Friday, April 30

siapa aku di mataMu?

assalamualaikum

terdapat satu hadis yang mafhumnya, dalam urusan dunia lihatlah pada orang yang kurang bernasib baik dari kamu pasti kamu akan bersyukur. tetapi dalam urusan akhirat lihatlah pada orang-orang yang jauh lebih hebat lebih tinggi iman amal ibadahnya maka kamu akan dapati kamu itu kerugian serta sangat banyak kekurangan.

apa kamu sangka kata-kata lantang hebat itu kamu cukup bagus?
atau mesyurat pagi petang siang malam itu sudah cukup bagus? 
atau disukai dan disenagi ramai kamu adalah terbaik?

tidak. bukan itu sebenrnya. cari dan lihatlah hakikatnya sangat ramai lagi hamba Allah di luar sana yang lebih mulia. yang lebih luhur hatinya, yang lebih banyak ibadahnya, yang lebih tinggi ikhlasnya, yang lebih teguh pendiriannya, yang sangat berkesan dengan kata-kata dan nasihatnya. yang senyumnya pun boleh menarik orang mendekati islam. kamu bagaimana?

kalaulah boleh dilihat hamba Allah yang terbaik di zaman ini di mana kita?
atau dikecilkan di malaysia di mana kita?
atau dikampus dimana kita? di mana?

ada di suatu sudut dunia, seorang hamba Allah yang sentiasa memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur. tanpa mengira apa salah orang itu. luhur dan damainya hati.

di suatu sudut lain, ada hamba Allah yang setiap malam. sepertiga malam terakhir qiamullail mengganti masa tidur.

di sudut lain ada yang lebih istimewa dan ada lagi yang lebih istimewa. dan kamu dimana? dan aku pula di mana?

Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.

siapakah kita pada pandangan Allah.
dimanakah kita disisi Allah.

aku mahu manjadi istimewa di sisi-Mu.
hidupku untuk Mu
matiku untuk Mu
amalku untuk Mu
diriku untuk agama Mu
hanya pada Mu. tiada lain. hanya untuk tuhan ku. ALLAH.

baik bukan looser.

bismillah biiznillah,

apa yang saya suka tentang bloging. saya tulis bila saya cukup terkesan dengan persekitaran saya. maka homework akan dibuat sedikit sebanyak untuk kaitkan pengalam dan pengajaran. dan penulisan ini akan menghantui saya balik. maka penulisan ini juga pendidikan dan peringatan untuk diri sendiri jugak. yang sedang menaip ini. sesi mengasah bakat sharp shooter. tembak diri sendiri. bukan tembak mati. tapi tembak peluru getah. supaya terase sikit. supaya tak nakal2 lagi.

siapa kata baik itu bosan, baik itu tidak cool atau baik itu kaku.??

tabiyah islam itu luas. pendidikannya menyeluruh dan mendalam. bila ditarbiyah bukan bererti kamu harus jadi orang yang jumud, tak boleh bercampur gaul dengan orang lain, jalan tunduk langgar tiang tapi dengan tarbiah yang dilalui kita diajar menjadi muslim yang flexible dalam batasan syara'. yang istimewa, yang unik yang mudah didekati dan menarik untuk di ikuti. kerana tarbiyah mengajar kita menjadi muslim yang 'world',  yang syumul dan insan kamil. walau tak ma'sum tapi kita berusaha untuk jadi yang terbaik dalam segenap hal. menjadi orang baik bukan bererti membuang segala keseronokan hidup tapi meraikan kehidupan untuk nikmat akhirat. bak kata si kakak, ada manusia yang terlalu mengejar akhirat sehingga lupa bahawa dunia adalah jambatan akhirat. islam raikan dunia. islam pentingkan akhirat kerana hidup dunia bekal akhirat.

macam layang2 terbang bebas tinggi tapi tetap berpegang pada satu batasan/tali yang memegang agar tak terus hanyut di terbang angin. macam kapal yang berlayar ke lautan samudra luas namun tetap perlu singgah kedaratan mengisi bekalan. macam burung terbang tinggi juga  kembali pulang berumah di pokok makan cacing di tanah. kamu boleh gerak jauh kemana sahaja, lakukan apa sahaja tapi dlm syarat-syarat dan adab yang dijaga dan dipelihara.

Allah gambarkan,

Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. (25:63)

menjadi baik bukan jadi looser. tapi rasalah izzah dengan kebaikan. rasa izzah dengan akhlak islam. ya! pasti kamu akan dihormati. dan walaupun di caci hina yakin dengan pesan dari Ar-Rahman. kamu mulia di mata tuhan. 

maka, bila kata jadi baik itu sesuatu yang cool, kamu-kamu yang muslim ini adalah duta dan model sepenuh masa islam. kalian membawa nama islam maka kamu juga membawa imej islam. maka peliharalah. biar orang melihat islam pada muslim.

buktikan,
kamu muslim. kamu menjaga masa
kamu muslim. kamu rajin membaca.
kamu muslim. kamu manusia berjaya.
kamu muslim. kami dihormati manusia.
kamu muslim. kamu baik dan kamu izzah dengannya.

dan kamu bukan looser! buktikanlah~

Monday, April 19

mutabaah amal

Assalamualaikum.
selamat hampir tengahari dan salam sejahtera
alhamdulillah.

petang smalam, bonda dan ayahnya tiada di rumah. melihatkan kereta Myvi di rumah tersadai tiada siapa nak pandu tergerak pula hati mengambil peluang untuk keluar berziarah kerumah kawan-kawan. maka kunci diambil kereta di pandu menuju destinasi. Alhamdulillah walau pertemuan ringkas dan singkat tapi memberi kesan pada diri. betul. buktinya sila baca post ini.

seronok berjumpa sahabat-sahabat berkongsi cerita. berkongsi rasa.
kata sahabat A
"haaa.. banyaknye homework tak siap'
"homework apakah?"
"naqibah ana bg. kene hafal juz 29, hadis 40.semua. bace buku (ade senarai buku wajib ada buku sunat). kene ambil turn hantar msg pada adik beradik usrah yang lain. turn ana hari selasa. pastu mutabaah tak boleh kurang"
"waaaa..."
"ambik ha.. parah..baru buat sikit. bnyk lagi tak buat."
"seronoknya.."

ya. pada saya seronok sungguh bila di beri task begitu. at least kita ada sasaran tugasan yang harus di buat masa cuti. ada semangat nak berlumba-lumba dengan adik-beradik usrah lain dan ada yang mengingatkan bila adanya turn untuk msg hari2 tu.
cuba bayangkan sedang duk sibuk melayan novel chenta. tiba-tiba peti SMS diketuk.

"haa..hafalan hadis da banyak mana"

dush.. sedap2 kene penembak.

mutabaah amal itu sngt penting. sebagai penilai amal hari-harian. lebih2 lagi waktu cuti begini.
waktu monyet mudah jatuh tergolek kebawah ditiup angin sepoi2 bahasa. waktu mudah digoda mr syaitooon.
mutabaah tak perlu yang susah2 klu tak mampu. cukupla kalau letakkan amal2 wajib plus few amal-amal sunat. yang penting adalah konsistensi. dah konsisten dengan yang simple blh up ke tahap yang lebih tinggi. kita boleh nilai diri sendiri. bila ada peningkatan pasti kita akan semangat bak up lagi. dan bile kurang pasti nak tambah lagi. up2 we goo~

susahkah? yup. kerana harga syurga itu tinggi.

jadi apa target amal kita cuti ini ya?

owh. jauh kan lah dari amal yang sia-sia kerana firman Allah,


"Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." (25:23)


maka,


"Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)." (42:15)


kesimpulannya,


"Bagi mereka (disediakan) darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal saleh yang selalu mereka kerjakan" (6:127)

wallahu A'alam

got few books to read. TQ sis.

wait for the book review.

wassalam.

Tuesday, April 13


assalamualaikum anak kecil. 
selamat datang ke alam bumi
menjadi penyeri kami-kami yang menyambut kehadiran mu
penuh rasa kasih sayang.
sungguh kau beruntung
disaat rakan-rakan mu yang lain lahir kedunia
dalam keadaan yang berbeza-beza
kau
Allah muliakan dengan satu nikmat yang cukup sempurna
nikmat islam dan kasih sayang
dari mama, baba, tok abah tok umi kholah2 dan ami2
dan raaaamai lagi
muga2 nikmat yang Allah kurniakan buatmu ini bakal menjadikan kamu
insan yang istimewa
yang mewarisi perjuangan pasti untuk muslim sejati
mambangun islam atas muka bumi


selamat membesar dengan sihat ya~

kholah Asma'

syria

Thursday, April 8

buat sang penyeru

Alhamdulillah


Tamat exam 6 april setelah selesai menjawab 7 kertas soalan. Wallahu a’alam. Moga Allah aturkan yang terbaik. Kita cuba dan usaha yang terbaik Allah pasti akan beri kita yang terbaik juga.

Kali ini penulisan ni untuk para daie. Yang mengaku dirinya daie. Yang sedang dalam usaha menyeru manusia kepada kebaikan. Berusaha mencegah kemungkaran. Daiekah saya? Daie kah kamu? Daiekah mereka? Wallahu a’lam. Kamu yang menilai diri sendiri dan Allah juga menilai apa yang kamu lakukan. Yang kamu katakan. Yang kamu usahakan. Dan yang paling penting apa yang kamu niatkan.

Allahuakbar, tugas ini bukan untuk orang tertentu sahaja. Tapi tugas ini tugas semua orang yang telah Allah beri hidayah dan petunjuk serta sedikit ilmu kefahaman tentang islam. Maka kalian bertanggungjawab menyebarkannya, berkongsi manisnya Islam berkongsi indahnya iman indahnya kasih sayang. Tapi harus di ingat tugas ini bukan mudah. Sungguh tak mudah. Kenapa? Kerana tugasnya adalah untuk membina hatinya dan hati-hati disekelilingnya. Membersihkan jiwanya dan jiwa-jiwa disekelilingnya dari karat-karat mazmumah, daki-daki jahiliyyah dari dosa dan syirik dan membimbing kepada mengesakan Allah SWT. Menanam benih-benih iman dalam dada-dada manusia.

sirah telah membuktikan bukan mudah membentuk hati-hati manusia. Rasulullah pun ambil masa sampai berpuluh tahun untuk berdakwah. Untuk membina iman masyarakat ketika jahiliyyah. Macam-macam baginda usahakan. Ditambah tentangan, cacian hinaan ugutan malah diumpan dengan kemewahan baginda tetap tak mengalah malah dengan yakin mengatakan,

“ walau dilatakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan agama ini, hingga Allah memenangkan aku atau aku binasa kerananya , aku tetap tidak akan meninggalkannya.” (Raheeq Makhtuum)

Kental sungguh jiwa baginda. Sungguh kental.

Yang pasti usaha baginda ini bukan usaha kosong. Tapi baginda iringi usaha baginda dengan doa saban hari. Dengan munajat dimalam sunyi. Dengan tangisan yang sungguh-sungguh. Malah dengan darah pun baginda sanggup. Dakwah baginda bukan sekadar dengan kata-kata. Tapi baginda laksanakan apa yang diseru. Menjadi contoh. Menjadi yang terbaik. Baginda terus dan tetap menjaga hati dan amal ibadah baginda. Seperti mana dikisahkan rasulullah yang maksum itu beristigfar beratus kali sehari. Qiamullail sampai bengkak kaki. Kita yang confirm tak ma’sum ini bagaimana? Allahuakbar!

Susahkan? Yup. Kerana harga syurga itu terlalu tinggi harganya. Tak mampu dibeli dengan gelak tawa sia-sia. Tak boleh dibeli dengan sikap malas atau leka. Tak boleh dibayar dengan muzik-muzik yang saban hari kita sumbat ke telinga atau dengan mata-mata yang hari-hari menonton maksiat dan dosa. Atau dengan hati-hati yang sudah rosak cedera. Allahuakbar.

Bercakap tentang hati. Hati seorang daie. Andai hati-hati daie masih dibelenggu dengan karat-karat jahiliyyah, dengan sifat mazmumah bagaimana hati yang kotor nak membersih hati-hati manusia lainnya. Kain kotor dikesat ke dinding yang kotor akan memberi kesankah? Malah mungkin menambah kotoran. Allahuakbar.

Ya benar, daie itu manusia biasa. Yang hati nya juga boleh kotor. Imannya juga naik turun tapi, bagaimana menjadi daie itu harus benar-benar mujahadah menjaga hati. Harus segera merawat iman saat iman jatuh tergolek. Harus segera bangkit ketika lemah terduduk. Allahuakbar.

Allah turunkan Islam sebagai rahmat

Allah hantarkan Muhammad sebagai penyelamat

Allah turukan Al-quran penguat semangat

Allah ciptakan bumi sebagai nikmat

Kadang-kadang Allah uji agar kita selalu beringat

Allah suruh solat supaya selalu dekat

Allah suruh berdoa agar hati kita terikat

Wahai ummat

Jangan tunggu sampai nafas tersekat

Atau tunggu sampai kiamat

Baru nak bertaubat

Mari sahabat-sahabat

Kita duduk rapat-rapat

Kita saling ingat-ingat

Kita saling kuat-menguat

Moga hati kita thabat.

Saturday, April 3




Pernah tonton 1 litter of tears? Sedihkan. Saat Aya disahkan sakit. Apa soalannya pada sensei?
kenapa penyakit ini memilih saya???Kenapa saya yang terpilih. Saya paling tersentuh saat Aya (watak utama yang sakit) memberi ucapan pada hari terakhir meninggalkan sekolah, berpisah dengan kawan-kawan. Katanya

“ penyakit ini telah menyedarkan saya tentang banyak benda. Tentang nikamtnya kesihatan. Kita mampu melakukan apa sahaja yang diinginkan berlari-lari, bergelak ketawa senang hati bebas. Namun kini penyakit ini telah membatas kan saya. Lepas ini saya tak mampu lagi bergerak bebas, bakal menggunakan kerusi roda dan seterusnya bakal terlantar atas kati. Tak mapu untuk bercakap dan mangurus diri lagi. Namun disebalik segala ujian penyakit inisaya mula menyedari buat pertama kalinya dalam hidup ini, betapa pentingnya ibu ayah dan keluarga yang sentiasa disisi memberi sokongan. Pada hangatnya kemesraan kawan2 yang membantu.pada nimatnya kesihatan.Dan kini, dengan penyakit ini, saya ingin manerima diri ini seperti ini. Menjadi diri sendiri meneruskan sisa hidup ini seadanya”

Dan perlahan-lahan, keadaan kesihatannya makin teruk. Mula sukar untuk berjalan. Gagal mengawal pergerakkan badan sendiri. Sukar berkata-kata. Namun dengan keadaan begitu tetap dia berfikir untuk menyumbang sesuatu pada masyarakat. sentiasa berharap dapat melakukan sesuatu yang dapat dimanfaatkan dalam hidup walau dalam keadaan serba kekurangandan sangat sukar. tahu apa yang dilakukan??Ibunya menyedari kebolehannya menulis dengan kata-kata yang cukup mendalam dan memotivasikan orang-orang sekeliling. Aya mula menulis dalam kesukaran kerana yakin inilah sumbangan yang dia dapat berikan dalam keadaan yang sangat susah itu.. Namun dia puas kerana Berjaya memberi sesuatu memberi semangat pada ramai orang terutama yang senasib dengannya. Akhirnya aya meninggal setelah 10 tahun menderita penyakit tersebut.

Saya cukup suka cerita ini. Seems so perfect, but it is not impossible. Dan sifat ini sepatutnya ada pada setiap muslim. Sikap optimis dalam setiap ujian yang dihadapi. Lebih-lebih lagi pada kita yang sepatutnya sudah jelas matlamt hidup. Kenapa kita cukup lemah bila diuji??. Sebab kita gagal menghayati hikmah setiap ujian yang menimpa. Sebagaimana sahabat-sahabat nabi dulu. Mereka cukup risau bilamana dalam sehari mereka tidak di uji. Kerana apa? Ujian mendekatkan lagi mereka pada Tuhan. Ujian membuatkan mereka rasa betapa kerdilnnya mereka disisi Allah. Kerana mereka percaya ujian itu tanda Allah sedang member peerhatian pada kita.
Sepertimana ayat Allah
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (al-mu’minun:60) 
dan lagi,

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-baqarah:186)

Ujian tanda kasih sayang Allah, teguran dari Allah agar manusia kembali padanya

Pernah seorang sahabat putus cinta. Katanya, 
“bile aku sedih macam ni, aku rajin solat aku rase lemah gila. Solat aku cukup pulak 5 waktu kadang-kadang solat sampai nangis-nagis lagi. Tak tahulah sah tak. Tapi betul aku rase nak dekat-dekat ngan Allah pula”

Pernah juga ternampak notis tersangkut di ampaian baju mahallah, “salam, kepada pencuri selendang aku, aku minta kau pulangkan balik selendang aku. Aku tahu kau curi. Kalau kau tak pulangkkan aku doakan kau akan gagal exam sepanjang hidup kau. Aku yakin doa aku makbul sebab aku orang teraniaya. Aku yakin Allah maha adil dan aku berada dipihak yang benar, baik kau pulangkan aku tarik balik doa aku”

Walau bagaimana keadaan manusia itu, saat dia diuji pasti dia akan yakin dan  kembali pada yang lebih berkuasa. Yang maha sempurna maha adil dan bijaksana.

Yup, mungkin mudah berkata tapi tak mudah nak lakukannya. Bila diuji ujian yang lebih berat pasti lebiih sukar.  Yup memang benar kerana syurga itu istimewa.

Maka mari kita berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tak mampu kita tanggungi. Dan andai diuji mari memohon agar Allah member kita kekuatan hati untuk menghadapinya, moga-moga dengan ujian kita lebih dekat dengan Allah.
Firman Allah
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya). (an-namlu:62)

Dan moga2 kita terlindung dar golongan yang sebagaimana

 Firman Allah
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."(mu'minun:60)

Wallahu a’alam.
Mari menjadi tabah!  

berus gigi

Selamat pagi.
Boleh kami buat pemeriksaan gigi
Owh boleh.
Tiit.tiit
Owh. Lihat plak gigi.
Eh..tapi saya gosok gigi hari2.
Ya. Tapi gosok gigi sahaja tak memadai.
Gunakan listerin…
Hehe
Tersenyum.
Iklan.
ada orang gosok gigi hari2.
Tapi gigi lubang jugak
Ada orang pakai ubat gigi mahal2. Pakai berus canggih siap guna bateri
tapi gigi lubang2 karat2 jugak
Kenape?
Macam orang solat jugak
Hari2 solat. Cukup lima kali sehari. Cukup rakaat.
Tapi hari-hari pun buat dosa.
Dosa sama ulang2.
Serupa tak payah solat.
Betul ke?
Klu mcm tu serupa takyah gosok gigi langsung.
Haha salah2
Bila gosok gigi ada disiplin yang perlu dijaga. Cara-caranya. Silap gosok giigi boleh berdarah gusi. Perlu gosok kanan kiri atas bawah dalam luar. Teliti. Kalau gosok takat gigi depan je. Gigi lain boleh rosak.betul cara baru berkesan gosok gigi. Tambah listerin bagi semua kuman2 mati
Dan solat pun perlu ada disiplin ketat yang perlu dijaga. Bermula dari Whudu’, rukun2 solat dan adab2nya. baru solat tu berkesan. Paling penting niatnya perlu ikhlas. Bukan solat ala kadar. Asal buat. Maka solat tak berkesan. Gagal membersihkan karat hati. Gagal Cuci sisa2 mazmumah. Kuman2 jahiliyyah Tak member impak pada diri. Tambah lagi amal-amal sunat bagi betul2 cukup dan sempurna solat. Baru best!!

~ klu manusia dapat lihat hikmah dan pahala solat, pasti mereka akan hargai ibadah istimewa ini.
~ tak mudah nak khusyuk, sebab bukan senang-senang boleh masuk syurga.
~ sangat susah nak khusyuk bagi sesetengah orang, lagi2 yang kuat berangan. Tapi lagi banyak cabaran. Lagi besar mujahadah, lagi besar pahala. Yeay!
~ hayati setiap bacaan. Nikmati setiap pergerakkan. Rasakan kehebatan. Pasti ada umph~
Jom khusyuk solat! (^_________________^)v