
nak kene bebual ngan pokcik mokcik nih
tp itulah pengalaman
pengalaman yang mengajar macam2
actualy pengalaman yang mendewasakan (baca :men'tua'kan) diri
serius.
tak mahu cerita lebih
teringat satu hadis..tak silap (teruk betul hafalan hadis) yang bermaksud
"....cukup suka pada pemuda yang tiada padanya sifat keanak-anakan"
ucapan standard pd hari pertambahan usia (bc:hari lahir)
slmt hari lahir.moga murah rezeki,panjang usia, berjaya dunia akhirat,
moga amal seiring usia..moga..moga dan moga "
memang fitrah putaran, edaran kehidupan menuntut kita mengalami dan merasai perlbagai fasa dan peringkat kehidupan. dari bayi menjadi kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, tua.
dan perubahan ini bakan sahaja dari segi fizikal malah mental dan pemikiran. pemikiranyang membentu perangai dan kelakuan.
mana mungkin seorang yang berusia remaja berfikiran seperti bayi. itu abnormal namanya.
dan perubahan itu menuntut kita menjadi lebih matang.
cik aar kata, matang tu blh dilihat dari cara seseorang menyelesaikan masa'alah. anda setuju?
anda matang tak? atau dlm english nye matured.. are you mature enough?
hebat nya para sahabat, seusia aku sudah menjadi pejuang hebat. menjadi panglima perang. dan memgang penjuru2 hebat dan penting dalam menyumbang kepada penegakkan islam atas alam.
saya?anda?mereka?
++++++++++
hari ini antara isu2 panas
_pindaan undang2 yang membawa kepada = anak2 bawah usia 18 tahun akan kekal dlm agamnya sepertimana ketika dia dilahirkan walaupun ibu ayahnye bertukar agama. Islam mahupun agama2 lain_
isu dlm sidang perlimen
_pembiayaan, penajaan luar negara. 68% diberikan kepada non-bumi_
isu pendidikan
_SPM 10 subjek sahaja. maka jadilah pelajar2 ini, pelajar agama sahaja, sains sahaja, perdagangan sahaja, atau sastera sahaja. tiada lagi sains agama. erghh...TAK MAHU BEGITU_
_menjadikan Bahasa inggeris sebagai syarat lulus SPM_
dan banyak lagi isu2 kontroversi sakit hati.
dimana anda saat ini..??sudah bersedia menghadapi cabaran dunia nyata???.
sebagai jawapan di akhrat nanti..
apa peranan anda sekarang?
apa kekuatan yang anda ada?
oit..nak g mane tuh..jwb soalan ni dulu baru g blog org lain
siapa anda?
::jom menjadi seseorang::